Saturday, November 3, 2012

Fikir Pasal Budak-budak Sikit Boleh?

Alhamdulillah, demam dan diarrhea aku semakin beransur pulih. Harap-harap penyakit yang datang buat sementara ni dapat menggugurkan sedikit dosa-dosa aku yang bertimbun dan menggunung tinggi tu.

Tadi macam biasa lah ada clinical round dan hari ni aku datang awal setengah jam ke hospital. Sementara menunggu doktor datang, aku pun merayap (macam lipas plak) la dekat wad-wad yang ada kat tingkat satu tu.

Kemudian, aku nampak dua orang nurse ni bergaduh. Apa punca pergaduhannya? Wallahualam. Tak tahu pula aku apa puncanya dan berdosa pula jika aku buat-buat cerita. Tapi apa yang pasti, memang bertengkar mulut dan bertikam lidah di situ.

Aku cuma pelik...Diorang ni fikir satu benda tak? Boleh tak PERLAHANKAN sedikit volume suara tu kalau nak bergaduh pun? Yes I know your races can't speak softly and fluently because I know it's running in your blood, but at least try to think about the kids!

1) Kenapa nak bergaduh cakap kuat-kuat kat hospital? Malah kalau kat hospital, kereta yang lalu kat luar pagar hospital pun tak dibenarkan membunyikan hon (sepatutnya macam tu la...). Patient dah la sakit, kita tambah pula bunyi bising. Ni boleh bergaduh pulak DALAM hospital?

2) Lagi satu, tempat yang korang bergaduh adalah di PAEDIATRIC HOSPITAL. Hospital KANAK-KANAK! Tidak ke trauma budak tu nanti kalau dah biasa sangat tengok orang bergaduh? Tidak ke budak tu nanti akan terikut-ikut perangai panas baran kau tu? Tidak ke nanti budak tu akan ada masalah failure to thrive? (*that's why kalau ada orang bergaduh, kita kena palingkan muka anak kita supaya jangan tengok) Cewah macam aku ada anak pulak.

3) Dan alasan yang terakhir ialah...please lah jangan buat bising. Student nak belajar pun tak senang dalam keadaan bising. Kadang-kadang bila prof mengajar kat depan, mesti ada background bunyi suara budak-budak menangis kat belakang. Tapi itu biasalah kan; nama pun hospital kanak-kanak mesti lah penuh dengan jeritan dan tangisan kekanak riang ribena. Tapi kalau suara mak cik bergaduh? Uih rasa tak leh terima mak aih~

Okay la..sekian sahaja omelan dari saya. But please talk politely and clearly. Don't talk something bad or insulting others. Buh bye~!

2 comments:

mieza said...

kne sekolah kan semula nurse2 tu.. bior dy tau snyp kat wad..
dyorg lpe agknye dyorg kt hospital.
hehe
sgke baek..

mieza said...
This comment has been removed by the author.