Wednesday, April 25, 2012

Kebetulan..Haha

Apehal tajuk post ni ada "haha" entah aku pun tak tau. Okay, seperti yang kalian tau aku ni suka dengar lagu tak kisah la genre apa pun. Tapi aku lebih suka dengar lagu-lagu cover sebab selalunya cover song ni lebih best dari original song. Artis cover favorite aku ialah Karmin dengan Tiffany Alvord. Maddie Jane pun best jugak tapi biase je la...

Lepas tu Maroon 5 keluar lagu baru iaitu Payphone. Best gak dengar lagu nih. Lepas dengar, apa lagi terus cari orang yang nyanyi cover lagu tu. Mana lah tau kot-kot ada yang lagi best. Pastu jumpa la video mamat Josh Herbert ni. Best gak lagu Payphone yang dia cover ni tapi lagu-lagu cover dia yang lain tak best mana pun. Lepas tu aku rasa suara dia ni sesuai kot cover lagu Kelly Clarkson lagu "Stronger". So, aku hantar la mesej kat facebook dia.

Tapi dia tak balas pun. Haha...Mampus la bukan aku kemaruk nak orang balas pun. Tetiba hari ni tup-tup keluar lagu cover mamat Josh ni yang terbaru iaitu Stronger!! Same yang macam aku nak. Pergh~! Gile kebetulan sungguh! Lepas ni nak mesej Tiffany Alvord la pulak kot-kot dia respons.Hihi....♥ Tiffany. lolz~

Tapi honestly, aku rasa cover Stronger yang mamat ni buat tak la se-best yang aku bayangkan. Biase je...Tak se-best lagu Payphone yang dia cover tu. Tak best sangat ah! Nyesal suruh dia cover lagu nih.Haha..Macam la dia cover lagu ni sebab aku suruh.
♥....hihi....

Pape pun, cover Stronger yang paling terbaik bagi aku ialah Sam Tsui. Best2x....Lagu If I die Young pun best. Okay, sekian sahaja post lagha tentang muzik dari saya. Berhibur sedikit tak salah asalkan jangan sampai melalaikan diri dari beribadah. :) Okay la...salam!

Tuesday, April 24, 2012

Status Perkahwinan [Ortopedik]

Bismillahirrahmanirrahim...
Tadi sewaktu self learning, doktor ada ajar tentang history taking; specifically on how to take history from orthopedic patient. Basically, there are 5 most important questions to be asked. They are....

1) Age of the patient
2) Medical History
3) Mechanism of injury
4) Duration
5) Site of trauma

Itu antara yang paling penting. Walaumacam mana pun, ada beberapa point lain yang tak sepatutnya diambil mudah. Contohnya jantina, tempat tinggal dan sebagainya. Kemudian, doktor bertanya satu soalan..

"Do you think marital status is important in orthopedic?"

Doktor kata, in term of treatment it may be not so important. Tapi status perkahwinan ni penting untuk jangka masa panjang; masa hadapan pesakit. Iyalah, cuba bayangkan jika kaki/tangan pesakit terpaksa dipotong (amputate limbs), adakah pesakit tu dapat menguruskan diri sendiri? 

Doctor said  that if the patient is single, who will take good care of him? That's true! Who will feed him if his both hands are amputated, and who will help him to walk if his both legs are amputated? Doctor told us a sad story. An amputated patient found dead due to dehydration. Why he got dehydrated? Because there was no one gives him water or any drink; no one cares for him!

Kalau pesakit tu ada pasangan, pasangannya sedikit sebanyak boleh membantu menguruskan hidup dia. Kalau pesakit itu mempunyai pasangan, ada juga yang boleh tolong suapkan makanan, tolong dia untuk mudah bergerak ke sana ke mari dan tolong menguruskan makan pakai si pesakit. Kalau seorang diri; duda, bujang atau anak yatim? Siapa yang mahu menjaga? Jika pesakit yang bakal dipotong kaki/tangannya itu masih bujang, siapa pula yang akan sudi menjadi isteri untuk sehidup semati? Ada ke yang sanggup terima bila melihat bakal suami tiada tangan atau kaki?

Jadi, pengajarannya kat sini ialah silalah berkahwin supaya ada orang menjaga anda suatu hari nanti kelak. Cewah~ Ke situ pulak! Pengajarannya ialah setiap point dalam history taking itu amat penting. Kalau terlepas pandang, mungkin boleh menjejaskan diagnosis, prognosis atau management pesakit itu nanti. Wallahu'alam~

p/s : Sebelum kahwin nanti, memang aku kena tanya bakal isteri "Awak sanggup terima saya walau suatu hari nanti saya mungkin tiada tangan atau tiada kaki? Awak sanggup bersama saya sehingga ke akhir hayat saya?"

Sunday, April 22, 2012

Kenapa Baik Sangat??

"Orang buat baik kita balas baik, orang buat jahat kita balas baik juga"

Semalam semasa clinical round (orthopedic), doktor ada beritahu yang ada banyak tujuan kita rawat pesakit ni. Antaranya ialah for legal purpose! Kiranya something yang berkaitan dengan undang-undang mungkin. Itu pendapat aku la...

Aku kurang faham apa contoh 'legal purpose' tu? Ada kawan beri pendapat dia...Legal purpose tu contohnya pencuri/perompak/penjahat yang injured atau cedera semasa melarikan diri dari polis. Jadi, walaupun dia buat benda yang salah di sisi undang-undang, kita sebagai doktor yang mematuhi medical ethic tetap kena rawat dia sebelum dia menerima hukuman.

Aku kurang berpuas hati. Kenapa kita kena rawat orang yang jahat? Itu bukan seperti melepaskan anjing tersepit ke? Macam buat baik tak bertempat je? Kenapa tak anggap kecederaan tu sebagai 'balasan' terhadap perkara buruk yang dia telah buat?  Kenapa mesti kena rawat dia supaya sihat dulu baru boleh jatuhkan hukuman kepada dia? Kenapa tak terus dijatuhkan hukuman?

Aku ada juga dengar bahawa kalau pesalah tidak sihat, hukuman terpaksa ditangguhkan sehinggalah pesalah tu sihat seperti sediakala. Tapi nak buat macam mana kan? Medical ethic dah tetapkan macam tu. Terpaksa lah kena ikut juga. Teringat Lecturer yang mengajar Ethics ada cakap yang doktor-doktor Islam still kena rawat askar-askar Israel kalau mereka injured walaupun mereka menganiayai saudara-saudara kita di Palestin.

Isyh, why so kind? They bombed , killed and did many bad things to our brothers and sisters there! Why don't we just let them suffer from the injuries and die, so that they know what our brothers and sisters feel? Why we still treat them? Aiyo~

I know, in Islam there is no such thing as having grudge to others. Even our prophet Muhammad SAW teaches us (Moslems) to be good to everyone despite of their religion and beliefs. Eh, pehal aku tulis omputih plak ni? Kalau pandai tak pe jugak ni grammar dengan vocab pun habis tunggang langgang. Haha~

Kalau aku tengok movie atau drama, aku tak suka antagonis insaf di akhir cerita. Aku tetap nak antagonis dapat balasan atau hukuman walaumacam mana pun. Kalau tak movie tu tak best bagi aku. Muahaha~

Sekian~
p/s : It's easy for you to apologize, but it's hard for me to forgive and so much harder to forget!

Thursday, April 19, 2012

Kita Tak Tahu....

Dalam hidup ni, ada banyak perkara yang kita tak tahu. Bak kata Ustaz time Kursus Pengurusan Jenazah hari tu, antara perkara yang kita tak akan tahu ialah...

1) Mati
2) Rezeki
3) Jodoh

Okay, pernah tak ada perasaan macam ni? Kita suka kat seseorang tu, tapi orang tu kelihatan seperti sudah ada pakwe? So, are you going to give up easily? Suka memang seharusnya dalam diam, tapi diam-diam bukan diam semata tapi berdoalah supaya Allah tetapkan jodoh kita dengan dia.

My sister told me this story when I was 18. Tentang seorang kawan dia yang menyukai seorang lelaki ni. Dia memang suka dah lama tapi lelaki ni dah ada makwe. Kawan kakak aku pula seorang yang pendiam dan pemalu. Dia cuma sukakan lelaki tu dalam diam.

Beberapa tahun berlalu, lelaki yang dia minat tu mula rapat dengan dia. Last-last kawen jugak dorang dua orang.

Kawan akak aku tu tanya kat suami dia, apa yg terjadi kat makwe dia dulu? Suami dia cakap makwe dia tinggalkan dia sebab nak cari orang yang lebih kaya. Cis~! Suami dia sambung lagi, sebenarnya waktu dia couple dengan bekas makwe dia dulu pun dia memang dah start suka kat kawan akak aku tu.

See? We don't know who we will marry! Semuanya ketentuan Tuhan. So, kalau suka kat seseorang, suka diam-diam dan berdoalah.

Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Tapi kalau dia bukan jodoh kita nak buat macam mana. InshaAllah Allah tetapkan yang sesuai untuk kita. Kita tak tahu kan?

It is sometimes said LOVE ends with marriage
but in ISLAM,, we believe true LOVE begins with marriage..
That's why kena terus kan taaruf walaupun lepas kawen.

p/s : musim bunga spring menimbulkan hati berbunga-bunga. Ceh~ Geli plak aku.

Thursday, April 12, 2012

Nasib Baik Tahi Burung

Alhamdulillah, hari ni berjaya juga puasa sunat hari khamis walaupun perut lapar bukan main siap berbunyi lagi dalam kelas.

Tadi dalam perjalanan pulang dari Mustashfa Nareman menuju ke Convention Centre, aku berjalan melalui kawasan yang berpokok. Tiba-tiba lengan aku rasa macam melekit, panas je rasa..Bila aku tengok....Ya Allah, tahi burung rupanya!

Sabar je la...Habis dari lengan sehingga ke tangan aku kena. Baju pun terkena sikit. Waktu tu memang aku nak menyumpah seranah. Kenapa la dugaan macam ni kena kat aku time aku puasa? Kenapa tak hari lain? Adus~!

Waktu tu fikir nak tukar baju je. Dah la ada exam arab kejap lagi ni. Last-last aku tetap juga ke Convention Centre tanpa menukar baju yang bersih. Dalam perjalanan tu tak habis-habis aku menyumpah burung tu.

Bila aku sampai di Academic Building, kami melalui kawasan pembinaan (pengubahsuaian) untuk menuju ke Convention Centre. Semua orang yang lalu jalan laju-laju sambil melindungi kepala. Aku pelik. Bila aku pandang atas, rupanya kerja-kerja baik pulih sedang galak dilakukan kat atas sana dan banyak pasir-pasir, batu-bata yang jatuh ke bawah. Pekerja-pekerja kat situ pun siap pesan kepada orang yang melalui jalan tu supaya berhati-hati.

Ya Allah! Waktu tu aku baru perasan. Betapa bodohnya aku yang siap menyumpah seranah kerana ditimpa tahi burung. Itu mujur ditimpa tahi burung, kalau ditimpa batu-bata dari kerja-kerja pembaikan tu? Ya Allah, aku bersyukur sangat2x...Aku tak tahu sebenarnya Allah sudah menetapkan yang terbaik untuk aku.

Nasib baik cuma tahi burung yang jatuh menimpa aku, kalau batu ke? Serpihan kayu ke? Tak ke naya? Ya Allah, aku bersyukur sangat-sangat dan menyesal betapa bodohnya aku sebab mengeluh ditimpa tahi. Aku rasa pahala puasa aku hari ni kurus sangat-sangat sebab dah banyak menyumpah. Aku rasa macam tak dapat je pahala puasa hari ni, entah-entah cuma dapat lapar dan dahaga.

Boleh jadi kita membenci sesuatu padahal benda itu baik untuk kita. :)
Ya Allah, aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas. Semoga aku sempat bertaubat. :)

p/s : Ditimpa tahi cuma berbau, tapi tidak berdarah dan berpatah riuk seperti ditimpa bebatu.

Friday, April 6, 2012

Padan Muke~!

Kalau ada orang tanya kau pasal kawen ke jodoh ke kan, pastu kau x larat nak jawab, kau jawab camni je....

Contoh : "Eh, kau bila lagi?"

Jawapan yang patut diberi ialah....

"Eh, kau sibuk nak tau kenapa? Kalau aku nak kawen sekalipun aku bukannya nak jemput kau. Memang takkan jemput punya la..So, baik tak yah tanya. "

Ngeh ngeh~

Thursday, April 5, 2012

Keluh Kesah

Sudah seminggu demam. Tak pernah aku demam lama-lama macam ni. Paling lama pun selalunya 2-3 hari je, tak adalah sampai seminggu macam ni.

Aku sampaikan mengeluh semalam, "kenapalah aku kena demam time-time nak exam? Kenapa tak lepas exam je? Haih~"

Astaghfirullah~ Aku pun baru terfikir betapa bodohnya aku mengeluh macam tu. Padahal tau je yang demam tu penghapus dosa.

Hari ni, aku rasa beberapa persoalan aku terjawab. Antaranya....

1) Aku pelik kenapa aku kerap demam?
Jawapan : Bukan aku je orang yang Allah bagi ujian macam ni. Ramai je lagi orang yang demam malah ada tu suhu badan dia jauh lebih panas dari aku, tapi diorang boleh je kuatkan diri menjalankan aktiviti seharian. Ni semua sebab peralihan musim. Jadi, jangan ingat ujian kita ni paling berat sebab ada lagi yang jauh lebih berat.


2) Kenapa kalau aku demam je mesti time-time nak exam?
Tadi dalam lecture hall duduk sebelah Azri. Bila Azri tahu aku demam, dia kata "Tak apa, demam tu penghapus dosa. Allah nak hapuskan dulu dosa-dosa tu supaya time exam nanti boleh jawab; tak ada dosa yang menghalang hijab"
Terkedu aku, sepatutnya aku bersyukur. Siapa tahu kalau-kalau apa yang Azri cakap tu betul? :P hihi....


3) Kenapalah aku tak demam lepas exam je? Kenapa time-time ni jugak nak kena demam ni? haih~

Sunday, April 1, 2012

Jangan Lembik Sangat

Jangan Lembik Sangat #1

Aku : Rasa macam malas nak study. Selalu xde mood.

Kakak : Jangan lembik sangat! Paksa diri tu study. Jangan malas2~

Aku : Kalau xde mood nanti sama je, tak masuk gak dalam kepala.

Kakak : Ala..ko duduk je depan buku tu lama-lama. Nanti InshaAllah, kalau x masuk banyak pun at least ada la masuk sikit dalam kepala. Allah mesti bagi ganjaran kat usaha tu. Paksa diri study!


Jangan lembik sangat #2

Aku : Abah, rasa macam nak demam la..Sekarang ni musim panas. Lepas balik dari tengok orang bersukan semalam terus demam.

Abah : Makan la ubat. Jangan dilayankan sangat sakit tu. Cuba lawan sikit. Jangan lembik sangat!

Aku : Tapi ni rasa loya-loya, sakit kepala, pening-pening......

Abah : Makan ubat! Lawan sakit tu! Jangan tinggal solat walaupun sakit.


Jangan lembik sangat #3

Aku : Stress ah kat sini. Orang mengata aku macam-macam. Bengang ah!

Abang : Mu ni toksah lembik sangat. Mu buat derk je..Kekgi diam ah belake tu...Mu dok cara hal mu sudoh!

Aku : Nok buat derk guane?

Abang : Kalau diorang mengata ape2 mu toksah lawan balik. Mu diam je...Cube jadi kuat sikit gop. Ni sikit-sikit stress.

Kesimpulan. Jangan lembik walau di mana anda berada.