Saturday, August 4, 2012

Rasuah Hingga Ke Sempadan

Alhamdulillah, aku sudah selamat sampai ke rumah di Malaysia. Perjalanan dari Alex-Cairo-Abu Dhabi-Kuala Lumpur- Pahang memang memenatkan. Dan sekarang aku tak boleh tidur..Jet lag barangkali.

Honestly, antara satu sebab kenapa aku nak balik Malaysia ialah aku nak lari dari perangai arab yang kadang-kadang menyakitkan hati. Memang betul bahawa yang jahatnya cuma seorang dua, tapi ramai lagi beribu yang baik hati di luar sana. Tapi yang jahat seorang dua ni yang selalunya membuatkan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Tapi arab ni seolah-olah "tidak melepaskan" aku untuk lari dari perangainya begitu sahaja. Walaupun aku cuma beberapa jam terakhir di Mesir, mereka tetap menunjukkan perangai teruknya; mereka tetap akan menyusahkan kita. Mereka ni memang "hebat" sebab boleh "tunjuk perangai" kat kita walaupun kita cuma sedikit langkah sahaja lagi untuk keluar dari negara ini.

Antara perangai comey mereka....

1) Dalam perjalanan ke lapangan terbang, tremco mula buat masalah. Tayar tiba-tiba meletup dan terpaksa diganti dengan tayar yang baru. Tapi, pemandu cuma menelefon kawan dan terus menunggu tanpa menukar tayar. Kami pun mempelawa untuk menghulurkan pertolongan, maklumlah kami pun tahulah juga sikit-sikit bab-bab menukar tayar ni. Tapi pemandu tu cakap alatan tak cukup lah, apa lah. Bila kami marah suruh cepat, dia kata tak ada orang nak tukar tayar.

Bila kawan dia sampai untuk menolong, aku tengok peralatan yang digunakan cukup je. Tak ada alatan baru yang ditambah pun. Kawannya cuma menolong menukar tayar. Kami pelik...Kenapa tak cakap je awal-awal tadi? Kan kami boleh je nak tolong tukar tayar? Haih~ Kamu ingat kami ni tak pandai sangat ke dalam bab-bab ni?


2) Bila mahu check in, bila lalu ikut security gate tu, pegawai tu mintak duit baksyish/rasuah. Ya Allah, di bulan ramadan yang mulia ni boleh juga dia minta rasuah? Aku pun bagaikan terperangkap. Aku tahu memberi rasuah tu suatu dosa, tapi beg aku sudah pun masuk ke dalam, cuma aku yang berada di luar. Jadi, nak atau tidak kami "terpaksa" bagi LE 20 seorang untuk masuk ikut gate tu.

3) Kemudian, pegawai yang check/monitor beg tu tiba-tiba tahan aku. Dia tanya "ada apa dalam beg kau ni? Cuba kau buka". Aku tahu aku tak bawa benda2 yang berbahaya jadi aku ignore je apa dia cakap. Aku cuma bawak patung Spongebob untuk adik aku, salah ke? Dan dia buat benda yang sama kepada Acap. Dia suruh acap buka beg, dan dia marah Acap..Dia kata, "Kenapa bawa madu banyak sangat? Kau tak boleh bawak banyak2 ni.!" Nak tau berapa botol madu yang acap bawa? Cuma 4 botol! Tu semua alasan nak duit tips! Aku tak taulah acap bagi ke tak duit tips tu tapi aku memang tak bagi!

4) Kemudian, timbang bagasi. Setelah buat grouping weighing, kami terlebih 5 kg. Ceh, 5 kg je pun (bak kata Nisa Hasyim...hihi). Tapi orang yang timbang beg tu kata "kalau nak settle, kena bagi duit." Dan aku tak tau apa yang terjadi lepas tu sebab aku sakit hati sangat sampai aku tak nak ambil tahu. Tak tau lah acap bagi ke tidak. Masalahnya pegawai lain yang ada kat situ buat derk je tengok kawan dia yang timbang beg tu minta duit kat kami. Boleh subahat plak. ceh!

5) Aku ingat group kami je kena "tipu". Rupanya group2 budak melayu yang lain pun kena tipu. Ada seorang budak ni (dari Cairo kot), tiba2 out of no where ada orang "volunteer" nak tolak troli begnya masuk ke dalam. Bila dah sampai, dia minta duit dengan bayaran yang tinggi coz kalau tak dia takkan pulangkan beg troli tu. Isy, itu perangkap nama dia. Jahat!

Dear Egyptian, no matter how many times you do riot
No matter how many times you change your president
But if you don't change your attitude and manner, you will stay like this forever

Pada hari ini, bermulanya Ramadan 1433 di Malaysia. :)
Had a great journey with Acap J, Khairul Afizal, Akhtar, Shuk Suliman and Nisa Hashim, Nor Jannah, Sabirah, Amalina dan Kak Jah.

No comments: