Monday, December 31, 2012

Tahun Baru 2013

Bagi sesiapa kat Malaysia, mungkin lagi beberapa jam je tapi kalau kat mesir ni lambat lagi nak masuk tahun baru. Malam pun belum lagi kat sini ha....

Okay, cuba kita pandang semula 2012, 2011, 2010, 2009, 2008, 2007, 2006, 2006, 2005, 2004, 2003 dan seterusnya. Pandang ke belakang. Kemudian toleh semula kepada 2013. Apakah akan sama? Jika ya, celakalah kita.

Harap-harap kita berubah menjadi seorang Muslim yang lebih baik. Mungkin wajah kamu tak nampak tanda-tanda penuaan tu, tapi umur kamu tetap meningkat dan ajal itu kian hampir dari hari ke hari...Sudah cukup ke persiapan ke sana?

Semoga aku menjadi manusia yang mengamalkan amar makruf nahi mungkar. Amin~ :)

p/s : Pasal azam baru, aku dah pasang awal2 time awal muharram tu lagi, Lagi satu, azam tak semestinya pasang time tahun baru. Bila2 pun boleh pasang. :)

Sunday, December 30, 2012

Aku Ada, Kau Ado?

Okay, kali ni post yang bukan emosional, cuma mungkin sedikit luahan lah kot. Bila aku nampak orang post sesuatu contoh nya pergi makan angin di luar negara seperti di Europe, pergi makan restoran mahal dan order makanan sedap-sedap, dan dapat sesuatu ataupun mempunyai sesuatu. Contoh...

A upload gambar dia jalan-jalan di Paris. Kemudian caption pada gambar itu..."Kau ado?"
B upload gambar set makanan yang dia order di Coffee Roastery, kemudian dia letak caption, "Kau ada?
C upload gambar baju baru yang dibeli dari Zara ke facebook dan tulis "Zara anyone?"
D selalu pergi ke gym dan memuatnaik gambar tubuh terbaru dia kat fesbuk dan taip "Aku ada six pack, kau ado?"


Duh, bila someone tulis something macam ni, aku rasa seoalah-olah seorang yang ada mak bapak bertanya kepada anak yatim piatu macam ni, "Aku ada parents, kau ado?"

Don't you think it's quite rude? Or orang kaya pergi kat orang miskin tepi jalan dan tunjuk jam tangan Rolex dan kata, "Aku ada ni, kau ado?"

Aku rasa kalau kita ada something tu, tak perlulah nak menunjuk-nunjuk. Cukuplah "tunjuk" dengan cara menggunakan apa yang kamu dapat sahaja. Lagipun itu memang hak kamu untuk guna apa nikmat yang kamu dapat. Tapi jangan letak caption yang sengal-sengal sebab kamu nanti akan buat orang sakit hati, cemburu dan lebih teruk, kamu mungkin buat orang rasa down dan inferior.

Kalau nak upload gambar sekali pun, buatlah caption yang elok sikit yang tidak mnyakitkan hati orang yang melihat. (but please tak payah upload langsung pun takpe). Okay, tak semestinya gambar itu dimuatnaik, tapi juga diungkapkan melalui kata-kata. Contoh, "Eh, aku pergi gym, baru sihat. Kau tak nak gi gym ke? Kau macam tak sihat je?"

Wah sesuka hati kau kata orang tak sihat. You go to gym to get your body healthy but at the same time you're a smoker. Yeah your lungs are so healthy I guess. Of course we can see your well built body but we can't see your black lungs.

Okay, lagi satu honestly aku tak ada duit coz duit aku semua habis buat braces. Then someone tanya, "eh kau tak pergi mana-mana ke? Aku pergi ***** nanti. Kau kena keluar buka sikit minda kau."

Can't you just ask "kau tak gi mana-mana ke nanti?" Perlu ke cakap "kau kena buka minda kau"?
So selama ni minda aku tertutupkah? Minda kau terbuka sangatkah?

Haih..Entah la malas nak mengomel banyak-banyak. Tapi satu je la nak cakap, sebelum cakap apa-apa, fikir balik apa yang kau akan cakap tu menyinggung perasaan orang atau tidak. Kau mungkin kau ingat kau bergurau,  tapi kata-kata kau tu cukup meninggalkan kesan yang SANGAT MENDALAM dalam hati seseorang. Okay bye!

Wednesday, December 26, 2012

Indolence

The title of this post may not be named correctly, as I'm not the one who just sitting on the couch while watching tv and eating chips. What I am trying to say here is, being lazy to study.

I've read from an article from Reader's Digest. It says that some careers are physically challenging, some are mentally challenging while the rest are emotionally challenging. But Medicine (the course I am taking), is all three.

So doctors should be trained to cope the stress since they were in medical school. That's why there are some professors and residents are being so mean towards the medical student like us.

Today, in the morning, a resident came into the class and he taught us the technique of doing physical examination on patient. But there was something made me feel quite uncomfortable. Instead of calling volunteers to do the examination, he chose to pick us randomly. And after the "chosen ones" finished doing their examination, he told the mistakes done by them in front of us all. Afraid of myself being chosen, I just kept staring down and tried not to make any eye contact with him.

From the bright side, it is good because we would know what we did wrong and we could correct our mistake so that we won't do it again in the OSCE exam. But from my deep side, telling someone's mistakes in front of others is quite inconvenient. It'll make you looked dumb and as if you totally don't know anything on doing physical examination.

When the another resident came and substituted him, I was so relieved. At least I don't have to keep my eyes staring at my both feet. But while he was telling us the mistake done by a friend of mine, he told us not to be frustrated when someone corrects our mistake. And then he said something about Sayyidina  Umar Al-Khattab, but I forgot what it was.

Okay, do you know why I was hoping that I wouldn't be chosen? Yeah, coz I know nothing! I don't know how to do the examination because I don't study. I had fever for several days and every nights I just felt like wanted to sleep and my brain can't focus studying. I don't study at all and I am not even get it starts.

I just hope that I will be more productive in studying and be more active in participating discussion in class. This common cold and flu makes me lazy/ Duh~


Friday, December 21, 2012

Blunted Emotion

Pernah tak kita rasa takut, sedih, marah, rasa bersalah? Yup, mungkin perasaan-perasaan ini tak berapa 'best' untuk dirasai. Tahu tahu tak yang kita kena bersyukur sebab Allah kurniakan kita dengan perasaan yang pelbagai macam ni?

Hari sudah hari ketiga aku dalam Department of Neuropsychiatry ni. Teringat semalam, doktor ada cerita tentang satu simptom iaitu blunted emotion.

Apa dia blunted emotion ni? Blunted emotion ni maksudnya dia memang tak ada perasaan LANGSUNG. Tak ada rasa marah, sedih, takut, rasa bersalah, gembira dan sebagainya. Dr.Hesham ada bagitau yang dia pernah jumpa satu kes Schizophrenia ni, dia bunuh semua ketiga-tiga orang anak dia.

When the doctor asked, "Do you know that you killed your children?

Patient : Yes!

Doctor : So why you did it anyway?

Patient : Coz a voice told me to do so.

Doctor : Who is the last person you kill?

Patient : My youngest daughter.

Doctor : What did she say before you kill her?

Patient : She said "please papa don't kill me".

Doctor : What did you do after that after she beg you not to kill her.

Patient : I killed her.

Doktor cakap patient tu jawab soalan-soalan tu dengan muka selamba ; emotionless! Bahaya kan?

Som kalau ada perasaan takut, marah, sedih tu....Bersyukurlah, sekurang-kurangnya anda masih punya perasaan. :)

Sunday, December 16, 2012

Down

Hari ni rasa lemah; tak bermaya. Tadi aku jawab exam O&G dengan teruk. (Bukan jawab dengan teruk, tapi aku rasa result bakal menjadi teruk). Cuba bayangkan, kita dah baca benda tu , dan benda tu keluar dalam exam tapi kita tak ingat. Why? Muhasabah diri balik. Mungkin dosa-dosa sebelum ni buat aku jadi lupa agaknya.


Habis sahaja exam, ramai yang bincang jawapan. Aku tak mahu dengar apa yang mereka bincangkan, tapi seolah-olah kau tak boleh lari. Mereka sengaja bincang dengan suara yg kuat nak bagi aku dengar. Dan from what they've discussed, my answers mostly got wrong. I feel so depressed and down (plus a little bit lose of hope).


Sudahlah masa yang diperuntukkan untuk jawab soalan tu sedikit, tapi minta jawapan nak banyak-banyak. Nak 4 complication lah, 4 indication lah. Why 4? Tak boleh ke 2 je? Kalau nak mintak banyak, boleh tak bagi masa banyak sikit at least 5 minutes for a question? It was as if I was forced to answer without thinking much. Do you think I can give the answers spontaneously without thinking? Like seriously?


I think I'll just get 15 marks at most out of 30. And for the MCQs, what made me feel so bad was.....I heard of those topics before, I think professor once taught and told us in the class about that but why I can't remember? What making me more depressed was, I attended all the lectures and classes but how could I didn't remember? Even my friends that skipped the class could answer that. Feel so dumb.

Kenapa plak aku speaking ni tetiba kan? Asal emo je mula la nak speaking. Okay la...seriously, aku rasa sangat stress, depress, dan sebagainya.  I just target to pass the exam. Not aiming for A. Salam~

Friday, December 14, 2012

Do Exercise!

Ops~! Sorry for deleting the previous post. The entry contains some opinions of mine that may cause misunderstanding. Besides, the picture I attached contains an inappropriate word which is not nice to be read.

Okay, now I need to focus on the exam as the exam is just around the corner. (It the day after tomorrow!!).

Here I would like to give you a study tip(s).....
[should I put the letter s behind the word "tip""? It's a noun or showing plural?]


"You don't know what you know until you answer the MCQ exercises. When most of your answers are wrong, then you'll realize that you're not ready for exam yet. "

conclusion : MCQ exercise is very important. TQ

I put new label in this blog. "Study tips". If you want to see how I study, just click the label posts.

Wednesday, December 12, 2012

Kadang-kadang aku terfikir, ada orang ke baca blog aku ni? I mean...selain dari student universiti alexandria yang aku belajar ni jugak? Ada ke orang-orang lain kat Malaysia ke kat mana-mana yang baca blog ni? Aku rasa post aku ni kawan-kawan terdekat aku je yang baca. Haha.....

Terima kasih kpd yg sudi membaca. Sekarang sy kena study untuk exam. Tak sempat nak berblogging. (Ceh~! padahal tadi fesbuk bole plak lama kemain.) Okay bebeh bye!

Saturday, December 8, 2012

Perempuan Dan Surgery

Bismillahirrahmanirrahim

Beberapa hari yang lepas, kelas aku kena masuk OR (operation room); iaitu tempat yang aku paling tak suka. [Aku tak suka surgery, any surgery and I hate OR]. Okay itu tidak penting, yang penting sekarang ialah apa yang aku nak sampaikan.


Operation yang kami tengok ni ialah C-section, indicated for having previous 2 times of CS (#OhMyEnglish!) . Anesthetist memberikan suntikan epidural kepada pesakit itu sebelum pembedahan dibuat. Tapi ketika doktor bedah perempuan tu grasp perut dia dengan volsellum , patient ni menjerit kesakitan. Pelik! Sepatutnya kalau kita dah bagi ubat pelali, dia tak sepatutnya rasa sakit.

Jadi, anesthetist terpaksa bagi patient ni general anaesthesia. Okay itu satu point. The next point is, doktor bedah perempuan ni memang muka nya sangat emosional. Bila dia grasp perut patient dengan volsellum, dia mencebikkan muka apabila patient tu menjerit. Malah dia siap mengomel dan membebel sendirian. Mungkin bengang agaknya sebab masa terbuang begitu sahaja dek nak menunggu kesan ubat pelali.

a) Name this instrument
b) 2 indications


Mungkin disebabkan oleh emosi doktor ni tak stabil, beberapa masalah mula timbul.
1) Urinary catheter yang sepatutnya dimasukkan ke dalam urethra tersalah masuk ke dalam vagina. Instead of urine, blood from vagina yang keluar dari catheter tu.

2) Aku tak tahu apa kesilapan yang doktor ni buat semasa separating rectus muscle or incising uterus, ketika nak suture uterus tu, darah tak henti-henti keluar. Sampaikan bila suture dah complete, darah still keluar dari tempat suture tu. Lagipun waktu kami tengok time doktor tu incise patient, memang nampak obvious dia incise dengan ganaszzzz~!

3) Doktor yang mengajar kami bertanya, femoral artery originate dari mana? kami tak ingat. Kemudian doktor tanya doktor bedah yang tengah buat kerja tu soalan yg sama. Kemudian doktor perempuan tu cuma tersengih sambil geleng-geleng kepala (lupa jugak la tu maksudnya.) So it's mean, even doctors who already graduated from medical school can't remember everything right? (the answer is external iliac)
1) What is shown in this picture?
2) Pre-requisites of this instrumental procedure.

Bila surgery dah habis. Seorang kawan cakap macam ni. "That's why perempuan tak sesuai jadi surgeon sebab perempuan ni senang emo. Sikit-sikit terpengaruh dengan emosi."

Bagi aku, aku kurang setuju dengan kenyataan tu. Mungkin betul apa dia cakap. Tapi bukan semua doktor perempuan tak pandai kawal emosi dan tak semua doktor lelaki tidak emosional. Jadi, apa salahnya kalau perempuan nak jadi surgeon, lagipun nampak lebih sesuai untuk department O&G ni.

p/s : Everybody makes mistake. No matter what gender are you, when you'll be a doctor soon, you'll make mistakes at least a little. (#OhMyEnglish!)

Good luck untuk exam o&g 16 disember ni. :)

Sunday, December 2, 2012

Bukan Poyo

Kebelakangan ni selalu sangat aku post status pasal Palestin di facebook. Ada juga yang cakap aku ni poyo lah, hipokrit lah apa lah. Aku tau je aku ni jahat. Tapi aku tak adalah sampai nak ignore pasal Palestin.

Apa yang aku post di facebook pun bukan mengharapkan like dari orang. Tapi kalau boleh nak kawan2 baca apa yang aku share supaya kita cakna sama-sama. Dan kalau boleh aku nak kawan-kawan beri komen tentang pendapat yang aku post sebagai status itu.

Lepas tu, aku letak profil picture save Palestin, pun orang cakap juga. Kononnya, ala...x yah letak profil pic palestin pun takpe, dlm hati kan ada. Entah la...sometimes people just want to watch the world burns. Okay apa aku mengarut ni. Baik aku study. Bye~!