Friday, June 29, 2012

You're Not Helping


Some students do not study properly, but manage to pass by either dishonestly carrying answers into the examination room or by looking at the examination papers of others.

Some have even gone to the level of using radio receivers. In fact, for the past few years, Muslim students in Bangladesh have regularly rioted around examination time for the right to cheat. Such behaviour is totally un-Islamic. It is cheating no matter what name people might call it or what excuses might be given for it.

Islaam is firmly opposed to cheating in any of its forms. Those who supply answers for cheaters often claim that they are not cheating, but merely helping those in need. “Friends must help each other,” they say. But Allaah has forbidden helping others in sin.

He said in the Qur’aan: { وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُوا عَلَى اْلإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ}

“Help each other in righteousness and piety, but do not help each other in sin and aggression.”

Huh~Why are you looking at my paper?

Sunday, June 24, 2012

Ribbon, Ray Ban dan Reben

Beberapa minggu yang lepas, aku dan Acap keluar ke area Mahattah El-Raml nak cari shades/sunglasses (don't know what appropriate word to be used). Senang cakap, kami nak cari spek mata hitam.

So, pergi la kat kedai tepi-tepi jalan tu je ha...Kemudian, ada segerombolan junior berselisih dan terserempak dengan kami.

Junior : Beli spek mata ke abang?
Aku : Haah la..Silau..kan summer sekarang ni (ceh, bajet gila)
Junior : La..Kenapa beli yang ni? Beli la Ray Ban, baru class!

Aku ni for the first time ever dengar jenama Ray Ban, I thought that my junior said "REBEN" which means "ribbon" in malay. (the pronounciation sounds like  Ray Ban too).

Aku : Apekejadah plak la ana nak pakai reben dik oi~  Reben orang perempuan je pakai.

Junior : (dengan muka pelik)...Eh, Ray Ban lelaki pun boleh pakai la..

Aku : Isy, ana nak cari spek mata, bukan reben. Reben nak buat apa.

Junior : Erk~ Abang, sebenarnya kan, Ray Ban tu jenama spek mata itam la abang.
 Junior ni pun satu, sebut la Ray Ban, jangan sebut reben! Kan aku dah ingat ribbon. 

Aku : (malu macam haram....)...Hehe..tau2, saje melawak dengan adik2 junior. Hihi...(padahal memang completely have no idea).

Junior : Ouh, hehe...itu lah..pelik jugak saya, x kan lah abang tak tau betul2 plak Ray Ban tu ape. Terkejut jugak saya tadi. Tapi saya tau je abang gurau. Okay lah abang, balik dulu. Salam...

Aku : Okeh, bye! .............(rasa macam nak balik rumah naik jet supaya cepat sikit sampai, lepas tu nak flush muka dalam jamban) Malu tersangat-sangat!


Kesimpulan, kalau tak tau lain kali tanya. Jangan konfem-konfem je bajet macam kau tau. Ada pahemmmm?? Okeh la esok aku exam. Buh bye!

Saturday, June 16, 2012

Tips Mula Study

Okay, ni bukan la tips yang skema-skema macam dalam buku motivasi tu. Bukan! Ni tips dari Khairi Malik. Aku pun bukan bagus sangat nak bagi tips kat orang ni. Aku pun pemalas gak. Ada kawan-kawan aku tanya macam mana cara nak mula study (bukan cara nak study, tapi cara nak memulakan). Biasalah, momentum kurang sikit awal-awal ni. Lebih lebih lagi sekarang demam bola kan? Selain tu distracted dengan internet la apa la..

Ni cara sikit..Berkesan la bagi aku. Bagi korang tak tau la..Mungkin lain kan? Effectiveness differs individually. Ceh~ Macam produk pencuci muka plak.

1) Kadang-kadang kita distracted dengan internet macam facebook, youtube, twitter dan lain-lain. Cara untuk memulakan study ialah...Kau letak buku di sebelah laptop/pc kau dan sila buka buku tu! Bukan just letak je. Memang la kita tak baca, tapi kadang-kadang sementara tunggu orang reply mesej/chat kita atau tunggu page/video untuk loading, boleh baca satu atau dua ayat. Kalau x masuk dalam kepala pun takpe (maklum la mesti tak fokus kan?), baca je ayat yg kau tak berapa fokus tu banyak2 kali sambil2 chatting. Nanti insyaAllah terhafal sendiri. Tak dapat banyak takpe, dapat sikit pun jadilah dari tak ada langsung.

2) Kadang-kadang kita berangan sambil study. Bila buku terbuka je, mula lah fikir masalah negara dan masalah masyarakat. Kadang-kadang dah 2-3 jam tapi dari tadi baca page yang sama je. Kadang-kadang tu, tak berganjak pun dari perenggan yang sama dari tadi. Takpe, kalau kau berangan, kau ulang baca je ayat/perenggan tu. Jangan gopoh nak alih page lain. Nanti kalau baca tapi tak ingat pun, at least kau macam pernah dengar/baca benda tu. Tak dapat banyak takpe, dapat sikit pun jadilah dari tak ada langsung.

3) Buka je buku, mata pun nak tutup kan? So, sila pegang pensel/pen/highlighter dan sila la conteng buku anda. Kalau buku tu buku kawan, sila ambil satu kertas kosong, dan conteng la info-info tu, buat akronim ke, mnemonic ke, atau salin balik dalam bentuk point ke. Kadang-kadang, dengan hanya memegang pen sahaja cukup untuk mengurangkan mengantuk. Bagi aku la...Kalau orang lain xtau la..:P
4) Kalau pergi makan kat restoran ke warung, bawa la nota ke buku ke. Kalau kau memang jenis tak baca buku sambil makan tak apa, yang penting kau bawa je. At least semangat tu ada. Sementara menunggu makanan sampai, bole la buka buku dan baca satu dua ayat. Tak dapat banyak takpe, dapat sikit pun jadilah dari tak ada langsung.

5) Antara sebab tiada semangat nak study ialah ; kita tak duduk dalam suasana study. Sila la pergi ke rumah-rumah kawan yang rajin study. Kau mesti jeles tengok dia study. Kalau dia buka buku, kau pun rasa nak buka. Itu persaingan sihat ye kawan-kawan. Kalau dia buka buku tapi kau malas juga, kau suruh je dia ajar after dia habis baca satu topik tu!

6) Kadang-kadang distracted main game. Pun sama dengan no 1. Game pun mesti ada nak kena loading la, apa la. So, buka je buku dan letak sebelah pc/laptop. Sementara tunggu game loading atau kalau main PES, kalau dia replay gol kau tu atau replay apa-apa, kau JANGAN SKIP. Sebaliknya kau guna masa replay tu untuk baca satu atau dua ayat. Kalau x dapat banyak takpe, dapat sikit pun jadilah.


7) Lepas solat fardhu, mesti baca Quran kan? So, sejurus selepas baca quran tu terus buka buku study sikit. Before that mesti kena tekad la dan pupuk diri untuk baca Quran setiap kali selesai solat fardhu. Nanti insyaAllah lama-lama jadi habit. Lepas solat, then Quran, then study. Nanti bila dah biasa nanti jadi habit punya la..

Okay, ini je kot setakat ni. Kalau ada lagi tips aku bagi lagi. Selamat mencuba ye kawan-kawan. Aku pun tak ada la bagus sangat bab-bab study, tapi tolong la mana aku termampu. :)

p/s : Nak mula study memang susah, tapi bila dah dapat momentum dia nanti senang je kot nak maintain. Kalau nak mula study ni, tak dapat banyak pun takpe. Biar dapat sikit asalkan ada daripada tak ada langsung.

Friday, June 15, 2012

Doa Untuk Semua

Bismillahirrahmanirrahim.....

Hari ni aku tengok status facebook kawan. Rasa tersentuh....

Dia mengajak semua untuk mendoakan saudara-saudara seMuslim di serata dunia.

1) Doakan supaya parti Islamis di Mesir menang pilihan raya hari ini dan esok (16/17 Jun)

2) Doakan saudara2 Islam di Syria yang semakin tertekan kerana pihak Rusia telah menghulurkan bantuan kepada rejim Basyar.

3) Doakan untuk saudara seIslam di Myanmar, kerana krisis agama yang menimpa etnik Rohingya semakin serius.
4) Doakan untuk Palestin

Dan doakan untuk semua umat Islam di serata dunia. Abah pernah cakap, kalau dalam doa tu, selain doa untuk diri sendiri, ibu bapa dan kaum keluarga, doakan juga untuk kaum umat Islam di serata dunia.

Aku hidup dalam keadaan sangat selesa. Tapi ada yang hidup dalam ketakutan.Kena ambil cakna tentang saudara seMuslim di tempat lain, don't be such a selfish brat!

p/s : Doa itu kan senjata mukmin. :)

Wednesday, June 13, 2012

Iatrogenic

 "Doktor ni senang kena penyakit berjangkit daripada pesakit."

Hampir seminggu berada di Tropical Medicine Department ni, tapi macam-macam organisma yang doktor dah ajar. Dan doktor yang mengajar ajar sangat laju persis kelajuan cahaya, mana mungkin aku boleh faham? Lagi-lagi dalam clinical round, sudahlah apa yang diajar tak ada dalam buku teks, topik diajar laju pula. Haih~

Terasa bimbang juga kadang-kadang bila doktor/professor suruh examine pesakit yang ada penyakit berjangkit ni. Penyakit berjangkit tu pula bukan yang jenis ringan-ringan, tapi kebanyakannya yang boleh membawa maut. Hepatitis C, Hepatitis B dan sebagainya.

Yup, aku tau yang HCV dan HBV berjangkit melalui blood/darah, bukan melalui sentuhan. (Betulkan kalau aku salah), tapi kita kadang-kadang tak perasan kalau tangan kita ada small cut/abrasions. Kalau ada calar-calar ke, bukankah organisma tu boleh masuk melalui luka kecil di tangan kita tu? Sanitizer? Kawan aku cakap, sanitizer cuma boleh bunuh bakteria, tetapi bukan virus! Wallahualam...

Jadi doktor ni memang banyak dugaan. Doktor ni senang kena penyakit berjangkit daripada patient, doktor ni senang kena saman, doktor ni kerja dia penat, dan doktor ni kerja dia bermain dengan nyawa. Kadang-kadang aku terfikir, macam mana nak handle pesakit yang ada wabak berjangkit nanti? Tidak takut dijangkiti kah?

Dan aku pun rasa kasihan kepada beberapa pesakit yang ditimpa penyakit berjangkit tu. Kebanyakan antara mereka bukannya buat perkara yang tidak elok seperti berkongsi jarum suntikan atau tidak menjaga kebersihan, tetapi berpunca dari pihak lain. Ada yang dapat penyakit hepatitis tu selepas menerima blood transfusion, ada yang dapat HCV selepas pembedahan untuk bersalin. Mereka dijangkiti penyakit tersebut disebabkan oleh kecuaian pihak hospital, tapi mereka yang perlu menanggung derita akibat dari kecuaian orang lain. 

Kadang-kadang aku terfikir, bagaimana kalau suatu hari nanti aku terkena penyakit berjangkit daripada pesakit? Aku rasa tentu aku tak akan dapat menerima kenyataan dan tak ada semangat untuk meneruskan hidup. Terkadang terasa sedikit kesal mengambil keputusan untuk menjadi seorang doktor, tapi aku percaya Allah swt sedang mengatur kehidupan aku dengan baik. Semoga aku tidak membuat pilihan yang salah. :)


p/s : kita tak tahu apa yang Allah atur untuk kita. Baik mahupun buruk, tentu semua ada hikmahnya.

Friday, June 8, 2012

Musyrif Yang Hilang

" Kitorang tak kisah pun macam mana rupa lelaki yg jadi musyrif kami. Besar ke ,gemuk ke, kurus ke ,kecik ke. Lagipun buat apa pergi gym, badan berketul-ketul tapi tak nak jadi musyrif?"

Okay, honestly kata-kata di atas ni adalah kata-kata yang pernah diungkapkan oleh salah seorang sahabat aku; iya, dia seorang perempuan. Dia pun cakap yang dia selalu susah nak dapatkan musyrif. Dia pun pernah cakap, kalau nampak akhawat berjalan tanpa musyrif malam-malam, jangan sangka yang mereka tak mahukan musyrif, tetapi tidak ada musyrif yang mahu menemani.

Haih~ Aku pun memang tak join JAMU (jabatan musyrif eh?) Tapi itu tak bermaksud aku tak boleh jadi musyrif. Semua ikhwah pun boleh jadi musyrif, tak semestinya yang nama dia tertera di dalam JAMU tu je.

Tadi balik dari program batch OSCAR, tengok ramai akhawat tak ada musyrif. Bila ditanya di mana musyrif, mereka menjawab...musyrif hilang! Musyrif lari! Sedangkan musyrif-musyrif yang "hilang" tu tahu yang sebenarnya mereka perlu menjalankan tugas kerana mereka sudah diberitahu terlebih dahulu.

Haih~ Jadi kalau kes macam ni, memang tak boleh nak salahkan akhawat la. Kalian kena cari musyrif tetap ni, baru senang! Aiceh~ Ke situ pulak kan? Aku pun rasa malu juga sebab aku antara manusia yang selalu melarikan diri dari menjadi musyrif. Antara alasan mengapa aku lari dari jadi musyrif :

1) Aku tak suka nak deal dengan pak cik teksi.
2) Tak reti nak cakap arab...Kalau pak cik teksi ajak berborak/tanya apa-apa, aku tak tahu nak jawab apa.
3) Nak balik awal, malas nak jadi musyrif.
4) Akhawat pun kadang-kadang balik terlalu lewat malam. Kalau bawah dari pukul 12 tak apa lagi, tapi kalau lebih dari 12 malam, memang susah la..
5) Kadang-kadang ada destinasi akhawat yang tak munasabah. Bila ditanya nak pergi ke mana, mereka cakap nak pergi kedai nak beli coklat. Nak beli alat tulis...Haih, kenapa tak beli siang? Ataupun kalau duduk satu bangunan dengan ikhwah, boleh je nak minta jejaka-jejaka ni belikan.   -_-

  
 saya pun nak musyrif jugak...Auww~!

 Tapi sekarang, aku pun dah sedar. Sampai bila aku perlu terus "lari" hanya kerana tak pandai cakap arab atau deal dengan pak cik teksi? Kalau tak pandai, sebab tu aku lagi kena belajar. Takkan lah perempuan lebih berani dari aku untuk deal dan bercakap bahasa arab dengan pak cik teksi? Mak aih..Jatuh maruah aku sebagai lelaki. Hihi...Lagipun dah menjadi tanggungjawab lelaki melindungi kaum perempuan. Memang secara natural sebegitu kan?

Entah la..Aku tulis benda pasal musyrif ni pun aku bukannya selalu jadi musyrif sangat. Dan aku bukannya bagus sangat nak komen-komen orang ni. Cuma aku terkilan la tengok ada yang lari dari jadi musyrif walaupun kita dah beritahu awal-awal. Kalau nak lari pun, at least cari la orang lain sebagai pengganti! Macam aku pun tadi malas juga tapi dah diamanahkan, jadi kena lah jalankan amanah tu.
Tanggungjawab itu common sense, tapi amanah itu bukankah wajib?


p/s : Bila perempuan minta tolong, dan lelaki itu menolak, aku rasa lelaki tersebut sangat tidak gentleman. That is just my opinion.

Tuesday, June 5, 2012

Apa Masalah Kau?

Dalam dunia ni, memang kita tak boleh nak buat semua orang suka kita. Kadang-kadang tu kita tak buat apa pun, kita cuma buat biasa-biasa je, tapi tetap ada orang yang dengki dengan kita walaupun kita buat biasa-biasa. Itu belum kalau kita dapat benda yang boleh buat mereka cemburu lagi. Haih~

Dan kadang-kadang, mereka ni suka kalau tengok kita marah atau sakit hati dengan mereka. Mereka rasa mereka menang jika mereka berjaya buat kita marah.

"Orang yang paling kuat bukan orang yang pandai berlawan, tetapi yang sabar menahan nafsu amarah"

Kalau mereka sakitkan hati, kita kena buat tak tau. Buat macam tak ada apa berlaku. Senang cakap, jangan dilayankan sangat orang macam tu. Sebaliknya kalau dia cuba nak jatuhkan kita sebab dia dengki ke apa, apa kata kita terus berusaha supaya dia lagi jeles dan sakit hati? Nak sangat kan? Hah, ambik kau! Memang hati mereka yang akan sakit nanti.

"If life gives you lemons, make lemonade!"

Kadang-kadang tu sampai ada yang menyebarkan fitnah dan berburuk sangka. Haih...Mungkin mereka rasa seronok sebar gosip ni agaknya. Ataupun suka nak buat orang "memulaukan" kita. 

If you don't know the exact true story, don't tell double!

Kesimpulan, kalau mereka cuba nak buat kau marah, kau try buat derk dan kau try buat dia lagi bengang/dengki kat kau dengan cara ; berusaha lebih gigih! Makin dia nak try jatuhkan kau, kau berusaha lagi kuat biar padan muka dia.


"If you feel like shit, it means the person against you wins!

 And if life gives you lemons, make grape juice and let other people wonder how the heck you pulled it off!

p/s : Please, kita sepatutnya sokong menyokong, bukan jatuh-menjatuhkan!


Sunday, June 3, 2012

Sujud

Nak share something interesting. Tapi nak malas nak tulis. So, aku copy paste je~

"tadi time lecture hypoxic ishaemic encephaloptathy,terasa diri hypoxic sangat sebab kurang jelas dengan apa yang doctor terangkan.tetapi tiba2 macam shotgun kena bila mana doctor sebut : when the baby is born,we are born in SUJUD position.waa...actually nak kata kat sini,memang fitrah kita dah untuk sujud menghambakan diri kepada Yang Maha Esa,tetapi when we're start growing,merangkak,berjalan berdiri kita terus lupa untuk sujud padaNya,almaklumlah terlalu sibuk dengan dunia.sujudlah pada Allah,jangan membongkakkan diri kerana Allah sememangnya tidak memerlukan kita namun sebagai hambaNYa kita AMAT memerlukannya.muhasabah iman~~:(("

Ini la position seakan-akan sujud tu...Subhanallah...

Kita SEMUA pernah berada dalam posisi ni waktu kecik kecik dulu...Naturally memang kita pandai selalu duduk camni. Tapi sekarang? Bila susah, baru nak sujud cari sejadah. :)

Thanks to Nor Jannah~ Maaf sebab curi copyright -_-"

p/s : Er... shotgun ke gunshot? 

Saturday, June 2, 2012

Friendzone?

Kadang-kadang kita layan orang tu biasa-biasa je,
Tapi orang tu anggap kita layan dia "special"

Kakak aku pernah cakap kat aku macam ni. Dia kata, kalau lelaki tak suka kat seseorang perempuan tu, janganlah layan dia baik-baik sangat nanti bimbang perempuan tu jatuh hati. Haih...Bila dengar akak aku cakap macam tu memang sangat mengarut lagi ridiculous serta absurd! Takkan lah perempuan jatuh hati semudah tu? Haih~

Tapi benda tu memang betul. Sebab abang aku pun pernah kena.
--------------------------------------------------------------------------------

 Kadang-kadang kita rasa kita ni biasa-biasa, rasa banyak kekurangan. Kadang-kadang kita rasa kita ni rupa pun tak ada, apatah lagi harta, budi pekerti pula entah ke mana. Tapi dalam diam-diam sebenarnya, ada yang menyimpan perasaan terhadap kita. Apa yang mereka pandang agaknya? Entahlah~


Kadang-kadang kita mesej/chat dengan kawan perempuan di facebook kita dan kita rasa itu biasa-biasa.
Kita rasa layanan kita terhadap dia tu biasa-biasa, tapi siapa tahu kalau dia anggap itu spesial?


Kadang-kadang kita tukar-tukar link lagu youtube, tukar-tukar lagu korea lah, apa lah. Bagi kita, itu biasa je. Tapi bagi mereka itu "sign" romantis?


Kadang-kadang kita tukar-tukar nasihat. Kita "support" dia, dan dia pun katanya always "support" kita.
Tapi "support" yg dia beri tu kita anggap sebagai support biasa macam kawan-kawan lain. tapi sebenarnya support yang dia beri tu sebagai apa?

Kadang-kadang kita share masalah dengan dia. Sebab bagi kita, dia tu kawan biasa dan harap boleh jadi tempat meluah masalah macam kawan-kawan yg lain. Tapi bagi dia? Dia anggap yang dialah satu-satunya tempat kita luah masalah dan dia anggap dia sangat rapat dengan kita.


Benda yang akak aku ceritakan ni memang mengarut. Nampak macam tak logik. Takkan lah perempuan mudah berperasaan sebegitu sekali. Tapi itu betul sebab abang aku pernah kena.


I just want to say that I treat my friends all the same. May be I used to exchange songs with you, hang out with you or give you advice and support when you were down, but it doesn't mean that I have a crush on you. You are special because you're my friend but I've never think of taking you as my life partner. :)

p/s : You're just my friend, not more than that. No, really!