Wednesday, August 8, 2012

Sweet Home Hansel

Sudah hampir seminggu aku berada di Malaysia. Memang agak sibuk dengan aktiviti menolong kakak di bazar. Kadang-kadang untung, kadang-kadang cuma cukup balik modal. Bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku tak adalah kebosanan di Malaysia tak tahu nak buat apa.

Nak buat attachment kononnya hari tu tapi tak jadi. Nak pergi kenduri kahwin kawan pun tak jadi sebab ada hal-hal lain yang perlu diselesaikan. Seronok sungguh berada di Malaysia di samping keluarga. Rasa macam tak mahu balik Mesir pun ada.

Ada beberapa point yang tak penting ingin diketengahkan di sini.

1) Ada sahabat dan keluarga jauh di Malaysia yang berkecil hati dengan aku sebab mereka kata aku balik Malaysia tanpa memberitahu mereka. Persoalannya, adakah saya perlu memberitahu kepada setiap orang bahawa saya akan balik Malaysia? Perlu ke saya bagi mesej di facebook seorang demi seorang? Perlu ke saya buat pengumuman di Masjid selepas solat sunat tarawih untuk memberitahu semua orang bahawa saya sudah pulang?

2) Ada juga kawan yang tanya tentang souvenier dari Mesir. Aku pelik. Parents dan adik beradik aku pun tak sibuk suruh bawak souvenier dari Mesir. Mereka cuma mahu aku selamat sampai di Malaysia sahaja. Itu sahaja yang mereka mahukan, tak ada lah siap suruh beli itu ini. Ini keluarga jauh yang bau-bau bacang pula sibuk suruh bawa buah tangan. Lepas tu kawan yang sebelum ni tak pernah bertegur pun tiba-tiba tanya mana hadiah. Why?

3) Ada sahabat-sahabat di Mesir yang turut pulang ke Malaysia ajak aku untuk berekspidisi/ bergerak ke mana-mana bersama. Tapi bagi aku, sebelum-sebelum ni kan dah selalu keluar dengan kawan-kawan satu universiti di Mesir. Jadi di Malaysia ni, apa kata kita berjalan dengan kawan2 satu tingkatan atau satu sekolah rendah pula? Takkan waktu semester kita jalan dengan kawan universiti, waktu cuti pun dengan kawan universiti juga? Takkan nak rapat ukhuwah kawan universiti je, ukhuwah kawan sekolah pun kena jaga juga kan?

4) Aku tulis status dengan niat untuk bergurau. Aku bergurau pun bukannya benda yang mempermainkan agama atau perkara penting. Aku cuma cakap , "bosan hari ni tak buat apa". Terus sampai ada yang bagi tazkirah, sindiran dan sebagainya. Kata mereka, hidup ni banyak tujuan seperti berdakwah dan mengabdikan diri kepada Allah seperti membaca Quran, solat sunat dan sebagainya jadi tak ada sebab untuk rasa bosan. Saya tahu itu. Tapi maksud saya ialah aktiviti lain seperti memancing, mandi sungai atau sebagainya. Saya pun insyaAllah tak lupa bahawa berdakwah itu hukumnya wajib ke atas setiap umat Islam termasuk saya. Saya pun inshaAllah tak akan bosan dalam melaksanakan kehidupan seharian sebagai Muslim. Saya minta maaf atas status yang membuat anda tersinggung.Haih~

5) Untuk semester yang baru ni, saya berazam untuk menjadi seorang yang pendiam at least SEDIKIT. haha...Saya tahu ramai orang kurang senang dengan sikap saya yang happy tak tentu hala. InshaAllah aku nak try ubah sedikit.

Semoga ramadan kali ini meninggalkan sesuatu yang bermakna buat aku.

p/s : Nak banyak luangkan masa dengan family. Tak perlu nak luangkan masa dengan orang lain banyak sangat. Sekejap-sekejap sudah. Parents and Siblings come first.

1 comment:

Anonymous said...

berazam untuk diam2 ubi berisi. klau bercakap byk pun x pe, tpi biarlah yang menyenangkan. jangan kuat sangat emo :)