Saturday, July 14, 2012

Takut Pulak Nak Exam!

Hari ni saya sangat stress. Stress sebab tak habis baca lagi. (Kalau dah tahu x habis baca lagi kau tulis blog ni pehal? Pergi baca buku la!!!)

Haha...Menulis blog ni boleh la kurangkan stress sekilo dua. Aku terlampau bimbang sampai dah give up nak baca. Lagi 70 page lagi tak terbaca. Sempat ke nak habiskan 70 page dalam satu malam? Haih..aku ni bukan boleh baca mengikut tahap kelajuan cahaya macam kawan2 aku buat. Aku ni baca satu perenggan ada la jugak setengah jam. Haha...

Susah jugak eh belajar nak jadi doktor ni? Haih...Rugi tak jadi artis youtube, tak yah baca banyak-banyak. (Apa aku merepek ni ya Allah!) Apa-apa hal pun esok all the best lah untuk aku (tak malu wish diri sendiri, nampak sangat forever alone).

Kepada semua manusia yang bakal menduduki exam tak kira la anda siapa pun, apa pun course anda dan di tahun mana pun anda, good luck lah! Itu je. Esok apa yang aku tahu, lepas habis exam nak pergi Cinnabon dengan Anis (yeay, nama anis masuk blog. Tahniah!). Eh, ini bukan ikhtilat ye. Ini Anis versi lelaki.

Okay ah, sebelum saya melalut dengan lebih jayanya, ingin saya memohon maaf kepada sesiapa yg saya pernah buat salah dari hujung rambut sampai ke hujung tempurung lutut atas kesilapan yang saya dah lakukan. (sekejap "saya" sekejap "aku" :P). All the best esok!

Good luck!

p/s : Memang mengharapkan luck semata-mata ni!

No comments: