Tuesday, May 29, 2012

Kekurangan Protein

Bismillahirrahmanirrahim.....

Hari ni rasa macam xde mood nak study. Okay nak cerita tadi di dalam clinical round, kami dapat satu patient umur lebih kurang 3 bulan. Complaining of diarrhea and failure to gain weight. Kami buat history-taking macam biasa dan rasanya ada beberapa antara kami yang buat examination terhadap pesakit tu.

Dari pandangan mata, memang nampak bayi ni tak ada lah kecil mana (tapi still dalam kategori kecil), so I kept on asking myself "if the patient is not small enough, just fed some milk and he will be bigger soon".

Bila doktor masuk ke kelas, doktor bincang dengan kami tentang history pesakit ini tadi. Sesudah selesai, doktor meminta si ibu untuk menanggalkan pakaian si pesakit ini tadi. Bila pakaian ditanggal, baru aku dapat lihat betapa kurusnya bayi ni. Ya Allah, aku pun tak sangka betapa kurusnya bayi ni seolah-olah tiada daging langsung (marked muscle wasting!)

Pengajaran #1 : When examining the patient, you have to take off the patient's clothes first because you never know what are lying under them.

 Sebelum pakaian ditanggal, bayi ni nampak macam normal je tapi bila pakaian ditanggal? Jeng jeng jeng.....!!! Kurus kemain~! Di kaki bayi ni ada soft pitting oedema; a sign of protein deficiency I think. Kasihan sungguh bila tengok bayi yang comel sepatutnya sihat dan tembam, tetapi menjadi kurus begini.


 Saya pun nak makan. Ngap!

Doktor ada pesan, when you first time try to feed the baby, you have to feed the breast milk first! Don't give formula milk from the start because this will cause nipple confusion. If you feed them with formula milk before breast milk, the baby will think the formula milk is their main food! And later they will refuse breastmilk. Susu ibu perlu diutamakan sebelum susu formula

Selepas melahirkan anak, susu ibu mengandungi "colostrum" yang mengandungi kandungan protein yang tinggi dan membantu dalam tumbesaran anak-anak. Kalau bayi dah biasa dengan susu formula, nanti bayi dah tak mahu langsung dengan susu ibu yang mengandungi "colostrum" ni. So, macam mana anak nak besar? Haih~

Pengajaran #2 : When examining paediatric patient, nutritional status is one of the most important thing to be asked. You have to ask " Does the mother fed her child well? Fed with what? How she fed the baby and how much?

Dan aku tetiba terfikir, ada sesetengah orang sampai kurus kemain sebab tak cukup makan sebab masalah kewangan dan hilang selera makan dek ditimpa penyakit kronik. Tapi kita sedap bukan main makan macam-macam sampai jadi obesiti lagi. Duit "dilaburkan" beli makanan mahal-mahal sedap-sedap padahal agak-agak apalah mereka yang menghidapi PEM (Protein-Energy Malnutrition) ni makan? Haih~

 Ni bukan pesakit. Ini adik saya ye...Nama dia Anis. Abang Chik dia ni rindu sangat kat dia.

Pengajaran #3 : Sentiasa bersyukur! Kita dapat makan sedap-sedap sedangkan ada yang kurang bernasib baik. Mereka itu jangankan nak makan sedap-sedap, nak menjamah makanan pun mereka tak mampu langsung dek penyakit yang mereka alami. Ya Allah, jadikan kami insan yang selalu bersyukur. Amin~


p/s : Diagnosis pesakit ini ialah Marasmic-Kwashiorkor, sejenis PEM. Pesakit ini akan mempunyai berat badan kurang dari 60%  dari berat sebenar. Kalau pesakit tu sepatutnya 10 kg, pesakit PEM ni beratnya cuma kurang dari 6kg je.  Kesian kan? trima kasih kpd yg membetulkan. :)

Saturday, May 26, 2012

Anak Manja

Ada kawan-kawan selalu cakap aku ni manja la apa lah sebab balik tiap-tiap tahun. Malah ada yang mencabar supaya aku tak balik ke Malaysia sekali. Okay, aku memang anak manja. So what? Ada masalah ke? Kau ke yang support tiket aku balik Malaysia? Tak kan? So duduk diam dah la...Haha...

Tadi call kakak sebab nak telefon abah dah lewat malam. Cuma kakak je biasa tidur lewat malam. Bila call, rasa macam nak nanges bila akak aku cakap macam ni....

"Adik nak tahu x? Akak dah 3 bulan tak balik kampung. Bila akak balik kampung akak terkejut sangat tengok abah dah semakin kurus. Sangat-sangat cengkung nampak macam tinggal tulang dengan kulit je. Kesian tengok abah macam tu."

Ya Allah! Aku rasa sebak! Itu baru kakak aku yang 3 bulan tak balik, yang aku ni dah berbulan-bulan tak balik ni bagaimana pula? Mesti aku lagi terkejut nanti bila tengok keadaan abah yang sangat kurus sepertimana yang kakak aku ceritakan.

Aku sangat mengharap keajaiban akan berlaku dan abah akan sembuh dari IHD. Semoga abah jadi kuat macam dulu-dulu. Ya Allah, panjangkanlah umur ayahanda ku. Kau berkatilah dia. Amin~


p/s : terlampau risau....homesick.....nak balik jumpa abah....tak leh fikir lain dah..... :-(

Wednesday, May 23, 2012

Budak Cepat Mengikut

Dah dua minggu lebih rasanya masuk round Paediatric ni. Memang seronok jumpa kanak-kanak riang ribena. Paediatric hospital is the place where you can find a lot of cute creatures besides kindergarten. Ape aku merepek ni sebnanye?

Heh~ Baru-baru ni belajar tentang growth and development of child. Memang tajuk ni seronok terutama bila tengok primitive reflex mereka. Subhanallah, betapa penyayangnya Allah SWT kat kita kan? Iya lah, cuba bayangkan semenjak kita baby lagi Allah dah beri kita dengan " primitive reflex" .kiranya macam mereka at least boleh "defend" diri mereka bila dalam keadaan bahaya kan?

Kalau kita nak campak baby, mereka tunjuk parachute reflex, kalau kepala dia nak terjatuh ke belakang dia ada Moro reflex. Dan ada banyak lagi reflex yang lain. Selain dari defend diri mereka sendiri, primitive reflex ni juga sangat comel dan boleh menghiburkan orang dewasa contohnya palmar grisp reflex. Letak je satu jari kat telapak tangan bayi, bayi akan secara automatik genggap jari kita. Subhanallah, comel sungguh!

Tapi aku sebenarnya tertarik dengan satu fact ni.

" At the age of 18 months, baby will start to mimic action of others."

So, what I would like to say here is: please teach them good things! Don't let them follow your bad habit. Ni tidak, ada sesetengah mak bapak yang kecik-kecik lagi dah ajar anak buat sign/symbol f*ck guna tangan. Lepas tu ada yang ajar mencarut. Yang kes kat Indonesia tu? Kecik-kecik dah diajar merokok. Haih~

Lagi satu, aku rasa tak perlu kot nak ajar bebudak menyanyi dan menari. Benda tu tak perlu diajar, sedangkan nanti diorang tengok diorang pun akan terikut-ikut sendiri. Kalau diajar dari kecil, apatah lagi? Memang profesional habis la mereka. Tak gitu? Itu la yang sampai ada masuk bintang kecil la, idola kecil la besar nanti jadi penyanyi pelakon pandai pakai seksi-seksi. Sebab apa? sebab dari kecik lagi dah diajar sebegitu.
see this picture? Baby ni nak ikut papa dia buat push up! Haha...comel~

Tengok kat dalam tv, mak bapak bangga bila anak-anak mereka dapat masuk idola kecil dan tom-tom bak siap menari-nari lagi tu. Siap ada yang dah pandai buat gelek dangdut padahal umur baru 5-6 tahun. Haih~ Aku tengok rancangan Idola Kecil dan Tom-tom Bak tu ramai bukan main peserta dia siap bertukar-tukar tiap2 minggu, tapi rancangan Mari Mengaji cuma 6 orang je dan itu pun muka yang sama tiap minggu. Haih..kantoi aku pun tengok idola kecil dan tom-tom bak kan ? Kalau x macam mana aku tau. haha...

Teringat aku pernah tengok satu scene dari Malaysian Idol kalau x silap. Peserta ni x lepas ujibakat, kemudian mak dia memujuk...

"Takpe, jangan risau. Kita ada banyak lagi. Kita ada Bintang RTM, Akademi Fantasia, Mentor...."

Bagus la tu....

p/s : Budak kecil ibarat kain putih dan terpulang kepada orang sekeliling untuk mencoraknya. Kalau aku, aku nak corak anak perempuan dengan corak batik. Kalau anak laki, corak kain pelikat. muahahaha...biarkan putih bole?

Tuesday, May 22, 2012

Senda

X "bergurau" dengan aku. Agak kasar kata-katanya. Kecil juga hati ni. Kemudian dia tanya,

X : Eh? Kau marah ke?

Duh~ Aku TAK MARAH LA...Aku suka gila orang sakitkan hati aku macam tu. Rasa macam nak lagi!

p/s : Kadang-kadang kita ingat kita bersenda, tapi sebenarnya gurauan kita tu tanpa sedar cukup untuk menyakitkan hati orang lain.

Thursday, May 17, 2012

Kalau Buat Jahat, Jangan Ajak Orang

Pernah aku lepak di gerai makan dengan kawan-kawan, dan ada seorang dua kawan aku mula mengeluarkan kotak rokok dari poket mereka. Memang perkara yang agak biasa, lepas makan kita akan tengok orang hisap rokok kan?

Aku cuma memandang. Nak kata tak pernah nasihat, selalu je nasihat sebelum ni. Lagipun semua orang sedia maklum akan bahaya merokok ,tak perlu nak diperjelas dengan menggunakan terma-terma saintifik.Aku cuma memandang dan sesekali aku tersenyum sinis. Aku pun cuba fikir positif, mungkin mereka dalam proses nak berhenti; walaupun masih belum berhenti at least mereka kurangkan. Itu apa yang aku cuba lihat dari sudut positif. Lagipun aku faham je yang nak berhenti merokok ni bukannya mudah, malah memerlukan masa.

Kemudian, dia yang perasan senyuman sinis aku, terus tanya...

"Pehal kau senyum? Sebab aku hisap rokok ke?"

Aku tidak menjawab. Ada sesetengah soalan yang lebih baik kita diamkan dari dijawab.Dia menyambung..

"Ala..kau tak tau macam mana hisap rokok. Nak try? Try la Khairi. Best~"

Dia pun menghulurkan kotak rokoknya kepada aku. Aku cuma tersenyum, biasalah itu mungkin gurauan kawan-kawan. Tapi aku mula rasa tak selesa bila dia berkali-kali suruh aku mencuba.

"Try la..Kau tak try lagi. Best la!! Try la..Try!!"

Astaghfirullah...Haih..Kenapa beria sangat ni? Aku yang tadi sangkakan dia bergurau dah mula rasa bengang. Kalau kau nak merokok, jangan lah ajak orang lain yang tak pernah merokok untuk merokok sama. Aku pun terfikir, orang macam ni ke yang layak dibuat kawan? Kawan apa yang sanggup ajak sahabat dia sendiri buat perkara tak elok? Aku tak kisah kalau kau nak merokok, tapi janganlah hasut orang sekali. Kalau nak mempengaruhi orang, cari la benda baik-baik.

Berlayar kapal seorang tapi bila karam mahu berdua? Aku ingat lagi pesan abah. Semenjak abah kena IHD ni, abah selalu pesan kat aku dan abang; jangan merokok sebab abah tak nak tengok anak-anak abah kena IHD macam dia jugak. Abah waktu muda dulu memang perokok tegar. Sebab tu abah tak nak kami terikut perangai merokok dia tu.
 oit kucing! Kalau kau nak buat jahat jangan ajak baby! 


There's a saying..I don't know whether it is hadith, verse from Quran atau pun kiasan...Orang kata

Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, bau wangi dia pun tercalit kat kita
Kalau berkawan dengan si tukang besi, kotoran besi tu macam mana pun sedikit mesti terpalit kat kita

So, kat sini aku terfikir...orang macam ni layak dibuat kawan? Sudahlah bila merokok tu, asap dihembus-hembus ke muka orang lain, lepas tu ajak pula orang merokok sekali? If you're an active smoker, don't make people around you as passive smokers.

Bukan merokok je...Dalam hal lain pun sama. Kalau kau nak ponteng kelas ke, malas study ke apa ke, jangan ajak orang lain. Kalau kau nak buat, kau buat sorang. Jangan ajak orang hanyut dan tenggelam bersama-sama dengan kau.

Kalau nak buat jahat, jangan ajak orang
Tapi lebih elok kalau tak buat jahat :)


p/s : Kawan-kawan banyak mempengaruhi hidup kita.  Kalau kau active smoker, jangan buat orang sekeliling jadi passive smoker!

Monday, May 14, 2012

Tukar Lirik

Amaran : Post ni lagha sikit. Sikit je...Tapi ada juga unsur-unsur bagus (kot ?) So watch out lah!

Seperti yang kawan-kawan tau kan, aku ni suka ni dengar lagu-lagu cover. Lepas tu ada dengar parody lagu asal Rebecca Black, tapi di-"nasyid"kan jadi Jumu'ah by Raef kot nama dia. Best! Not bad~ So tetiba aku terfikir kan bagus kalau lagu-lagu yang rentak dia best-best, kita tukar lirik dia jadi satu lirik yang bermanfaat. Contohnya lagu-lagu cinta/rock yang tak ada pekdah tu apa kata kita tukar lirik dia jadi nasyid ke, jadi lirik bermotivasi sikit. Kiranya jadi lagu ala-ala Maher Zain gitu. Ceh~

Aiseh~ Kalau suara aku sedap plus aku pandai main gitar, aku rasa aku buat kot benda alah ni. Ada youtube channel sendiri nih. Haha.... Baru la "cover" atau "parody" tu bermanfaat sikit. Ini tidak, yang "cover" kat youtube semua lirik asal cuma penyanyi dan suara je lain. Lain kali tukar ah lirik jadi bermanfaat. Cewah over plak aku kan? Contohkan, aku nak sangat tukar lirik lagu kosong ni...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong...kosong...

Why should you feel empty if you believe that Allah is always with you?
Kenapa rasa kosong? Allah kan ada? Haih~
 
No doubt lagu tu memang best lah. So, aku rasa kan best kalau ada orang buat cover tukar sikit lirik dia jadi camni...

Segala dosa maksiat
Yang telah aku lakukan
Membuatku rasa kosong..kosong...

Ha...baru logik. Cewah... (boleh jadi penggubah lirik kot pasni...okay ini poyo). Kalau lagu-lagu yang best kita ubah lirik dia mesti jadi fun kan? Okay la...Sekian sahaja post  kali ini. Pasni nak buat akaun youtube nak buat lagu cover, bersedialah untuk telinga anda bernanah.

p/s : Rasa nak pergi south korea la...Ada jumpa trip dalam around RM 3000..nampak macam best. haih~

Friday, May 11, 2012

Tidak Secara Jelas

Bismillahirrahmanirrahim....


Semalam pergi ceramah pasal Palestin oleh Ustaz Khairi Malik.. Alhamdulillah, dapat la jugak sedikit sebanyak walaupun aku mengantuk tak tentu hala siap tersengguk-sengguk bagai nak rak. Pernah terbaca satu blog sahabat ni, cerita dia lebih kurang macam ni......

Seorang guru membentangkan tikar di hadapan anak-anak muridnya. Kemudian, dia meletakkan sebuah Al-Quran di tengah-tengah tikar tersebut. Kemudian, guru tersebut berkata...

"Siapa antara kamu yang dapat mengambil Al-Quran di tengah tikar ini tanpa memijak atau berada di atas tikar ini.?"

Kemudian, pelbagai jawapan yang diberi oleh murid-muridnya. Ada yang suruh capai guna kayu, ada yang suruh ambil dari atas dan sebagainya. Tapi kesemua jawapan itu kurang tepat. Setelah itu, guru ini pergi ke salah satu hujung tikar dan mula menggulung tikar tersebut. Semakin digulung, Quran itu semakin hampir kepada guru tersebut. Dan akhirnya, guru itu kini dapat memegang Qurang itu tanpa memijak atau berada di atas tikar tersebut.

"Murid-murid nampak tak? Apa yang cikgu nak sampaikan?"
Musuh Islam memang tak memusnahkan kita secara terang-terangan sebab mereka tahu umat Islam akan melawan mereka semula. Sebaliknya mereka cuba untuk memusnahkan umat Islam secara tidak jelas dengan menyelitkan hiburan-hiburan, boneka-boneka pemerintah yang tidak mematuhi ajaran Islam, dan membawa budaya mereka seterusnya melenyapkan budaya hidup Islam dari masyarakat Islam itu sendiri.

Betapa halusnya permainan mereka. Sama seperti Quran di atas tikar tadi. Kalau ada yang cuba mengambil Quran itu dengan memijak di atas tikar, itu sudah jelas melanggar apa yang diarahkan. Sebaliknya, guru itu cuma menggulungkan tikar, dia tidak memijak atau berada di atas tikar untuk mendapatkan Quran itu. Okay, sekian sahaja post saya pada hari ini. Harap kawan-kawan jumpa pengajaran dalam post ini. Salam....

Monday, May 7, 2012

Zzzz~.....

Dah masuk subuh, tapi aku masih belum tidur. Bukan tak nak tidur, tapi tak boleh tidur. Sudah puas bergolek-golek di atas katil, cuba pejam mata tapi tidak juga tidur-tidur. Aku lupa sesuatukah? Atau adakah aku terlalu nervous untuk masuk Paediatric Department esok kejap lagi? Haha...Nervous pehal plak kan?

Alhamdulillah, result semester lepas sudah keluar dan aku lulus. Lulus ni pun dengan izin Allah, sebab doa ibu bapa, kawan-kawan dan orang lain. Kalau nak harap usaha sendiri tanpa doa mereka, memang mustahil sangat untuk aku lulus. Study pun last minute nak lulus cemerlang bagaimanakah? Ceh~!

Abah pernah cakap, kalau rasa tak boleh tidur tu, cuba muhasabah diri balik. Kita ni dah solat isyak ke belum? Ada solat yang tak ter-qada lagi kah? Sudah minta maaf atau memberi maaf atau belum? Ada nazar apa-apakah? Atau aku terlalu memikirkan masalah remeh sangat kah? Ya! Nazar! Memang aku ada nazar sesuatu bila aku dapat result lulus. Tapi yang itu biarlah aku je yang tau.

Cuma nak mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan, kepada sesiapa yang sudah bernazar tu, tunaikan lah nazar anda supaya tidak terlupa. Jangan lupa yang hukum menunaikan nazar ni ialah WAJIB. Jangan buat-buat lupa pulak. Mungkin ada bernazar nak belanja orang ke, nazar nak puasa ke, nazar nak sedekah ke, nazar nak kawen ke kan? Ceh~ Ada ke orang nazar kalau lulus exam, dia nak kawen? Haha...

Kepada sesiapa yang terbaca post mengarut di pagi hari ini, dan kalau anda budak Alex, silalah support ALO dan Beutifully Different yang dianjurkan oleh Persatuan PERUBATAN. Kalau kita tak support, siapa lagi nak support kan? Kalau tak nak jadi peserta at least jadi penonton pun jadi la...Kalau tak nak jadi penonton pun, at least ambil tau sikit-sikit pun jadi la....Kalau tak nak ambil tahu kan, kau memang kejam dan sombong. haha...
Okay, sekarang mahu menyubuhkan diri (ada ke perkataan ni?) dan cuba untuk dapatkan sedikit "nap". Mungkin aku risau kot sebab tak beli tiket balik Malaysia lagi ni. Haih~ Baiklah, walaupun post ni sangat mengarut, tapi kalau korang try print entri ni dan highlight untuk mencari isi-isi penting, InshaAllah ada la terjumpa sikit. :)

Thursday, May 3, 2012

Sehelai Jubah Secalit Atar

Bismillahirrahmanirrahim.....

Aku ni mengaku memang jahat, banyak buat dosa dan rasa macam tak layak nak cakap pasal benda yang bakal aku nak tulis ni. Tapi aku nak tulis juga lah....

Ketika aku berjalan-jalan dengan beberapa orang kawan, selisih dengan seorang junior. Junior tu memakai serban. Alhamdulillah, sejuk mata memandang. Bila junior tu sudah jauh berlalu, tiba-tiba seorang sahabat ni cakap,

"Isy, tak rimas ke berserban bagai kat atas kepala tu? Buat berat kepala je."

Aku diam...Tak mampu untuk menjawab apa-apa. Kalau aku jawab nanti, mungkin ada yang berkecil hati dan mungkin aku juga dikatakan "tak ada ilmu tapi berbuat tahu"

Sahabat ni pun ada cakap,

"Isy, rimas nampak orang laki pakai jubah tengah-tengah panas macam ni. Dah la tengah-tengah bandar, tak sesuai lah pakai jubah kat sini."

Aku pelik. Tak tahu lah samada sahabat ni sengaja bergurau atau dia tak tahu yang jubah ni pakaian sunah. Apa yang dimaksudkan dengan tak sesuai? Pakaian yang baik perlu dipakai di masjid dan surau-surau sahaja kah? Maksudnya kalau di luar di tengah bandar, kita wajib pakai jeans dan t-shirt untuk nampak bergaya? Begitu?

Bila lalu di hadapan masjid, terjumpa pula sahabat yang baru selesai solat berjemaah. Ya Allah...harumnya bau minyak atar yang dia pakai. Harum semerbak. Aku suka bau minyak atar sebab ayah aku selalu pakai. Kemudian ada lagi yang sahabat ni tak puas hati.

" Isy, aku tak suka lah bau minyak atar. "

Dan lebih terkejut bila ada seorang lagi sahabat ni menyokong kenyataan beliau.

"Haah la...aku pun sama. Busuk lah! Sebab tu aku pakai perfume yang mahal sikit tu. Pening betul bau minyak atar."

 Nabi tinggalkan kita dengan Al-Quran & Sunnah

Aku rasa kecil hati. Sebab aku memang selalu pakai minyak atar. Maksudnya orang hidu bau busuk lah dari aku selama ni? Aku suka pakai minyak atar sebab selain ianya wangi dan murah, minyak wangi ni juga bebas alkohol dan boleh dibawa untuk bersolat. Dan aku ada dengar yang haruman bebas alkohol sebegini pun sunah juga. Wallahua'alam.

Bau minyak atar ni buat pening kepala? Haih~ Bauan atar ni ada banyak jenis, boleh je pilih yang sesuai dengan kita. Bukannya ada sejenis bau je. Lolz~

Jadi aku pelik kenapa orang lebih sukakan benda yang di "invented" oleh orang bukan Islam. Aku mengaku, aku pun tak ada lah selalu pakai jubah berserban bagai, tapi sekurang-kurangnya aku tak adalah rasa rimas atau sakit mata memandang orang memakai pakaian sebegitu. Tak adalah pening atau sakit hidung kalau terhidu minyak atar.

Mula-mula orang jauh dari pada sunah dan dekat pada benda-benda tak sepatutnya. Entah-entah masa hadapan nanti, kita makin jauh dari benda yang wajib? Siapa tahu? Mungkin pada masa hadapan nanti ada yang fikir baca Quran ni kolot? "Eh, kau ni baca la novel ke apa ke, ni baca Quran?" Huh~! Kalau siapa cakap macam tu memang aku tak teragak-agak untuk bagi penampar sebiji dua.

Nabi tinggalkan kita dengan Al-Quran dan Sunah, kalau dua benda tu pun kita tak nak "ambil", apa je tinggalan rasulullah yang ada untuk kita? Haih...Lepas ni kena explore lagi apa perkara-perkara sunnah yang nabi selalu buat. :) Sebab setiap perkara yang nabi buat tu tentu ada faedahnya. Nabi tak buat benda yang sia-sia kan? Tentu ada faedahnya berserban, berjubah dan memakai haruman berbanding memakai jeans dan perfume mahal. Wallahu'alam~

p/s : Tak perlu lah being westernized sangat. Kau nak ikut-ikut gaya barat, muka kau bukan macam diorang pun. Muka melayu batak jugak.