Thursday, July 5, 2012

Jaga Hati atau Jaga Diri?



Alhamdulillah, satu paper dah selesai. Tinggal lagi 3 paper and the next exam is Paediatrics.  Memang banyak nak kena baca sampai kadang-kadang rasa macam nak give up.

Semalam baca topik Acute Viral Hepatitis. Yup, memang aku tahu HCV (Hepatitis C) tak boleh merebak melalui sentuhan, tapi HCV ni cuma merebak melalui darah atau jarum suntikan. Semalam kami (ahli study group) berbincang sesama sendiri. Bagaimana kalau sebelum ni kami pernah "palpate" pesakit dengan bare hand (tanpa memakai sarung tangan), adakah HCV boleh menjangkiti kami sekiranya ada small cut/laceration di tangan kami? Bagaimana kalau small cut tu not visible by naked eye?

Bimbang juga kalau kena liver cirrhosis. *Fact - After acquiring HCV, it takes 10-15 years for the patient to develop liver cirrhosis. Aiyo...HCV ni boleh buat chronic infection dan incident persistent infection nya ialah sebanyak 85-100%. Bimbang kami bimbang. Alham ada cadangkan supaya kami buat "screening" bila di Malaysia nanti.

Tapi apa yang aku lebih takut ialah ada suatu hari tu, aku berborak-borak dengan seorang pesakit ni (waktu tu masa clinical round dah habis, tapi aku masih di situ) untuk ambil history patient dan berlatih buat palpation. Sementara menunggu doktor, pesakit tu (seorang mak cik )menawarkan aku jus oren. Aku menolak, tapi dia "insist" untuk aku minum. Air jus dituang ke dalam cawan yang selalu digunakannya. Bila dia menghulurkan cawan kepada aku, aku menerimanya lambat-lambat. Aku teragak-agak nak minum. Kemudian pesakit itu perasan dan dia tanya aku, 

"Kau tak sanggup nak minum guna cawan aku ke? Sebab aku ada penyakit?"

Aku bimbang jika aku buat dia kecil hati. Aku terus jawab, 



"Tak! Aku tak bimbang sebab penyakit kamu ni tak merebak melalui cawan". Kata aku sambil memaksa diri untuk mengukirkan senyuman.

Bibir cawan aku dekatkan ke mulut, masih belum menelan walau seteguk pun air jus itu. Kemudian mak cik itu memandang aku. Dek kerana bimbang aku membuat mak cik itu kecil hati, aku terus minum jus di dalam cawan itu sampai habis.

Secara jujur, memang aku tahu HCV tidak merebak melalui air liur secara teori, tapi aku tetap bimbang jika dijangkiti. Apa yang aku belajar tu cuma secara teori, tapi secara realitinya? Memang aku sangat bimbang. Selepas selesai minum, aku terus meminta diri untuk berjumpa dengan doktor. Apabila pulang ke rumah, aku masih bimbang. Bimbang kalau-kalau aku dijangkiti.


Betullah orang kata, jadi doktor ni kena banyak berkorban. Nak belajar medik ni susah, nak kerja pun susah. Siapa kata jadi doktor ni hidup senang? Hidup senang kerana gaji mahal? Kamu tahu kenapa gaji doktor ni mahal? Kerana doktor sangat berisiko tinggi untuk terkena penyakit merbahaya seperti AIDS dan HCV.

Ya Allah, semoga aku dijauhkan dari penyakit-penyakit yang tak diingini. Amin~

p/s: Susah hidup ni kalau asyik nak jaga hati orang lain. Bimbang jika terbuat orang kecil hati.

3 comments:

afiQFaiz said...

Semua doktor itu pesakit tapi bukan semua pesakit itu doktor.

Admin Dienaz said...

macam mana ye nak dapatkan maklumat lebih dgn HVC... my husband now positive HVC... i need more info.. tp byk info just explaint je... nak tgk jugak suggestion semua... lepas ni apa nak buat... ada jugak la rasa cam buntu

Khairi Malik said...

Salam akak dienaz. Dah try ambil anti-viral? Anti viral may be x help 100%, but at least could delay the complications.

InshaAllah kalau jaga semua benda dengan elakkan risk factor, complication tu memang takkan datang.

anti-viral helps. :)