Tuesday, July 31, 2012

Ramadan di Mesir

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, sekarang kita dah berada di pertengahan bulan Ramadan. Cepat sungguh masa berlalu. Dan honestly, walaupun aku rasa tak sabar nak balik Malaysia untuk beraya bersama keluarga, tapi pada masa yang sama aku rasa sedih nak tinggalkan Mesir di waktu bulan Ramadan. Antara sebabnya ialah...

1) Di Mesir , Ramadannya meriah , Syawalnya sederhana. Sedangkan di Malaysia Syawalnya meriah tapi Ramadannya cuma bazaar je meriah.

2) Di bulan Ramadan di Mesir, boleh tengok orang baca Quran di mana-mana dan tak kira siapa. Konduktor tram, pak guard, professor, doktor, pekedai, mekanik semua ada Al-Quran di tangan dan banyak membaca Al-Quran. Kalau di Malaysia, nak tengok orang bawak pun susah, inikan pula nak baca.

3) Solat fardhu jemaahnya meriah. Sewaktu bukan bulan Ramadan pun solat jemaahnya sudah meriah, bila bulan Ramadan sudah tentu bertambah-tambah meriah. Sampai solat di tengah2 jalan. Tak kira pangkat dan usia, semua turut solat jemaah sekali. Solat bersama-sama. Kalau di Malaysia, susah nak tengok orang pakai baju kot atau blazer solat di tepi-tepi jalan, susah nak tengok orang berpangkat nak solat di sebelah mekanik atau buruh bina bangunan. Maklumlah takut kotor pulak baju mahal-mahal kalau tersentuh dengan tukang sapu sampah/mekanik/orang buat bangunan. Malah menteri cuma solat dalam kalangan menteri, ada sesetengah tu tak nak solat dengan jemaah yang menyebelahi politik lain.

4) Talking about food, sebenarnya kat Mesir pun banyak makanan sendiri yang unik. Ada roti nama dia Taif/Toif kalau x silap. Roti bulat-bulat leper, kecik je. Comel sangat, sedap pulak tu. Banyak lagi makanan lain yang ada bulan ramadan je. Kalau di Malaysia, bazaar popular dengan air tebu, air soya tapi di Mesir popular dengan air Subya (betul ke aku eja nih?), 'Enab (anggur), Tamar hindi dan sebagainya. Sama je!

5) Dan yang paling aku suka ramadan di Mesir ialah solat tarawih di Masjid Ibrahim. Best! Tu je aku boleh cakap. Aku siap boleh dapat kawan baru lagi kat solat tarawih. Waktu tazkirah (gap antara 4 rakaat solat tarawih), orang sebelah selalu tanya nama, borak-borak siap ajak datang rumah la...Dan ada yang harap boleh jumpa lagi di mana2 di masa akan datang. Terharu aiseh~!

Okay, laptop aku pun dah panas. Nak sahur lagi...Buh bye la kengkawan. InshaAllah lusa aku da nak balik Msia. :)

1 comment: