Sunday, December 30, 2012

Aku Ada, Kau Ado?

Okay, kali ni post yang bukan emosional, cuma mungkin sedikit luahan lah kot. Bila aku nampak orang post sesuatu contoh nya pergi makan angin di luar negara seperti di Europe, pergi makan restoran mahal dan order makanan sedap-sedap, dan dapat sesuatu ataupun mempunyai sesuatu. Contoh...

A upload gambar dia jalan-jalan di Paris. Kemudian caption pada gambar itu..."Kau ado?"
B upload gambar set makanan yang dia order di Coffee Roastery, kemudian dia letak caption, "Kau ada?
C upload gambar baju baru yang dibeli dari Zara ke facebook dan tulis "Zara anyone?"
D selalu pergi ke gym dan memuatnaik gambar tubuh terbaru dia kat fesbuk dan taip "Aku ada six pack, kau ado?"


Duh, bila someone tulis something macam ni, aku rasa seoalah-olah seorang yang ada mak bapak bertanya kepada anak yatim piatu macam ni, "Aku ada parents, kau ado?"

Don't you think it's quite rude? Or orang kaya pergi kat orang miskin tepi jalan dan tunjuk jam tangan Rolex dan kata, "Aku ada ni, kau ado?"

Aku rasa kalau kita ada something tu, tak perlulah nak menunjuk-nunjuk. Cukuplah "tunjuk" dengan cara menggunakan apa yang kamu dapat sahaja. Lagipun itu memang hak kamu untuk guna apa nikmat yang kamu dapat. Tapi jangan letak caption yang sengal-sengal sebab kamu nanti akan buat orang sakit hati, cemburu dan lebih teruk, kamu mungkin buat orang rasa down dan inferior.

Kalau nak upload gambar sekali pun, buatlah caption yang elok sikit yang tidak mnyakitkan hati orang yang melihat. (but please tak payah upload langsung pun takpe). Okay, tak semestinya gambar itu dimuatnaik, tapi juga diungkapkan melalui kata-kata. Contoh, "Eh, aku pergi gym, baru sihat. Kau tak nak gi gym ke? Kau macam tak sihat je?"

Wah sesuka hati kau kata orang tak sihat. You go to gym to get your body healthy but at the same time you're a smoker. Yeah your lungs are so healthy I guess. Of course we can see your well built body but we can't see your black lungs.

Okay, lagi satu honestly aku tak ada duit coz duit aku semua habis buat braces. Then someone tanya, "eh kau tak pergi mana-mana ke? Aku pergi ***** nanti. Kau kena keluar buka sikit minda kau."

Can't you just ask "kau tak gi mana-mana ke nanti?" Perlu ke cakap "kau kena buka minda kau"?
So selama ni minda aku tertutupkah? Minda kau terbuka sangatkah?

Haih..Entah la malas nak mengomel banyak-banyak. Tapi satu je la nak cakap, sebelum cakap apa-apa, fikir balik apa yang kau akan cakap tu menyinggung perasaan orang atau tidak. Kau mungkin kau ingat kau bergurau,  tapi kata-kata kau tu cukup meninggalkan kesan yang SANGAT MENDALAM dalam hati seseorang. Okay bye!

No comments: