Friday, August 24, 2012

Molek Perangai

Kalau tengok dalam iklan dalam tv, selalu kita "diajar" dengan akhlak berbudi bahasa. Lagu Siti pun ada sebut "budi bahasa budaya kita". Tapi semua orang ke yang mengamalkan sikap berbudi bahasa tu? Okay, ni ada dua tempat yang aku rasa agak bengang juga lah dengan manusia-manusia ni....


Peristiwa 1

Tempat : Tunas Manja Tanjung Lumpur, Kuantan
Manusia terlibat : Kakak Cashier

Waktu tu dah lewat, pasaraya tu pun dah nak tutup. Aku faham je diorang pun dah kemas-kemas nak balik. Jadi aku pun beli barang cepat-cepat tak sempat nak memilih. Kemudian, aku pun letak barang-barang yang aku nak dibeli di atas kaunter. Baru sahaja aku letak, kakak cashier tu letak tanda "tutup" di atas kaunter tu.

Kemudian, kakak tu membebel...

"PERGI KAT KAUNTER SEBELAH! Orang dah nak tutup baru sibuk nak membeli! Huh!"

Terkejut aku bila akak tu cakap macam tu. Lantak aku la aku nak beli pun, duit aku! Yang kau mengomel tu lain kali tak yah lah bekerja kat situ! Berhenti terus kan senang? Geram aku rasa....Tapi malas nak bertekak. Aku pun terus pergi kaunter sebelah.

Orang kat kaunter sebelah pun tak kurang juga "biadap"nya. Muka masam bukan main, siap mencebik lagi.  Tak lama kemudian, ada pekerja di situ dah nak balik. Nak tahu tak? Akak cashier kat sebelah yang marah aku tadi terus menggedik dengan pekerja laki tu. Gedik nak mampus.

"Eh, awak nak balik dah ke? Tunggu la kite awak~!" Peh~ Gediknya aku tengok. Okay, no doubt la pekerja laki tu hensem la jugak tapi ko tak yah la layan orang berat sebelah macam tu. Isy, betapa sakitnya hati aku. Ya Allah sabar je la...


Peristiwa 2

Tempat : Unit Ambil Darah, Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
Manusia terlibat ; Nurse yang garang

Abah aku patut datang ke hospital pada 21 ogos untuk buat ujian darah. Oleh kerana tempat tu tutup, abah aku pun pergi la pada keesokan harinya. Pada hari esoknya, abah aku pun tanya la pekerja kat situ DENGAN LEMBUT.

Abah kata, "Saya datang sini semalam tapi tak ada orang pun. Tak kerja ke semalam?"

Kemudian Nurse yang garang tu meninggikan suara macam ni...
"Saya ni nak beraya pak cik! Mana ada orang lagi kerja raya ke-empat! Siapa suruh pak cik datang semalam? Tak kan saya nak kena datang kerja sebab pak cik!"

Terkedu aku dengan nurse tu cakap macam tu. Bapak biadap gila. Kemudian, abah aku tunjuk kertas appointment kat nurse tu. Memang appointment tu tertulis bahawa abah aku perlu membuat ujian darah pada 21 Ogos. Kemudian, nurse tu mungkin dah malu agaknya so she started to blame other.

"Oh, pak cik! Ni semua nurse unit Cardiology punya pasal ni. Apa la diorang ni suruh pak cik datang hari raya. Nurse unit cardio memang semua tak boleh pakai."

Aku cuma diam. Bila sendiri dah malu, mula nak menyalahkan orang lain?

Aku rasa kan, kalau majikan nak ambil pekerja, mereka tak boleh tengok pengalaman bekerja atau kelulusan/tahap pendidikan semata-mata, tapi paling penting mereka perlu melihat BUDI BAHASA pekerja mereka! Aku bengang ni. Sekian terima kaseeyyyy~!

p/s : Aku boleh memaafkan orang, tapi aku TAKKAN LUPA apa yang orang buat kat aku. Can forgive, but never forget the damn people who made you suffer.

2 comments:

Anonymous said...

diorg ni kalau kerja tak ikhlas,baik berhenti je.kerja tu ibadah.saya memang dah lama seram bila jumpa misi ni.menyakitkan hati jer...mana pergi budi bahasa org malaysia.malu sungguh.!!!!masing masing buat kerja sambil lewa.akhirnya kita yg jadi mangsa...patut lah org lari ke swasta walaupun harga mahal..

mieza said...

selalu sgt da kne ngn org2 mcm ni..
ade jgak yg ok sbnrnye, tp yg xok pn x krang byknye..
ape salhnye kalo ckp elok2..
org len pun penat gak
tp still boleh cover ape..
nak org hormat kte, kte kne hormat org dlu.