Sunday, July 8, 2012

Berubah

Bismillahirrahmanirrahim....

Cakap pasal berubah ni memang susah. Banyak dugaannya. Cousin perempuan aku nak start pakai tudung labuh, tapi dia bimbang kalau rakan-rakan cakap dia buang tebiat. Kenapa kalau orang nak berubah kita kena ejek?

Aku pun sebelum ni jarang solat jemaah di masjid. Tapi sejak kebelakangan ni Alhamdulillah selalu jugak la latih diri ni untuk rajin melangkah ke masjid. Ada yang bila melihat aku di masjid, sengih-sengih tersenyum sinis. Ada yang tanya,

"Ni sejak bila jadi orang masjid ni? Solat jemaah sebab nak exam je ke?"

Ya Allah..Aku tak tahulah samada kata-kata tu cuma gurauan atau apa. Tapi aku rasa kalau orang nak berubah jadi baik, dengar kata-kata macam tu, seseorang tu boleh rasa down dan tak jadi nak berubah!

Dan kalau kita nampak orang jahat pun, mungkin dia selalu menipu, selalu mencuri, selalu suka buat benda-benda tak senonoh, apa hak kita untuk membenci dia? Perlu ke kita memulaukan dia dan mengutuk dia? Siapa tahu kalau suatu hari nanti, bila dia dapat hidayah, amalan dia akan jadi jauh lebih banyak dari kita?



Kalau jumpa orang yang agak menyimpang dari jalan Allah, sepatutnya kenalah nasihat dan bagi sokongan. Dan kalau nak tegur pun kenalah cara berhikmah, jangan menegur sampai memalukan dan sampai membuka aib dia di hadapan orang lain. Tak perlulah menyebarkan  berita tentang "kejahatan" dia di sana sini. Kalau kita simpan aib orang, Allah pun akan simpan aib kita! Cuba kita nasihat dia elok-elok.


Dan kita pun janganlah nak menjauhkan diri dari dia kononnya bimbang jika "diheret" sekali masuk ke neraka. Haih~ Dah tu boleh lepas tangan macam tu je ke? Cuma menjauhkan diri/memulaukan dia itu sudah cukup? Cuba kita layan dia macam biasa, dan jangan perli-perli dia dengan perkara hitam yang dia pernah lakukan. Dan kalau boleh jangan disebut-sebut pun perkara yang lama. Apa yang lepas tu biarlah lepas, sekarang kena berubah jadi baik. Yang kelam biar jadi silam, jangan diungkit-ungkit.


Mungkin anda lihat saya seorang yang jenis sosial sedikit, mungkin kelihatan agak liar, suka mengumpat, memburukkan orang lain, membohong, buat perkara-perkara tak senonoh dan pelbagai lagi sifat mazmumah dalam diri ini. Tapi sesungguhnya saya sendiri sangat malu dengan dosa/maksiat yang telah saya lakukan tu, sedikit pun saya tidak bangga dengan maksiat yang saya lakukan. Jadi, janganlah menghina atau perli saya, sebaliknya nasihatilah saya. :)

p/s : Nasihat elok-elok, inshaAllah saya terima. Saya bukan jenis tak makan nasihat. Doakan saya jadi baik. Amin~

2 comments:

AnAk iBu said...

nice nice.
Hahaha, banyak sifat mazmumah ye?
Tak apa khairi, peubahan mungkin ambil masa yang lama, yang pneting berusaha. Sebab setiap usaha jerih payah sakit kau nak berubah tu kan inshaAllah dikira. Tak ke untunglaaa. kan kan kan.

nice. dah lama aku tak blogwalking.
ok khairi, lepas baca komen ni study ya. haha

Khairi Malik said...

ye, sangat banyak sifat mazmumah. budak perempuan memg x nampak coz x kenal aku betul2. haha...

okay, gud luck ye nanay. All the best for d exam