Sunday, June 24, 2012

Ribbon, Ray Ban dan Reben

Beberapa minggu yang lepas, aku dan Acap keluar ke area Mahattah El-Raml nak cari shades/sunglasses (don't know what appropriate word to be used). Senang cakap, kami nak cari spek mata hitam.

So, pergi la kat kedai tepi-tepi jalan tu je ha...Kemudian, ada segerombolan junior berselisih dan terserempak dengan kami.

Junior : Beli spek mata ke abang?
Aku : Haah la..Silau..kan summer sekarang ni (ceh, bajet gila)
Junior : La..Kenapa beli yang ni? Beli la Ray Ban, baru class!

Aku ni for the first time ever dengar jenama Ray Ban, I thought that my junior said "REBEN" which means "ribbon" in malay. (the pronounciation sounds like  Ray Ban too).

Aku : Apekejadah plak la ana nak pakai reben dik oi~  Reben orang perempuan je pakai.

Junior : (dengan muka pelik)...Eh, Ray Ban lelaki pun boleh pakai la..

Aku : Isy, ana nak cari spek mata, bukan reben. Reben nak buat apa.

Junior : Erk~ Abang, sebenarnya kan, Ray Ban tu jenama spek mata itam la abang.
 Junior ni pun satu, sebut la Ray Ban, jangan sebut reben! Kan aku dah ingat ribbon. 

Aku : (malu macam haram....)...Hehe..tau2, saje melawak dengan adik2 junior. Hihi...(padahal memang completely have no idea).

Junior : Ouh, hehe...itu lah..pelik jugak saya, x kan lah abang tak tau betul2 plak Ray Ban tu ape. Terkejut jugak saya tadi. Tapi saya tau je abang gurau. Okay lah abang, balik dulu. Salam...

Aku : Okeh, bye! .............(rasa macam nak balik rumah naik jet supaya cepat sikit sampai, lepas tu nak flush muka dalam jamban) Malu tersangat-sangat!


Kesimpulan, kalau tak tau lain kali tanya. Jangan konfem-konfem je bajet macam kau tau. Ada pahemmmm?? Okeh la esok aku exam. Buh bye!

No comments: