Saturday, December 8, 2012

Perempuan Dan Surgery

Bismillahirrahmanirrahim

Beberapa hari yang lepas, kelas aku kena masuk OR (operation room); iaitu tempat yang aku paling tak suka. [Aku tak suka surgery, any surgery and I hate OR]. Okay itu tidak penting, yang penting sekarang ialah apa yang aku nak sampaikan.


Operation yang kami tengok ni ialah C-section, indicated for having previous 2 times of CS (#OhMyEnglish!) . Anesthetist memberikan suntikan epidural kepada pesakit itu sebelum pembedahan dibuat. Tapi ketika doktor bedah perempuan tu grasp perut dia dengan volsellum , patient ni menjerit kesakitan. Pelik! Sepatutnya kalau kita dah bagi ubat pelali, dia tak sepatutnya rasa sakit.

Jadi, anesthetist terpaksa bagi patient ni general anaesthesia. Okay itu satu point. The next point is, doktor bedah perempuan ni memang muka nya sangat emosional. Bila dia grasp perut patient dengan volsellum, dia mencebikkan muka apabila patient tu menjerit. Malah dia siap mengomel dan membebel sendirian. Mungkin bengang agaknya sebab masa terbuang begitu sahaja dek nak menunggu kesan ubat pelali.

a) Name this instrument
b) 2 indications


Mungkin disebabkan oleh emosi doktor ni tak stabil, beberapa masalah mula timbul.
1) Urinary catheter yang sepatutnya dimasukkan ke dalam urethra tersalah masuk ke dalam vagina. Instead of urine, blood from vagina yang keluar dari catheter tu.

2) Aku tak tahu apa kesilapan yang doktor ni buat semasa separating rectus muscle or incising uterus, ketika nak suture uterus tu, darah tak henti-henti keluar. Sampaikan bila suture dah complete, darah still keluar dari tempat suture tu. Lagipun waktu kami tengok time doktor tu incise patient, memang nampak obvious dia incise dengan ganaszzzz~!

3) Doktor yang mengajar kami bertanya, femoral artery originate dari mana? kami tak ingat. Kemudian doktor tanya doktor bedah yang tengah buat kerja tu soalan yg sama. Kemudian doktor perempuan tu cuma tersengih sambil geleng-geleng kepala (lupa jugak la tu maksudnya.) So it's mean, even doctors who already graduated from medical school can't remember everything right? (the answer is external iliac)
1) What is shown in this picture?
2) Pre-requisites of this instrumental procedure.

Bila surgery dah habis. Seorang kawan cakap macam ni. "That's why perempuan tak sesuai jadi surgeon sebab perempuan ni senang emo. Sikit-sikit terpengaruh dengan emosi."

Bagi aku, aku kurang setuju dengan kenyataan tu. Mungkin betul apa dia cakap. Tapi bukan semua doktor perempuan tak pandai kawal emosi dan tak semua doktor lelaki tidak emosional. Jadi, apa salahnya kalau perempuan nak jadi surgeon, lagipun nampak lebih sesuai untuk department O&G ni.

p/s : Everybody makes mistake. No matter what gender are you, when you'll be a doctor soon, you'll make mistakes at least a little. (#OhMyEnglish!)

Good luck untuk exam o&g 16 disember ni. :)

2 comments:

Noor Hanisah Mohd Ishak said...

Good luck khairy.

hedaiya said...

kte belajar drpd kesilapan. dgn kesilapan yg dibuat tu buat kte igt sampai bila2.

at certain point, i couldnt agree more. kbnyakan dr perempuan mmg emo. tp bkn sbb tu dr perempuan tk jd surgeon.