Thursday, August 16, 2012

Pengalaman Berniaga di Bazar

Huih~ Memang penat tolong akak berniaga kat bazar. Dengan pelanggannya pelbagai ragam. Siap ada kutuk depan2 lagi, cakap kita tak cekap mengira duit la apa lah..nasib baik bulan puasa kalau tak .....haih~

Okay, ni antara "rule" yang aku kena ikut bila berniaga tolong akak kat bazar. Wah, pengalaman ni,...

1) Sentiasa senyum walaupun penat puasa.

2) Kena buat baik dengan orang yang berniaga bersebelahan dengan kita. Jangan masam-masam muka. Anggap mereka tu jiran kita. Sebelah kanan gerai akak aku ni orang berniaga satay, sebelah kiri pulak orang jual air. Memang dua-dua baik dan lawak nak mampos. Pecah perut aku ketawa kalau dorang duet buat lawak.

3) Kalau pelanggan perempuan datang, peniaga lelaki macam aku ni kena gelar mereka dengan berhati-hati. Kalau yang datang beli kuih tu perempuan agak sebaya atau tua dua-tiga tahun je dari kita, aku kena panggil "adik". Kalau yang datang tu mak cik, aku kena panggil "akak" dan kalau yang datang tu nenek-nenek, kita kena panggil mak cik. Pendek kata kena gelar dengan gelaran yang lebih muda la..Baru diorang nak datang. hihi...

4) Kalau pelanggan lelaki pulak, peniaga laki gelar macam biasa. Tapi peniaga perempuan macam akak aku kena gelar lain sikit. Kalau pak cik kena panggil abang, kalau atuk-atuk kena panggil pak cik. Kalau agak2 sebaya ataui muda/tua 2-3 tahun kena panggil "abang!". Ha...lain sikit.

5) Persaingan tu perkara biasa. Jangan dengki kalau tengok perniagaan orang lebih maju.

6) Peak hour (orang datang ramai-ramai secara bergerombolan) akan menyerang pasa pukul 5.30 hingga pukul 6. Waktu tu memang tak menang tangan. Jadi, tak boleh buat kerja lembap-lembap, kena cepat! Kalau lambat nanti kena sound! Haha..Aku banyak kali kena sound.

7) Memang lumrah la...pukul 3 lebih dah kena start datang set up khemah. Lepas tu pulak tutup gerai semestinya selepas magrib dalam pukul 7.40 macam tu. Kiranya memang aku memang sentiasa berbuka di gerai di bazaar je. Jarang dapat berbuka di rumah. Cuma dapat berbuka di rumah kalau kuih-muih yang dijual habis awal je. So, tutup awal la...hihi

8) Kuih muih yang nak diisi ke dalam plastik tak boleh diisi guna tangan. Kena guna penyepit ataupun plasti sebagai alas tangan. Walaupun tangan kita bersih dan walaupun kuih tu berbungkus contohnya macam kuih tepung bungkus.

9) Kuih yang mudah hancur kena letak dengan penuh berhati-hati tapi kena letak dengan cepat! Kalau lembap sangat nanti kena marah dengan customer, kalau cepat sangat nanti kuih hancur. Contohnya agar-agar, kuih kaswi dan sebagainya la..

10) Kalau ada kuih-kuih atau air yang tak habis dijual , jangan dibuang macam tu. Membazir! Sebaiknya bagi kuih yang tak habis tu kat gerai gerai jiran kita dengan free! Akak aku selalu bagi air dengan kuih yang tak habis kat gerai sebelah dan sebagai balasan, akak aku selalu dapat satay free. haha...

Okay, setakat ni dulu pengalaman saya. Selamat berpuasa menghabiskan baki-baki ramadan ni dan selamat menyambut hari raya. Dan kepada yang bakal berumah tangga, semoga berbahagia dan semoga semuanya berjalan lancar. Amin`~

Kalau sesiapa yang berkesempatan, sila la datang ke bazar ramadan felda jengka 6. Hihi..

p/s : Tak dapat nak pergi kenduri kawan-kawan sebab tolong akak berniaga lepas raya di pasar tani.

No comments: