Wednesday, November 28, 2012

Susah ke?

Teringin sangat nak belajar bahasa Arab tapi bahasa Arab ni susah.

Ustaz (pelajar agama) : Tak susah ke ambil medik ni?

Student medik : Biasalah, belajar pasal manusia; makhluk ciptaan Allah yang paling unik tentu lah susah. Studying the greatest creature made by Allah is never easy.

Student medik : Ustaz, saya nak belajar bahasa arab tapi susah.

Ustaz : Biasalah, kalau nak belajar bahasa yang paling mulia ; bahasa Al-Quran dan bahasa syurga ni bukannya mudah. Studying the language of Holy Quran is never easy, but you'll get reward for that inshaAllah. :)

p/s : Sort of motivating kan? 

Tuesday, November 27, 2012

Ambil Medik

Ramai je orang tanya aku, "Kenapa kau ambil medik? Memang nak jadi doktor sejak kecil ke?"

Huhu...Honestly, cita-cita aku time kecik ialah aku nak jadi seorang cikgu. Nak tahu sebab apa? Sebab aku boleh conteng papan hitam (time tu skolah still gune black board dengan kapur dan time tu aku suka sangat conteng papan hitam). Dan sekarang pun masih ada menyimpan impian nak jadi guru (sikit-sikit).

So, kenapa pulak aku ambik medik? Aku ambik medik ni sebab orang kata medik ni susah dan mencabar, so aku pun try la apply medik dan nak tengok sendiri betul ke orang cakap medik ni susah. Tengok-tengok dah 5th year dah pun ha. Lagi setahun je nak habis. And I found out that medik ni memang susah, tapi tak adalah sampai susah macam nak gila. Tak gila pun lagi InshaAllah.

Sebab tu aku ingat, nanti bila dah besar aku nak jadi lecturer yang mengajar medik. Orang kata susah sebab kena ambik PhD dulu baru boleh mengajar, kalau setakat ada degree dengan master je tak boleh jadi. So what? Dah itu minat aku nak buat macam mana. Haha...

Sekarang kena kuatkan teori. Memang betul, orang yang pandai teori TAK SEMESTINYA pandai skills. Tapi skills pun boleh dipelajari dan berlatih, itu bukan bakat.
 Tapi kalau orang tak pandai teori CONFIRM la tak pandai skills. Ya lah kan? Nak buat praktikal macam mana kalau xde teori kan?

So, jom study jom.

p/s : Entering study mood and excel mode.

Tuesday, November 20, 2012

Orang Macam Aku

Orang macam aku kah nak tolong Palestin? Kononnya rasa bersemangat nak tolong Palestin, tapi banyak sangat kekurangan kat dalam diri ni :-

Bangun subuh pun hampir habis waktu, sedangkan sepatutnya aku subuh berjemaah di masjid. Kalau bilangan org yg solat berjemaah di masjid time subuh tak sama macam solat jumaat, susahlah Islam nak menang kan? Sepatutnya aku pergi masjid. (orang sepatutnya bangun sebelum subuh untuk qiamullail dan doakan Palestin)


Selepas subuh, tidur balik. Sedangkan orang kata kalau tidur lepas subuh rezeki tak masuk. Sedap sungguh tidur. Lama aku tidur. (Saudara kat Palestin tak tidur sebab lari dari serangan bom dan peluru.)


Alarm handphone aku berbunyi pukul 7 pagi kemudian; aku patut bersiap untuk ke kelas. Ya Allah, enaknya berada dalam dakapan selimut tebal. Rasa macam malas sungguh nak pergi kelas. Ah, pergi lewatlah sikit lagipun doktor mesti akan datang lambat. (Sedangkan kanak-kanak kat Palestin tak dapat belajar sebab asyik melarikan diri dari tentera Israel yang kejam, aku boleh malas pula.)


Bangun dari katil 10 minit kemudian, terus menuju ke bilik air. Haih~ Sejuknya air pagi-pagi ni. Tuan rumah ni pun satu, kenapa la tak pasang water heater lagi padahal dah nak masuk winter dah ni. Terpaksa la mandi air sejuk sambil mengomel-ngomel memaki tuan rumah. Padahal saudara di Palestin yang menjadi pelarian tu tak ada tempat perlindungan untuk memanaskan badan. Tidur dalam keadaan yang sangat sejuk di musim winter ni.


Di kelas, entah mengapa hari ini doktor mengajar sangat lama. Selalunya doktor mengajar selama 1 jam setengah je, tapi kali ni extend sampai 2 jam. Kalau macam ni mana sempat nak rehat, nak makan? Nak solat zohor lagi, sempat ke nak makan ni? (Saudara kat Palestin sekarang makan apa ye?)

keadaan di Palestin sekarang ini

Balik kelas, dari petang sampai malam aku tak study pun. Malas sungguh nak study. Susah rasanya nak buka buku. Berat sungguh nak pegang pen untuk menulis nota. Kalau dah buka buku/angkat pen pun tak larat, macam mana nak angkat senjata kalau diajak berjuang ke Palestin?


Aku buka facebook. Aku lihat di newsfeed, ramai orang cakna pasal Palestin. Ramai orang post gambar-gambar kanak-kanak Gaza dibom, dibakar dan ditembak. Ramai orang share gambar pejuang-pejuang Palestin yang mati syahid dalam pertempuran. Aku rasa sebak, aku rasa sedih. Aku sedih melihat keadaan mereka. Tapi bila lihat keadaan aku sendiri yang banyak dosa ni, aku rasa lebih sedih. Walaupun keadaan mereka begitu, tetapi sekurang-kurangnya mereka mati syahid jika gugur dalam peperangan. Tapi kalau aku mati sekarang ni?


p/s : Baiki diri supaya hati jadi bersih. Bila hati dah bersih, doa senang makbul. Doa untuk kemenangan Palestin In Sha Allah akan termakbul.

'Orang macam aku' kah nak tolong Palestin?

Saturday, November 17, 2012

I Love Palestine


PARIS

KOREA

CAIRO, EGYPT

I love Palestine! O Allah please save Islam, please return the land to the Palestinians. Ya Allah, please save Muslims in all over the world. :)

Maher Zain sings Palestine Tomorrow Will Be Free.... I'm sure it will become true.

Thursday, November 15, 2012

Precious Baby

Tahu apa maksud precious baby ni? Aku pun tak pandai nak bagi definisi mengikut kamus dewan atau pun berdasarkan apa yg ditetapkan oleh WHO. Precious baby ni pada fikiran aku ialah bayi/pregnancy yang sangat ditunggu-tunggu oleh pasangan.

Contoh precious baby,
1) Anak sulung...sebab tak pernah dapat anak, jadi anak pertama ni sangat ditunggu-tunggu.

2) Kononnya satu pasangan ni dah pernah ada 4 anak, dan  mereka kesemuanya perempuan. Jadi, jika anak dalam kandungan yang baru ni ialah anak lelaki, maka kandungan ini ialah precious baby bagi pasangan ni. Memang menunggu kehadiran anak lelaki. Dan begitulah juga kalau orang yg menunggu anak perempuan
.
3) Jika sebelum ini anak yang lahir semuanya meninggal, maka kandungan kali ini si pasangan akan sangat berharap kandungan ini akan lahir hidup-hidup. Jadi mereka akan jaga kandungan ini dengan baik kerana menganggap kandungan itu ialah precious.

But my O&G doctor says,

All babies are precious.

Yup, that's true. Tak kisahlah kalau yang ditunggu tu anak lelaki, tapi dalam kandungan tu anak perempuan (bukan seperti yang diimpikan), kita tak boleh cakap bayi perempuan dalam kandungan itu not precious. Kalau not precious, maksudnya kita akan jaga kandungan tu sambil lewa je kah?
Atau bila bayi itu lahir nanti, kita tak anggap dia sebagai anak kandung kah? 
See! Tak kisahlah anak lelaki ke, anak perempuan ke, anak sulung ke, anak ke-12 ke, yang penting semua anak/ kandungan/ bayi itu ialah precious, BERHARGA!

A baby was burnt to death in Gaza by Israeli Armies

All babies are precious and should be raised with care and love. But in Malaysia, people 'kill' their own offspring by doing illegal abortions, put them in plastic bag and throw them away in the river or trash can and feed them to dogs.

Now let focus on our relatives in Palestine, Gaza. All babies are precious but in Gaza, babies are being killed. bombed and burnt by Israelis to death. Where is the love? Do they (Israelis) know that all babies are precious no matter what the religions/races are? In Islam, we are prohibited to kill babies and women in war!     How pure our religion is and how cruel Israelis are. Please Muslims, let us pray for our brothers and sisters there. InshaAllah, Palestine will be free one day.

p/s : It's hard to boycott Israel's products but we can try. Yes we can! InshaAllah. Don't give money to them because they will buy a bullet by every single cents we spend.

Sunday, November 11, 2012

Next : O&G

Hari ini aku agak emosional. Sudahlah exam pun ala kadar je aku jawab, ditambah pula dengan satu dua perkara yang cukup buat aku rasa tak seronok hari ni. Tapi biarlah, sampai bila aku nak tulis post emo-emo ni kan? Buat tambah dosa je.

Walau macam mana pun, aku bersyukur sebab hari ni hari terakhir (InshaAllah) aku berada di Department of Paediatrics. Selepas ni aku tak jumpa lagi makhluk-makhluk comel yang bergentayangan di depan mata.

Selepas ni akan masuk Department of Obstetric and Gynecology pula...Sangat mencabar bagi aku sebab aku memang paling tak suka department ni. Haha....Mula-mula waktu hari first class masuk O&G, aku rasa macam suka gila subjek ni tapi bila dah lama-lama rasa macam (-__-).

Apa-apa hal pun, no matter what department I'm dealing with after this, kita kena study all out. Tak kan lah nak belajar apa yang kita suka je kan? Siapa tahu satu hari nanti, department yang aku tak suka ni lah specialist yang aku akan jadi. Hahaha....Tak mau lah aku. Aku nak jadi specialist Family Med je.

Okay la...Aku sebenarnya stress sikit la exam tadi. So sekarang nak tido. Salam.

Sunday, November 4, 2012

"Kampung"


Dah lama entri ni tersimpan dalam draf. -_-

Kalau ada yang masih belum tahu, sekarang ni aku sudah berpindah di rumah di Cleopatra. Tidak lagi tinggal di Gamaah. Sudah sebulan aku tinggal di rumah baru, dengan suasana baru, ahli rumah baru, dan "famili" baru (jiran-jiran rumah atas).

Pelik tak dengan tajuk post kali ni? Kenapa "kampung"? Ha....ni la nak bagitau ni. Kawan-kawan yang tinggal di bangunan ni rapat antara satu sama lain seolah-olah tinggal di sebuah kampung. Ambil berat antara satu sama lain, tolong menolong, gotong royong dan sebagainya. (ceh~ saya tidak dibayar untuk ini).

Memang sewaktu malam raya hari tu, kami sama-sama gotong-royong siapkan juadah pagi raya. Rumah aku, Fikri siapkan daging masak cili kering (betul ke aku tulis ni? -_-").
Rumah Thorde masak ayam masak merah,
rumah Azim Azmi masak soto (kicap yang pedas)
dan rumah Azriq Aliq Ajiq masak ayam rendang Terbaik~! (bak kata Muizz).

Aku? Haha..buat jemput sirap dan cekodok pisang je. Alhamdulillah la..Raya haji kali ni lain sikit sebab tak pernah aku sambut dengan kawan-kawan se-meriah begini. (Tak macam melambung sangat ke aku puji budak-budak ni? :P) Sebelum aku masuk rumah di Cleopatra ni, kawan-kawan pun ada mengusik. Kata mereka...

"Aku rasa kau tak boleh 'masuk' dengan budak-budak ni. "

"Wah, x lama lagi kecik main bola, main Fifa, main PES dan hisap rokok la lepas ni".
(sila klik gambar untuk tumbesaran)

You know what? Kenapa kita perlu dengar cakap orang kan? There is a process everybody can do named "ADAPTATION". Sebelum nak masuk rumah ni dulu, aku memang berpegang dengan dua peribahasa ni.

1) Masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek. (betul ke?)
2) Jadi seperti ikan di laut, walaupun sekelilingnya masin tapi dagingnya tetap tawar.

Tak perlu lah aku jelaskan secara detail tafsiran peribahasa ni mengikut situasi aku. Faham-faham sendiri lah. Apa yang aku fikir, sekarang ni cuma tinggal 2 tahun sebelum aku tamat belajar. Kalau boleh aku tak mahu pindah lagi. Mungkin selepas ni akan berlaku salah faham atau perselisihan pendapat antara kami, tapi itu tak boleh menjadi alasan untuk aku berpindah dan mencari ahli rumah baru kan? Toleransi tu sangat penting.

Okay, sebelum saya lebih mengarut dengan lebih panjang eloklah saya solat magrib dahulu. Lepas ni nak pergi rumah terbuka kawan pulak. Salam~

Saturday, November 3, 2012

Fikir Pasal Budak-budak Sikit Boleh?

Alhamdulillah, demam dan diarrhea aku semakin beransur pulih. Harap-harap penyakit yang datang buat sementara ni dapat menggugurkan sedikit dosa-dosa aku yang bertimbun dan menggunung tinggi tu.

Tadi macam biasa lah ada clinical round dan hari ni aku datang awal setengah jam ke hospital. Sementara menunggu doktor datang, aku pun merayap (macam lipas plak) la dekat wad-wad yang ada kat tingkat satu tu.

Kemudian, aku nampak dua orang nurse ni bergaduh. Apa punca pergaduhannya? Wallahualam. Tak tahu pula aku apa puncanya dan berdosa pula jika aku buat-buat cerita. Tapi apa yang pasti, memang bertengkar mulut dan bertikam lidah di situ.

Aku cuma pelik...Diorang ni fikir satu benda tak? Boleh tak PERLAHANKAN sedikit volume suara tu kalau nak bergaduh pun? Yes I know your races can't speak softly and fluently because I know it's running in your blood, but at least try to think about the kids!

1) Kenapa nak bergaduh cakap kuat-kuat kat hospital? Malah kalau kat hospital, kereta yang lalu kat luar pagar hospital pun tak dibenarkan membunyikan hon (sepatutnya macam tu la...). Patient dah la sakit, kita tambah pula bunyi bising. Ni boleh bergaduh pulak DALAM hospital?

2) Lagi satu, tempat yang korang bergaduh adalah di PAEDIATRIC HOSPITAL. Hospital KANAK-KANAK! Tidak ke trauma budak tu nanti kalau dah biasa sangat tengok orang bergaduh? Tidak ke budak tu nanti akan terikut-ikut perangai panas baran kau tu? Tidak ke nanti budak tu akan ada masalah failure to thrive? (*that's why kalau ada orang bergaduh, kita kena palingkan muka anak kita supaya jangan tengok) Cewah macam aku ada anak pulak.

3) Dan alasan yang terakhir ialah...please lah jangan buat bising. Student nak belajar pun tak senang dalam keadaan bising. Kadang-kadang bila prof mengajar kat depan, mesti ada background bunyi suara budak-budak menangis kat belakang. Tapi itu biasalah kan; nama pun hospital kanak-kanak mesti lah penuh dengan jeritan dan tangisan kekanak riang ribena. Tapi kalau suara mak cik bergaduh? Uih rasa tak leh terima mak aih~

Okay la..sekian sahaja omelan dari saya. But please talk politely and clearly. Don't talk something bad or insulting others. Buh bye~!