Sunday, November 4, 2012

"Kampung"


Dah lama entri ni tersimpan dalam draf. -_-

Kalau ada yang masih belum tahu, sekarang ni aku sudah berpindah di rumah di Cleopatra. Tidak lagi tinggal di Gamaah. Sudah sebulan aku tinggal di rumah baru, dengan suasana baru, ahli rumah baru, dan "famili" baru (jiran-jiran rumah atas).

Pelik tak dengan tajuk post kali ni? Kenapa "kampung"? Ha....ni la nak bagitau ni. Kawan-kawan yang tinggal di bangunan ni rapat antara satu sama lain seolah-olah tinggal di sebuah kampung. Ambil berat antara satu sama lain, tolong menolong, gotong royong dan sebagainya. (ceh~ saya tidak dibayar untuk ini).

Memang sewaktu malam raya hari tu, kami sama-sama gotong-royong siapkan juadah pagi raya. Rumah aku, Fikri siapkan daging masak cili kering (betul ke aku tulis ni? -_-").
Rumah Thorde masak ayam masak merah,
rumah Azim Azmi masak soto (kicap yang pedas)
dan rumah Azriq Aliq Ajiq masak ayam rendang Terbaik~! (bak kata Muizz).

Aku? Haha..buat jemput sirap dan cekodok pisang je. Alhamdulillah la..Raya haji kali ni lain sikit sebab tak pernah aku sambut dengan kawan-kawan se-meriah begini. (Tak macam melambung sangat ke aku puji budak-budak ni? :P) Sebelum aku masuk rumah di Cleopatra ni, kawan-kawan pun ada mengusik. Kata mereka...

"Aku rasa kau tak boleh 'masuk' dengan budak-budak ni. "

"Wah, x lama lagi kecik main bola, main Fifa, main PES dan hisap rokok la lepas ni".
(sila klik gambar untuk tumbesaran)

You know what? Kenapa kita perlu dengar cakap orang kan? There is a process everybody can do named "ADAPTATION". Sebelum nak masuk rumah ni dulu, aku memang berpegang dengan dua peribahasa ni.

1) Masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek. (betul ke?)
2) Jadi seperti ikan di laut, walaupun sekelilingnya masin tapi dagingnya tetap tawar.

Tak perlu lah aku jelaskan secara detail tafsiran peribahasa ni mengikut situasi aku. Faham-faham sendiri lah. Apa yang aku fikir, sekarang ni cuma tinggal 2 tahun sebelum aku tamat belajar. Kalau boleh aku tak mahu pindah lagi. Mungkin selepas ni akan berlaku salah faham atau perselisihan pendapat antara kami, tapi itu tak boleh menjadi alasan untuk aku berpindah dan mencari ahli rumah baru kan? Toleransi tu sangat penting.

Okay, sebelum saya lebih mengarut dengan lebih panjang eloklah saya solat magrib dahulu. Lepas ni nak pergi rumah terbuka kawan pulak. Salam~

2 comments:

mieza said...

yg pntg dri sndri. Jgn mudah dgr ckp org, n jgn mdh terpengaruh.
tu je. then everything will be ok.
rentak kwn2 yg baek, kte ikt laa
yg x baek jgn ikot. ye dok? hehe

Anonymous said...

khairimalik said...
stuju dengan mieza. thanks sbb sudi baca. ;)