Wednesday, July 18, 2012

Subjek Elektif

Alhamdulillah, exam final dah pun habis dan sekarang cuma ada kelas elektif. Honestly, walaupun ini kelas elektif, tapi apa yang diajar tu aku rasa sangat berguna (walaupun aku tak berapa nak faham..haha) Dan InshaAllah apa yang diajar ni mesti akan digunakan waktu kerja jadi doktor nanti. Dan aku rasa sepatutnya kelas elektif ni kena "rotate", supaya semua orang dapat merasa semua kursus serba sedikit. Tidaklah kita cuma dapat tahu ilmu dari kursus yang kita pilih sahaja.

Terbaca status seorang sahabat, ayat dia lebih kurang macam ni...

"Kelas elektif tak bermaksud kelas tu kita boleh tidak hadir hanya kerana ianya bukan kursus wajib,
tapi elektif tu bermaksud pilihan!"

Yup, sangat setuju. Tapi sebenarnya ketidakhadiran ni pun mungkin sebab terlalu dengar sangat cakap senior. Senior cakap kononnya kalau tak pergi kelas elektif ni pun tidak apa-apa, sebab kalau tak datang pun boleh je ambil exam. Dan senior kata lagi, kalau exam pun result bukannya keluar dan kita takkan tahu result elektif ni macam mana. Aku rasa kata-kata senior tu yang membuatkan kita terikut-ikut untuk turut tidak hadir.

Maaf saya cakap di sini. Tapi saya rasa tak semua kata-kata senior kita perlu ikut. Kalau yang baik tu memang kita sangat-sangat kena ikut, tapi pasal ini tak perlu ikut kot. Bukan apa, sebab mereka (senior2) pun masih belum graduate lagi, dan mereka pun belum tahu apa akibat kalau kehadiran ke kelas elektif tidak cukup. Mungkin tak hadir ke kelas elektif pun tidak apa kata mereka, tapi siapa tahu kalau2 disebabkan ponteng di waktu 4th year, kita perlu menerima akibat di akhir 6th year? Kita tak tahu kan? Wallahualam...

Apa-apa pun, aku bukannya rajin sangat nak pergi kelas lebih-lebih lagi exam dah habis. Tapi tak mahu ambil apa-apa risiko. Apa-apa yang kita buat ni pun, mungkin kita tak dapat balasannya dengan segera. Tapi siapa tahu kalau-kalau balasan itu akan menimpa di tahun yang lain?

Apa-apa pun ini pendapat aku je la...Bimbang juga aku kalau kredit hour tak cukup, nanti tiba-tiba 6th year tak boleh nak grad sebab kedatangan elektif tak cukup. Senior tak grad lagi so diorang tak tau lagi kan? Huhu...

p/s : Aku bukan tak suka orang tak datang kelas elektif. Tidak! Ini pendapat aku je. Lantak lah kalau tak nak hadir pun. Ni cuma pendapat ye. When it comes to opinion, there's no such thing as right or wrong! Peace~!

3 comments:

shuq said...

jum2 cik..jgn ponteng2 ye..

shuq said...

jum2 cik..jgn ponteng ye..

Anonymous said...

senior mana la yg kata tk yah dtg pun tkpe? tk cukup attendance, tk dpt sijil, tk complete 5 medical elective, tk boleh grad. tk pasal2 jd beban nk ganti blk masa 6th year nanti.
kata2 senior amik yg baik je. ke kelas semua tu ilmu jg. ape yg kte belajar skrg semua iA berguna utk kerja nanti. kalau tk pun at least dpt train utk ikhlaskn niat pergi kelas.