Thursday, July 19, 2012

Ramadan Datang Lagi~

Alhamdulillah....Esok (jumaat) di Mesir sudah mula berpuasa. Dan aku ada azam untuk puasa kali ni. Azam bukan dipasang pada awal tahun sahaja, tapi setiap kali Ramadan pun kena pasang azam. Kalau bagi kebanyakan orang, mungkin ada yang ingin baca Quran dari mula sampai khatam.

Tapi bagi aku, aku berazam nak khatam al-Quran dengan bermula dari muka surat yang aku tengah baca sekarang. Maksud aku, bukan dari mula, bukan dari page 1. Yup, kemampuan setiap orang lain-lain. Hihi...Aku pun berharap aku lebih istiqamah dalam beribadah.

Lagi satu!
Nak kurangkan marah dan perbanyakkan senyum

Huh...Memang susah! Tapi harap2 boleh...Tadi tarawih pertama cuma di masjid belakang rumah. InshaAllah esok di Masjid Ibrahem. :)

No comments: