Monday, July 9, 2012

Hamba Exam

Saya stress study. Macam nak gila. Aku study baru berapa page, orang lain dah nak habis satu buku.

Aku baca satu ayat 5-6 kali. Tak paham-paham jugak. Tak masuk dalam kepala hotak pun.

Aku suruh orang ajar. Okay, boleh paham. Tapi tak ingat, sekadar paham macam tu je.

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Orang kata ilmu ni cahaya. Cahaya mungkin susah nak masuk sebab hati gelap. Gelap dek maksiat yang aku buat sebelum ni.

Dosa aku memang menggunung tinggi, lebih tinggi dari Everest. Kalau dosa setinggi itu, mana mungkin cahaya ilmi dapat masuk ke dalam hati ni?

Ya Allah, ampunilah dosa ku. Terimalah taubat ku.

p/s : Jauhkan lah aku dari menjadi hamba exam. Jadikanlah aku sebagai hambaMu yang Satu. Amin~

1 comment:

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

untungla Allah tu MAHA PENGAMPUN...
Jika hambanya kembali kepadaNa dgn dosa sebesar bukit, Allah akan datangkan keampunan sebesar bukit itu. Jika hambanya dtg dgn dosa sebesar gunung, juga Allah beri keampunan sebesar gunung itu. hatta sehingga hambaNya dtg dgn dosa sebesar bumi, Allah datangkan keampunan sehebat bumi!