Wednesday, October 17, 2012

Lagi 2 Tahun

Tak sangka aku dah 5th year kt University Alex ni. Sekejap je. Masuk tahun ni, lagi 2 tahun nak habis. Dalam masa dua tahun, macam macam boleh berlaku.

Sedangkan perang pun boleh berlaku dalam masa seminggu.
Dalam masa 2 tahun, macam-macam boleh buat
Dalam masa 2 tahun, hati boleh berubah.
Dalam masa 2 tahun, banyak perkara kita boleh lalui.

Paling sedih, seorang demi seorang senior yang sudah tamat pengajian pulang ke Malaysia. Harap-harap, persahabatan kami akan berkekalan insyaAllah.

Ada yang anggap 2 tahun itu sangat lama. Sampai tak sabar-sabar nak habis belajar. Ada yang anggap dua tahun tu sangat sekejap. Tak sempat nak cover semua topik medik yang sudah dipelajari serta nak belajar kemahiran-kemahiran yang seorang doktor patut tahu.

Ada juga perempuan yang risau sebab tak kahwin-kahwin lagi. Bimbang kononnya bila dah bekerja nanti, tak ada sesiapa yang berani masuk meminang sebab standard tinggi sangat.

Ada juga lelaki yang sudah mula menyimpan duit elaun sedikit demi sedikit untuk kumpul duit nak kahwin, nak beli kereta dan sebagainya. Nak kumpul duit banyak-banyak sebab nak kahwin dengan orang yang standard tinggi. Harap-harap si bakal isteri tak demand tinggi. Lelaki pun bukan banyak duit sangat.

Ada juga yang nak ambil kesempatan ni untuk ambil ilmu-ilmu lain di bumi mesir ni selain dari ilmu perubatan. Ada yang belajar agama, belajar bahasa, belajar memasak, belajar berdikari dan sebagainya.

Ada juga orang yang masih mengekalkan hubungan jarak jauh dan percaya antara satu sama lain. Bak kata orang putih, distance does not ruin relationship but doubts do! Harap-harap hati masing-masing tak berubah. Jangan pula sudah ada orang di Malaysia, tapi jatuh cinta dengan orang di sini pula.  Semoga tidak berubah hati. InshaAllah kat Malaysia tu setia menunggu. Don't be a betrayer.


Ada juga yang sudah berumah tangga dan menunggu cahaya mata untuk lahir di bumi anbia ni. Aku pun tak sabar nak jadi pak cik dan nak bermain-main dengan anak kepada kawan-kawan aku. Cepat la sikit! Haha...Ada juga yang sudah ada ikatan pertunangan dan cuma menghitung hari bahagia untuk berkunjung tiba. Ceh, macam ayat novel. Nyampah plak dah aku.

Okay lah, sebelum lebih ramai manusia-manusia yang muntah kerana membaca post saya yang meloyakan ini, lebih baik saya mengundur diri. Salam~

p/s : Lama tak update blog sebab rumah tak ada internet plus charger laptop rosak. Tahu tak kat mana jual charger laptop acer kat alex ni? :P

1 comment:

mieza said...

ayat drama sgt ni..
tp best je entry ni..
haha..