Sunday, December 2, 2012

Bukan Poyo

Kebelakangan ni selalu sangat aku post status pasal Palestin di facebook. Ada juga yang cakap aku ni poyo lah, hipokrit lah apa lah. Aku tau je aku ni jahat. Tapi aku tak adalah sampai nak ignore pasal Palestin.

Apa yang aku post di facebook pun bukan mengharapkan like dari orang. Tapi kalau boleh nak kawan2 baca apa yang aku share supaya kita cakna sama-sama. Dan kalau boleh aku nak kawan-kawan beri komen tentang pendapat yang aku post sebagai status itu.

Lepas tu, aku letak profil picture save Palestin, pun orang cakap juga. Kononnya, ala...x yah letak profil pic palestin pun takpe, dlm hati kan ada. Entah la...sometimes people just want to watch the world burns. Okay apa aku mengarut ni. Baik aku study. Bye~!

No comments: