Tuesday, November 20, 2012

Orang Macam Aku

Orang macam aku kah nak tolong Palestin? Kononnya rasa bersemangat nak tolong Palestin, tapi banyak sangat kekurangan kat dalam diri ni :-

Bangun subuh pun hampir habis waktu, sedangkan sepatutnya aku subuh berjemaah di masjid. Kalau bilangan org yg solat berjemaah di masjid time subuh tak sama macam solat jumaat, susahlah Islam nak menang kan? Sepatutnya aku pergi masjid. (orang sepatutnya bangun sebelum subuh untuk qiamullail dan doakan Palestin)


Selepas subuh, tidur balik. Sedangkan orang kata kalau tidur lepas subuh rezeki tak masuk. Sedap sungguh tidur. Lama aku tidur. (Saudara kat Palestin tak tidur sebab lari dari serangan bom dan peluru.)


Alarm handphone aku berbunyi pukul 7 pagi kemudian; aku patut bersiap untuk ke kelas. Ya Allah, enaknya berada dalam dakapan selimut tebal. Rasa macam malas sungguh nak pergi kelas. Ah, pergi lewatlah sikit lagipun doktor mesti akan datang lambat. (Sedangkan kanak-kanak kat Palestin tak dapat belajar sebab asyik melarikan diri dari tentera Israel yang kejam, aku boleh malas pula.)


Bangun dari katil 10 minit kemudian, terus menuju ke bilik air. Haih~ Sejuknya air pagi-pagi ni. Tuan rumah ni pun satu, kenapa la tak pasang water heater lagi padahal dah nak masuk winter dah ni. Terpaksa la mandi air sejuk sambil mengomel-ngomel memaki tuan rumah. Padahal saudara di Palestin yang menjadi pelarian tu tak ada tempat perlindungan untuk memanaskan badan. Tidur dalam keadaan yang sangat sejuk di musim winter ni.


Di kelas, entah mengapa hari ini doktor mengajar sangat lama. Selalunya doktor mengajar selama 1 jam setengah je, tapi kali ni extend sampai 2 jam. Kalau macam ni mana sempat nak rehat, nak makan? Nak solat zohor lagi, sempat ke nak makan ni? (Saudara kat Palestin sekarang makan apa ye?)

keadaan di Palestin sekarang ini

Balik kelas, dari petang sampai malam aku tak study pun. Malas sungguh nak study. Susah rasanya nak buka buku. Berat sungguh nak pegang pen untuk menulis nota. Kalau dah buka buku/angkat pen pun tak larat, macam mana nak angkat senjata kalau diajak berjuang ke Palestin?


Aku buka facebook. Aku lihat di newsfeed, ramai orang cakna pasal Palestin. Ramai orang post gambar-gambar kanak-kanak Gaza dibom, dibakar dan ditembak. Ramai orang share gambar pejuang-pejuang Palestin yang mati syahid dalam pertempuran. Aku rasa sebak, aku rasa sedih. Aku sedih melihat keadaan mereka. Tapi bila lihat keadaan aku sendiri yang banyak dosa ni, aku rasa lebih sedih. Walaupun keadaan mereka begitu, tetapi sekurang-kurangnya mereka mati syahid jika gugur dalam peperangan. Tapi kalau aku mati sekarang ni?


p/s : Baiki diri supaya hati jadi bersih. Bila hati dah bersih, doa senang makbul. Doa untuk kemenangan Palestin In Sha Allah akan termakbul.

'Orang macam aku' kah nak tolong Palestin?

No comments: