Saturday, February 18, 2012

Mimpi : Aku Perlu Percaya atau Tidak?

Tadi baru habis exam internal medicine. Aku rasa aku sangat bersyukur kalau aku lulus. Susah sangat exam tadi. Okay, itu mukadimah post ini.

Kelmarin aku telefon kakak, nak minta kata-kata semangat darinya. Tapi lain pula yang aku dapat. Aku rasa lebih tak bersemangat dan sedih. Nak tahu kenapa, sebab akak aku cakap....

"Dik, nak tahu tak? Semalam akak mimpi gigi akak patah".

Gulp! Aku terkedu. Mimpi gigi patah tu bukan sesuatu yang baik.

"Eh, mainan tidur je tu. Jangan dilayankan sangat", kata aku memujuk walaupun sebenarnya aku sendiri bagai nak luruh jantung mendengar apa yang baru sahaja akak aku katakan.

Aku ada terbaca, tafsiran mimpi ni orang-orang alim yang tafsirkan, jadi kemungkinan tafsiran-tafsiran tu betul. Jadi, aku tak tahu samada aku patut menafikan atau pun bersiap sedia dengan apa yang akan berlaku.
Aku sayang keluarga aku~

Aku lupa pula nak tanya gigi mana yang patah. Tapi bukan itu persoalannya, masalahnya sekarang ialah aku tak tenang selepas mendengar apa yang akak aku beritahu. Aku rasa macam nak nangis. Aku ke yang bakal pergi dahulu? Semoga aku sempat bertaubat sebelum Allah menarik nyawa aku (sekiranya aku yang Dia pilih untuk pergi dulu). Tapi aku mohon, tolonglah jangan lagi ambil nyawa ahli keluarga aku yang lain. Aku masih teringat keadaan ketika arwah mak meninggal dulu. Ya Allah, mohon jauhkanlah...

Alham menyedapkan hati aku

"Aku dulu pun pernah juga mimpi macam tu. Tapi Alhamdulillah tak ada apa pun yang berlaku".

Aku baca buku internal medicine pun tak fokus. Pusing kepala memikirkan. Ditambah pula dengan mata belah kiri aku selalu bekerdip. Orang kata, kalau mata belah kanan bekerdip itu bermakna ada sesuatu yang elok bakal berlaku. Tapi kalau mata sebelah kiri yang bekerdip, itu petanda tak baik. Okay, yang ini mungkin tahyul atau pun side effect eye twitches sebab ambil kafein. Tapi bagaimana dengan mimpi gigi patah tu?

Aku cuma berharap supaya Allah memanjangkan umur ahli keluarga aku yang lain. Sekurang-kurangnya biarlah aku sempat membalas jasa mereka dulu. Kalau aku yang ditakdirkan untuk pergi dulu, aku mohon supaya aku sempat bertaubat. Haih~ Ajal tak mengenal waktu dan tiada ketukan di muka pintu. Tak tahu bila masanya.

Aku tak tahu samada patut percaya tafsir mimpi atau pun tidak. Kalau tak nak percaya, tapi tafsir tu orang alim ulama yang tafsir jadi takkan tak mahu percaya? Ya Allah, tenangkan hati ini~

p/s : Ya Allah, tenangkan hati ini. Jadikanlah aku manusia yang selalu bertaubat. Amin~

Wednesday, February 15, 2012

Asymptomatic

Most of the patient who are suffering from any diseases are asymptomatic. Kebanyakan mereka tidak menunjukkan simptom penyakit tersebut. Apa-apa penyakit pun, pasti ada yang tidak menunjukkan simptom.

"Weh, exam dah dekat ni. Kau tak cuak ke? Muka nampak happy je"

Cuak? Semua orang pun cuak sebenarnya nak menghadapi exam ni. Tapi tidak semua yang menunjukkan perasaan cuak/bimbang/takut tu. Semua orang pun takut, cuma tak manifest je.

Jadi, jangan rasa kita seorang sahaja yang gementar nak exam. Orang lain pun berdebar juga, cuma mereka tak tunjuk je. :)
Don't give up! You're almost there~

Good luck exam~ 2 days left!

p/s : Semoga Allah permudahkan~

Wednesday, February 8, 2012

Tetapan Rezeki

"Aku tahu bahawa rezekiku tak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang"

Ingat lagi waktu sebelum ni, setiap kali aku exam mesti aku mengeluh sebab tak dapat jawab beberapa soalan dengan betul. Padahal Allah dah tetapkan rezeki masing-masing. Secara jujur, OSCE aku hari tu aku buat tak adalah bagus sangat, tapi aku bersyukur sebab at least aku boleh jawab beberapa soalan. Maksudnya aku tak adalah totally blur tak tahu langsung nak jawab apa. At least boleh goreng-goreng, tu kira okay lah tu.

OSPE Radiology? Alhamdulillah, tapi masih ada kecuaian sedikit dan menyebabkan aku bakal hilang markah. Kita dalam hidup ni, kita tak tahu bila kita akan buat salah. Tapi itu tak penting, yang penting kita betulkan kesilapan yang lalu.

Life is just like ironing shirt. When we are ironing on one side, the another side (which is already wiped) will has wrinkles again. But don't care about the new wrinkles, just wipe the older ones! So does our life, we wouldn't know when we are going to make mistake again in the future, but the most important thing,; correct the older ones!

Sometimes we lose in small battle so that we could find the mistake and plan a new strategies. We might lose in small battle but we can plan to win a war!
So does final exam. We might did bad in the midterm exam, so find the mistakes and try to correct it so that we could do well in the finals!

Okay, aku ni mengarut sangat dah ni. Sebenarnya aku nak sedapkan hati sendiri. Okay lah kawan-kawan, good luck in your final exam. Wish me luck too~

p/s : Do not think how the result will be, but think how much effort would we give to strive in this final exam.

Friday, February 3, 2012

Ada Hikmahnya

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Mula-mula, aku rasa agak tertekan bila aku dapat penyakit reflux oesophagitis ni. Maklumlah, banyak makanan kegemaran yang aku tak boleh makan. Makan ini tak boleh, itu tak boleh.

Tapi hari ini, aku rasa ada hikmahnya. Duit aku pun tak cepat habis dek kerana membeli makanan segera macam McD, KFC dan sebagainya tu. Aku ni boros orangnya. Selalunya dalam masa dua minggu tak cukup LE 200 untuk aku belanjakan. Tapi hari ni aku check balik duit aku. Alhamdulillah, tak sampai LE 100 lagi yang aku guna dalam masa dua minggu ni untuk makan.

Lagi satu, semenjak dah tak minum minuman berkafein ni, aku rasa macam segar sikit. Rasa macam lebih sihat. Tak tahu nak terangkan bagaimana sebab bukan semua perasaan boleh digambarkan dengan kata-kata. Tapi aku cuma rasa sihat. Kalau minum nescafe, selalu ada rasa withdrawal symptom lah, palpitation lah, very fine tremors lah. Tapi sekarang alhamdulillah la...

Isy, bodoh sungguh aku selama ni sebab mengeluh bila dapat sakit ni. Padahal Allah nak bantu aku untuk dapatkan benda yang lebih baik. Aku yakin itu. Bersyukur aku dapat sakit ni, sekurang-kurangnya aku sedar untuk menjaga kesihatan aku dan aku sedar untuk berjimat-cermat. Ya Allah, terima kasih ya Allah!

Kita meminta rama-rama, tapi Allah beri ulat
Kita meminta bunga, tapi Allah beri kaktus berduri
Kita meminta cuaca yang baik, tapi Allah berikan hujan
Kita mengeluh
Padahal kita tak nampak apa sebenarnya yang Allah nak beri
Ulat akan menjadi rerama, kaktus berduri mengeluarkan bunga berseri dan panas selepas hujan datang bersama pelangi yang menyinar. :)

p/s : Semoga aku menjadi hambaMu yang selalu bersyukur. Amin~