Saturday, March 24, 2012

Bilakan Damai

Salam...Tadi explore lagu-lagu kat Youtube, lepas tu jumpa lagu nasyid pop ni. Macam best. Sedih pun sedih....Kena hayati la kot lirik dia. Aiceh~ Semoga kedamaian akan kembali suatu hari nanti.

Aku rasa ramai kot xtau lagu ni sebab lagu ni macam x popular je? haha..sesuke aku je kan?

Penyanyi : Hafiz Hamidun
Tajuk : Bilakan Damai


Mentari menangis di senja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Hanyir darah menyesak dada

Tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana berjuta kelaparan
Di dera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Wajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah akan pulang?

Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu
Menghiris kalbu

Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?

Kemana hilangnya kemanusiaan?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula kan muncul kedamaian?

Soalan yang masih tiada jawapan


p/s : Malas nak letak link. Pergi cari sendiri! Hihi~

Friday, March 23, 2012

Bukan Perempuan Saja...

Salam...cuma saje nak tulis pasal bab kebersihan sikit. Bukanlah nak cakap tapi aku memang tak boleh nampak benda berselerak atau bersepah, rasa sakit mata. Lagipun dari kecil lagi arwah mak dah ajar supaya sentiasa kemaskan barang. Kalau tak kemas atau pun mainan bersepah, siaplah kejap lagi tentu ada paha yang merah kena cubit ataupun mainan yang kena bakar.

Waktu di asrama dulu, aku pernah masuk dorm kawan aku sorang ni, lepas tu aku tak sengaja cakap...

"Ya Allah, bersepahnya bilik~!"

Pastu kawan aku cakap,

Rilek ar...standard ah lelaki bilik bersepah. Bukan macam bilik kau, bilik perempuan!

Aku pelik. Kebersihan tu bukan perempuan je kena jaga. Aku tahu la aku pun tak ada lah pembersih mana, tapi sekurang-kurangnya janganlah biarkan barang-barang berada di tempat yang tak sepatutnya. Contohnya barang kat dapur ada kat ruang tamu, barang kat bilik tidur ada kat tandas, logik ke macam tu? Kalau nak bersepah pun, biarlah barang yang "kena" dengan tempat tu. Haih~

Kebersihan kan sebahagian dari iman. Kalau macam tu perempuan je lah yang dapat sebahagian iman tu? Lelaki tak dapat la ye?

Lepas tu lagi satu pasal kerja-kerja di rumah. Kat rumah aku memang standard family aku kena buat kerja-kerja rumah. Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Pernah waktu cuti sekolah, aku mencakar sampah di halaman rumah. Lepas tu kawan sebaya aku ronda-ronda naik motor lalu depan rumah aku dan nampak aku.

"Woi, tu keje orang perempuan la...Pehal ko buat? Haha..."

Lorh...Rumah duduk sama-sama, kerja bersih membersih pun kena la sama-sama. Takkanlah rumah duduk bersama tapi kerja dibuat seorang? Entahlah..mungkin keluarga aku je kot yang pelik sikit. Kalau kat rumah aku, pinggan cawan memang kena basuh sendiri selepas makan. Tak kira siapa baik aku ke, abang aku ke, adik aku ke semua kena basuh pinggan sendiri selepas makan. Kalau tak ingat nak basuh siap la abah atau kakak aku jerit,

"Ko ingat rumah ni ada orang gaji tukang basuh pinggan kau?"

Standard la duduk kampung, kerja-kerja cakar sampah, gali longkang tersumbat, baiki reban ayam, potong rumput, cantas dahan pokok, cat dinding rumah , kerja lelaki ke kerja perempuan semua kena buat. Malah kadang-kadang abang aku dan aku kena siang ikan atau potong ayam, kemudian baru kakak aku masak. Tapi aku tak rasa terseksa atau tak puas hati, sebaliknya aku bersyukur aku diajar dan dididik sebegitu. Sekurang-kurangnya aku tak adalah rasa janggal nak buat-buat kerja rumah.

Sampai aku pelik tengok kenapalah ada yang malas nak basuh pinggan sendiri atau kemas rumah. Keluarga mereka tak diajar seperti yang keluarga aku buat kah? Atau rumah mereka cuma perempuan yang buat kerja? Lelaki cuma duduk goyang kaki? Haih...

Ada alasan mereka,
"Ala...tu kan kerja orang perempuan. Nanti kalau aku dah kawen, bini aku buat semua benda tu. Jadi, tak yah susah-susah. "

Tak kan nak harap isteri 100%? Kalau bini sakit ke? Mengandung ke? Kau nak suruh diorang jugak buat kerja-kerja tu?

Ada yang memberi alasan "sibuk". Sibuk sangat ke? Rasanya kalau kemas benda yang bersepah tu setengah jam pun tak sampai. Entah la..pemikiran setiap orang lain. Ni siap ada yang panggil aku obsessive compulsive disorder pun ada jugak. Haih~

Kesimpulannya, jagalah kebersihan bersama kerana kebersihan itu sebahagian dari iman. Pengotor itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Allah. SWT.

p/s : Kalau tinggal bersama, buat kerja pun mesti kena bersama. Tak ada istilah kerja lelaki atau kerja perempuan :)

Monday, March 19, 2012

Jangan Hancurkan Harapan

Salam...Tiba-tiba post kali ni ada beri salam kan? Selalunya terus masuk je.

Okay, cuma saja nak menulis bosan-bosan di samping membuang masa seminit dua...Atau sejam dua. :P

Pagi tadi, aku rasa macam malas sangat bangun untuk ke kuliah. Sungguh! Malas betul pagi tadi. Jam 6 penggera telefon berbunyi. Tapi aku matikan; sambung tidur. Beberapa minit lepas tu telefon aku berbunyi lagi. Tapi kali ini bukan bunyi nada penggera, tapi bunyi nada dering panggilan.

Di skrin Nokia 5200 aku tertera nama "Abah". Abah telefon dari Malaysia rupanya. Awal sungguh dia telefon. Dalam keadaan separuh sedar, aku menjawab telefon.

Abah : Dah bangun tidur ke?
Aku : Baru nak bangun.
Abah : Hari ni kelas pukul berapa?
Aku : Pukul 8
Abah : Ha..Bangun la cepat pergi mandi, nanti lambat pulak.
Aku : Entah la bah, macam malas je nak pergi pagi ni. Lagipun rasa macam nak demam. (tipu)

Abah :Kalau demam tak pe la..Tak yah la pergi kalau tak sihat. Makan la panadol. Abah doa supaya cepat sembuh dan boleh pergi ke kelas. Belajar rajin-rajin bila dah sembuh nanti. Sebelum belajar jangan lupa baca doa, sedekah Al-Fatihah kat penulis buku bla bla bla

Nasihat yang abah bagi tu hampir kesemuanya berkaitan dengan belajar. Akhir sekali....

Abah : Abah kat sini tak pernah putus berdoa untuk kamu supaya kamu senang belajar dan tak ditimpa musibah.

Aduh! Aku kat sini boleh malas-malas sedangkan abah kat Malaysia TAK PERNAH PUTUS berdoa untuk aku supaya aku senang belajar dan tak ditimpa musibah. Kalaulah abah tahu yang aku kat sini berperangai teruk, mesti abah sedih.

Walaupun tekanan yang aku terima ni berat dek harapan abah yang terlalu tinggi, tapi tak sanggup untuk aku hancurkan harapan yang tinggi tu. Memang betul, semua nikmat dan kejayaan yang kita dapat ni pun bukannya atas usaha kita sendiri 100%, tapi juga dari doa ibu bapa untuk kita. Aku percaya doa ibu bapa tu lebih banyak menyumbang berbanding usaha aku sendiri.

Jadi, tolonglah jangan musnahkan harapan yang telah ibu bapa kita bina. Biarlah menerima tekanan sedikit asalkan tidak menjadi pemusnah harapan.

Friday, March 16, 2012

Bestnya Mereka~

Hari tu dalam perjalanan nak ke kelas Arab dari Syatby ke Gami' Ibrahim, terserempak dengan senior 6th year. Senior satu sekolah dulu jugak.

Mula-mula dia tanya,
" Balik Malaysia ke tahun ni?"

Aku : InshaAllah balik kot. Nak buat attachment. Abang balik ke?

Tetiba pulak aku tertanya soalan yang kurang bijak tu. Senior tu pun cakap,

"Lorh~ Mestilah balik. Abang kan dah tahun akhir dah ni!"

Ceit~! How come I could forget that. Whoa~ Bestnya diorang. Dah nak habis da..Lagi beberapa bulan je nak graduate.

Aku ni? Lagi 2 tahun lebih; tu pun kalau lulus tiap-tiap semester. Tapi kan, bila fikir-fikir balik aku rasa dua tahun tu sekejap je. Buktinya, masuk SASER dulu pun rasa macam 2 tahun tu lama sangat bila baru mendaftar tu. Last-last bila dah habis rasa rindu pulak zaman sekolah.

Aku rasa pejam-celik pejam celik sekejap je dah masuk tahun 4. Rasa macam baru lagi masuk kelas persediaan untuk datang ke Mesir. Aku masih ingat lagi macam mana waktu aku mula-mula sampai ke Mesir waktu tahun 1 tu. Sekejap je rupanya~
Kucing yang merenung masa depan~

So, tak mahu mengeluh dah lepas ni. Aku nak enjoy belajar kat Mesir ni puas-puas, dan nak grab advantage nak ambil semua ilmu yang ada kat mesir ni sementara aku masih di sini. Nak belajar Arab, ilmu agama sikit dan medik of course!

Lepas ni, dah tak mau fikir "bila la aku nak habis belajar ni". Yang penting, study kena enjoy! Jangan stres-stres, senyum selalu. Kau senyum je tiap masa, lantak la orang nak kata kau gila pun. Janji hormon endorphin tu keluar dan buat kau rasa bahagia. Kalau kau masam-masam muka, nanti hormon kortisol (cortisol) pulak yang dirembes lalu membuat kau stress. Cewah~

Okay la, patik nak membaca buku Obstetric ni. Patik rasa patik nak jadi seorang Gynecologist yang berjaya la suatu hari nanti. Kalau susah, patik ambik family medicine je kot. Haha~ Chow!

p/s : Bila difikir-fikir balik, 4 tahun tu x sempat nak belajar semua benda sebenarnya. Bukannya lama pun, sekejap sangat sampai tak sempat. Haih~

Saturday, March 10, 2012

EDD

Alhamdulillah, tadi hari pertama masuk O&G Department. Aku rasa aku suka O&G sebab nampak macam best. Tapi orang fikir lain pulak bila aku cakap aku suka O&G; orang cakap aku gatal sebab suka belajar benda-benda bab orang perempuan nih. Haih~ Manusia2x...Tak tahu la apa lagi yang dia tak puas hati dengan aku ni. Takpe la...kalau dia rasa dia bahagia buat macam tu, aku pun senang hati.

Tadi belajar pasal EDD iaitu Estimated Due Date atau pun Expected Delivery Date. Aku pun tak tahu mana satu yang betul. Hentam saja lah labu! Ni cara nak mengira tarikh beranak. Sebelum cari EDD, kena cari LMP (Last Menstrual Period). Sebab apa kena cari LMP dulu? Sebab Pregnancy selalunya dikira sejak hari pertama LMP. Pregnancies are dated in weeks starting from the first day of a woman's last menstrual period (LMP).

Starting from the first day of LMP, we have to add 9 Months and 7 Days. Contohnya kalau dia start LMP pada 10/3/2012, maksudnya EDD (tarikh beranak) dia adalah pada 17 Disember 2012. Tapi tak semestinya dia akan melahirkan anak pada tarikh EDD tu. Mungkin jadi lebih cepat atau lebih lewat. Full term baby ialah baby yang dilahirkan selepas mak dia mengandungkan dia selama 37 Weeks to 41 Weeks(lebih kurang 9 bulan). Tapi tak semua baby adalah full term. Kalau mencapai age of viability sudah cukup iaitu more than 28 weeks (7 bulan).

Hihi...aku excited sikit belajar ni sebab aku adalah salah seorang yang lahir tak cukup bulan. I wasn't a full term baby. Maksudnya arwah mak aku kandungkan aku lebih kurang 28 minggu je, lepas tu aku lahir. Kiranya tak mencapai lah tahap full term baby 37 weeks tu. Okay, let's start counting bila sepatutnya aku dilahirkan.

Aku lahir pada 1 September 1990, tapi tak cukup bulan. Kiranya
37 - 28 = 9 weeks
9 weeks = 2 months and 1 week remaining
Jadi, aku sebenarnya patut lahir pada 8 November 1990!

Jadi, LMP arwah mak aku ialah....
8 November 1990 - 9 months 7 days
LMP = 1 February 1990!

Okay, mengarut je aku ni. Excited sangat dapat mengira tarikh lahir sebenar. Padahal ini anggaran je, bukan tepat pun. Aku rasa aku mungkin jatuh cinta dengan O&G. :)