Saturday, June 16, 2012

Tips Mula Study

Okay, ni bukan la tips yang skema-skema macam dalam buku motivasi tu. Bukan! Ni tips dari Khairi Malik. Aku pun bukan bagus sangat nak bagi tips kat orang ni. Aku pun pemalas gak. Ada kawan-kawan aku tanya macam mana cara nak mula study (bukan cara nak study, tapi cara nak memulakan). Biasalah, momentum kurang sikit awal-awal ni. Lebih lebih lagi sekarang demam bola kan? Selain tu distracted dengan internet la apa la..

Ni cara sikit..Berkesan la bagi aku. Bagi korang tak tau la..Mungkin lain kan? Effectiveness differs individually. Ceh~ Macam produk pencuci muka plak.

1) Kadang-kadang kita distracted dengan internet macam facebook, youtube, twitter dan lain-lain. Cara untuk memulakan study ialah...Kau letak buku di sebelah laptop/pc kau dan sila buka buku tu! Bukan just letak je. Memang la kita tak baca, tapi kadang-kadang sementara tunggu orang reply mesej/chat kita atau tunggu page/video untuk loading, boleh baca satu atau dua ayat. Kalau x masuk dalam kepala pun takpe (maklum la mesti tak fokus kan?), baca je ayat yg kau tak berapa fokus tu banyak2 kali sambil2 chatting. Nanti insyaAllah terhafal sendiri. Tak dapat banyak takpe, dapat sikit pun jadilah dari tak ada langsung.

2) Kadang-kadang kita berangan sambil study. Bila buku terbuka je, mula lah fikir masalah negara dan masalah masyarakat. Kadang-kadang dah 2-3 jam tapi dari tadi baca page yang sama je. Kadang-kadang tu, tak berganjak pun dari perenggan yang sama dari tadi. Takpe, kalau kau berangan, kau ulang baca je ayat/perenggan tu. Jangan gopoh nak alih page lain. Nanti kalau baca tapi tak ingat pun, at least kau macam pernah dengar/baca benda tu. Tak dapat banyak takpe, dapat sikit pun jadilah dari tak ada langsung.

3) Buka je buku, mata pun nak tutup kan? So, sila pegang pensel/pen/highlighter dan sila la conteng buku anda. Kalau buku tu buku kawan, sila ambil satu kertas kosong, dan conteng la info-info tu, buat akronim ke, mnemonic ke, atau salin balik dalam bentuk point ke. Kadang-kadang, dengan hanya memegang pen sahaja cukup untuk mengurangkan mengantuk. Bagi aku la...Kalau orang lain xtau la..:P
4) Kalau pergi makan kat restoran ke warung, bawa la nota ke buku ke. Kalau kau memang jenis tak baca buku sambil makan tak apa, yang penting kau bawa je. At least semangat tu ada. Sementara menunggu makanan sampai, bole la buka buku dan baca satu dua ayat. Tak dapat banyak takpe, dapat sikit pun jadilah dari tak ada langsung.

5) Antara sebab tiada semangat nak study ialah ; kita tak duduk dalam suasana study. Sila la pergi ke rumah-rumah kawan yang rajin study. Kau mesti jeles tengok dia study. Kalau dia buka buku, kau pun rasa nak buka. Itu persaingan sihat ye kawan-kawan. Kalau dia buka buku tapi kau malas juga, kau suruh je dia ajar after dia habis baca satu topik tu!

6) Kadang-kadang distracted main game. Pun sama dengan no 1. Game pun mesti ada nak kena loading la, apa la. So, buka je buku dan letak sebelah pc/laptop. Sementara tunggu game loading atau kalau main PES, kalau dia replay gol kau tu atau replay apa-apa, kau JANGAN SKIP. Sebaliknya kau guna masa replay tu untuk baca satu atau dua ayat. Kalau x dapat banyak takpe, dapat sikit pun jadilah.


7) Lepas solat fardhu, mesti baca Quran kan? So, sejurus selepas baca quran tu terus buka buku study sikit. Before that mesti kena tekad la dan pupuk diri untuk baca Quran setiap kali selesai solat fardhu. Nanti insyaAllah lama-lama jadi habit. Lepas solat, then Quran, then study. Nanti bila dah biasa nanti jadi habit punya la..

Okay, ini je kot setakat ni. Kalau ada lagi tips aku bagi lagi. Selamat mencuba ye kawan-kawan. Aku pun tak ada la bagus sangat bab-bab study, tapi tolong la mana aku termampu. :)

p/s : Nak mula study memang susah, tapi bila dah dapat momentum dia nanti senang je kot nak maintain. Kalau nak mula study ni, tak dapat banyak pun takpe. Biar dapat sikit asalkan ada daripada tak ada langsung.

No comments: