Thursday, December 26, 2013

Panadol

Salam...

Hari ni saya nak cakap pasal panadol.

As we all know panadol atau nama lain dia paracetamol ni salah satu ubat yang selamat untuk digunakan. Panadol ni ubat tahan sakit yang lebih selamat berbanding NSAIDS.

Oh ya, panadol ni BUKAN NSAIDS sebab panadol tak ada anti-inflammatory effect and tak ada central effect. Tak ingat. kalau salah mohon betulkan.

Sure ke panadol ni selamat sangat weh? 


Sebenarnya panadol ni sangat merbahaya kalau diambil berlebihan. Boleh menyebabkab liver failure (hati rosak). Frasa "hati rosak" di sini, sila ambil ia secara literal. Jangan anggap ini perumpamaan hati yg rosak sebab dosa. Bukan! Tapi organ yang bernama hati tu memang benar-benar rosak dek dos panadol /paracetamol yang berlebihan ini.

Kesimpulanya, kalau kau demam sikit-sikit je, tak yah la skejap-skejap nak makan panadol. Kalau demam tu tak teruk, cuba minum air banyak-banyak atau exercise ke. Kalau nak makan jugak pun, jangan lah makan panadol kerap sangat. Lagipun tak elok bergantung pada ubat sangat ni. Nanti lama-lama badan akan jadi lemah kalau tak dapat ubat. Takkan nak bergantung pada ubat untuk hidup?

Okay itu sahaja dari saya. kesimpulan,
Walaupun panadol ni kau senang nak beli,; pegi kedai terus boleh dapat (tak yah jumpe doktor pun takpe), tapi kau still kena berhati-hati jangan makan ikut sedap mulut kau je .

Okay? Bye!

p/s : liver tu hati. Jantung tu heart. ni kalau kita tengok drama-drama melayu selalu cakap, "kau bertakhta di hatiku" sambil pegang dada. Padahal kat dada tu jantung bukannya hati. 

Sunday, December 22, 2013

Sakit Perut

Bismillahirrahmanirrahim...

Okay dah lama x beri info berkaitan dengan medik. Banyak je benda yang nak ditulis ni sebenarnya tapi xde mood nak tulis panjang-panjang. Lagipun internet kat rumah tengah kepupusan, ni pun mengharap ehsan internet rumah orang.

Okay semalam aku belajar suatu benda yang aku fikir nampak mudah tapi sebenarnya penting.

"Acute abdominal pain is contraindicated to give analgesic!"

Ha...terkujat tak? Kalau dah sakit, mesti lah ambik ubat tahan sakit kan? Apesal pulak tak leh ambik ubat tahan sakit? Gilo?

Ha...ni doktor Eslam cakap sebab kalau pesakit tu sebenarnya ada penyakit merbahaya, ubat tahan sakit tu akan "sorok/hide" perasaan sakit tu. Perasaan sakit tu sebenarnya bukan hilang, tapi disembunyikan je. Tapi penyakit sebenar di dalam badan tu masih lagi ada!

Faham ke? Aku nak terangkan susah. Tapi senang cerita, ubat penahan sakit tu bukan menyembuhkan, tapi cuma hilangkan rasa sakit.

Lama-kelamaan, penyakit sebenar di dalam badan tu akan jadi lebih bahaya dan pada peringkat ini, makan ubat tahan sakit pun dah tak jadi apa. Perasaan sakit tu tetap takkan hilang.

Jadi kesimpulannya, kalau rasa sakit perut, cepat-cepat pergi jumpa doktor dulu. Jangan memandai ambil ubat tahan sakit. Karang bila dah sampai peringkat merbahaya, mula nak cari doktor pastu marah-marah doktor cakap doktor lembap buat kerja.

Okay lah. Itu sahaja. Jadi ingat ye. Perasaan sakit yang Allah swt kurniakan tu sebnarnya bagus jugak untuk kita. Jadi kalau anda pernah rasa sakit, atau sedang rasa sakit, atau mempunyai perasaan sakit, bersyukurlah! Bye~!

Wednesday, December 18, 2013

Motivated, Inspired

Now I am in Hepatobiliary Department (Surgical Round) and Dr.Alaa told us in class something which I never could forget.


"You're not here, thousand miles away from you family just to sleep".

Okay, so jom study.


Sunday, December 1, 2013

Berdosa Ke Jadi Plastic Surgeon? (Pakar Bedah Plastik)

Sekarang ni aku berada di Plastic Surgery Department. Sejujurnya memang department ni sangat best. Dan hari tu aku pergi conference,memang sangat best isu yang dibentangkan. 

Dan aku rasa macam aku nak jadi surgeon. Precisely, plastic surgeon!

Tapi apa yang tak bestnya, bila kita cakap kita nak jadi pakar bedah plastik je orang akan cakap "eeeeiii berdosanya engkau ni!"

Sedangkan diorang ni yang sedap main cakap tak pernah ambik medik pun, dan diorang sebenarnya tak tahu sepatah haram pun pasal plastic surgery. Tapi memandai jadi keyboard warrior.

Okay sini aku nak terangkan. Pembedahan plastik ni bukan untuk kecantikan je. Bukan! Selalu kalau kita cakap pembedahan plastik, mesti orang bayangkan bedah untuk cantik; bedah tukar jantina, bedah bagi muda, bedah bagi payudara besar etc.

"Berdosa jadi pakar bedah plastik ni sebab kau ubah ciptaan tuhan"

Honestly, apa yang orang tak tahu ialah pembedahan plastik ni bukan untuk kecantikan semata-mata. Pakar bedah plastik ni pun banyak selamatkan nyawa orang. Antara tugas pakar bedah plastik ialah :

1) Rawat mangsa kebakaran/renjatan elektrik/disimbah asid. Bayangkan kalau kulit pesakit tu dah terbakar, adakah kita nak biarkan kulit pesakit tu buruk macam tu? Mesti nak kena gantikan kulit tu dengan kulit baru kan? Ke nak biar je pesakit tu takde kulit? Iyelah kan, kang orang cakap kita mengubah ciptaan Allah pulak.So baik kita biarkan pesakit tu terbakar. Macam tu?


2) Kalau ada organ yang terputus, contohnya terputus tangan ke, jari ke, putus telinga ke, pakar bedah plastik ni lah yang membantu sambung balik tangan tu ke tempat asal dan dengan izin Allah, inshaAllah tangan/organ yang putus tu boleh menjadi normal semula dan boleh diguna seperti sediakala. Andaikata tangan/organ yang putus tu tak boleh berfungsi semula pun, sekurangnya pesakit tu ada tangan! Kiranya tak adalah dia malu nak berdepan dengan masyarakat sebab dia dah xde tangan. Paham tak point aku yang ni?? Ha..emo jap. haha


3) Tumor saluran darah
Saluran darah ni bukan boleh dibawa main ye. Kadang-kadang saluran darah boleh menjadi tidak normal dan membentuk tumor seperti hemangioma ataupun vascular malformation. Jadi, pakar bedah plastik ni sedikit sebanyak membantu jugak supaya tumor ni tidak membawa maut kepada pesakit. Ha begitu lah lebih kurang. 


4) Selamatkan nyawa dan psikologi.

Contohnya orang tu mulut dia sumbing. Ada sesetengah mulut sumbing ni tak bahaya, tapi ada sesetengah yang bahaya ye kawan-kawan. Jadi, takkan nak biar kesumbingan mulut dia macam tu; nak biar dia tersedak time makan? Nak biar dia takleh bernafas time tidur? Jadi, kenalah bedah untuk betulkan benda tu.

Lepas tu ada sesetengah bayi yang dilahirkan mungkin tiada telinga contohnya. Bayangkan kalau bayi tu dah besar dah sekolah, mesti dia kena ejek dengan kawan-kawan dia kan? Jadi, pakar bedah plastik boleh buatkan telinga tiruan untuk budak tu. Disamping mungkin boleh bantu budak tu untuk mendengar, budak tu pun tak adalah tekanan sebab kena ejek dengan kawan sebab takde telinga.

By the way, orang pandang ejekan tu remeh. Padahal ejekan orang tu cukup untuk buat budak-budak jadi stress dan seterusnya gila. 


Okay itu sahaja bebelan untuk hari ini. Kesimpulannya, aku rasa macam aku nak jadi pakar bedah plastik. Berminat sebab tadi aku tengok ada baby melecur sebab kena air panas, habis kulit terbakar. Jadi aku terus rasa kesian dan terus berazam nak jadi pakar bedah plastik. Well, that escalated quickly but who cares kan? Okay bai~! Salam......

Saturday, November 16, 2013

Sedar Siapa Kita Pada Orang

Okay sebenarnya aku tak tahu macam mana nak cari tajuk yang sesuai dengan apa yg aku nak cakap. Tapi peduli apa pulak dah kan? Ni blog aku pulak.


Jujur sekarang ni aku rasa macam friendship aku dengan sorang kawan lama semenjak sekolah ni macam makin renggang. Okay kawan itu satu jantina ye, bukan makwe ke hape.


Dulu kat saser kitorang memang rapat lah. Tapi bila sekarang ni aku mesej pun tak reply. Dia pulak belajar oversea kat negara yang lebih best dari ijip lah of course. At least reply lah sekali dua tapi ni haram tak reply seketul pun mesej aku. So rasa macam quite depressive kat situ.

Then aku pun mesej kawan aku lagi sorang ni, yang juga rapat dengan aku dan rapat dengan dia. Dia ni belajar di Malaysia. Aku pun cerita la semua benda kt dia; aku tak puas hati kena macam tu.

Then aku terkejut bila kawan aku cakap....

"Kecik....... sebenarnyakan.....kau nak tau something tak?"

Erm.....Apa dia?

"Sebenarnya, kau dengan dia pun 2x5. Kau  pun jarang reply mesej aku. Honestly aku rasa kau cari aku bila kau ada masalah je. Macam sekarang ni lah, baru kau nak mesej aku luah problem kau. So, anggap lah 'what you give you get back."

Aku terdiam jap....Aku tak leh nak cakap apa. Coz may be betul apa yang dia cakap coz mungkin aku tak perasan yang aku buat kt dia macam tu. Kemudian tengah awkward moment tu, dia tambah lagi....

"Honestly kan kecik, aku tak tau lah aku ni siapa bagi kau, siapa aku kat sisi kau (okay ayat xde sedramatik ini), kadang2 aku rasa macam kita ni bukan best fren je. Bila ada masalah baru fren."

"Jadi aku rasa untuk situasi kau ni, better kau kenal dan sedar kedudukan kau kat setiap orang. Mungkin kau anggap dia tu best fren kau tapi dia anggap kau kenalan je. Mungkin kau anggap orang tu special tapi dia anggap kau biasa-biasa je, dan mungkin kau ikhlas kawan dengan orang tu tapi orang tu cuma kawan kau for benefit."

"So kecik, aku rasa kau kena sedar kedudukan kau di mata setiap orang. By that way, you won't feel hurt when someone do you like what you did to me."

Ouch....that was hurt.....Tapi aku terdiam jap. Then aku tak reply langsung mesej dia..Aku muhasabah diri jap. Kemudian oleh kerana muhasabah diri itu tidak berjaya, aku pun pergi bilik sebelah iaitu bilik housemate aku yg sekarang ni. Housemate aku ni pun saserian jugak so dia kenal both of subjects yang aku cerita kat atas tadi.

So after I told my housemate about my stories, cuba teka apa yang my housemate cakap?

_____________________________________________________________(bersambung.......)

p/s : Entah hape2 pasal masalah friendship pun aku nak tulis kat blog. Tapi ni blog aku kot.

Wednesday, November 13, 2013

Amputation

Pagi tadi kitorang tengok kes di wad. Guess what? Most of the patients are amputated. Scary kan?

Amputation means potong kaki la senang cakap. It's quite nonsense kalau aku nak kena bagi definition dalam buku teks kat sini bagitau amputation tu apa.

Do you know why their legs/limbs have to be amputated?

1) Atherosclerosis (saluran darah tersumbat) sebab ambik terlalu banyak makanan berkolestrol.

2) Diabetes mellitus (kencing manis) dan yang ini boleh aku katakan hampir kesemua pesakit yang tak ada kaki ni ada diabetes.

3) Hypertension (darah tinggi) mungkin sebab stress ataupun pengambilan makanan masin yang berlebihan.

4) Dan kes-kes yang lain seperti trauma dan sebagainya.....

And I would really want to talk about the first three..... Sebab kita boleh elak benda ni sebenarnya....

Please lah jaga pemakanan kita ye..... Sebab aku takut dan kesian sangat tengok pak cik -pak cik kat wad tu kena potong kaki.

Bai~

Monday, November 11, 2013

Teknologi

As you all know sekarang I dah pakai smartphone. Hahah...Even aku dah ada whatsapp and instagram sekarang. Haha....Okay kenapa tiba-tiba haha ni. Well, semenjak aku ada phone ni aku tak perasan yang aku asyik melekat dengan henfon 24 jam.

Sampai ada kawan tegur,,
"Chik, semenjak kau ada phone ni kau asyik dengan phone kau je. Lepak sekali pun kau tengok phone, tengok movie pun kau tengok phone".


Well, apa yang aku boleh cakap ialah bukan aku je yang macam tu. Orang lain pun macam tu jugak. Ramai lagi dan aku boleh nampak itu. Bukan aku sorang je. And I have to admit lah that was my mistake. Teknologi mendekatkan yang jauh tapi menjauhkan yang dekat. It's a fact!

Walaupun aku berkepit dengan telefon, at least I have something to do kalau lepak2 dengan budak-budak yang borak pasal bola and biarkan aku terpinga-pinga kat situ tak paham apa macam orang bodoh. Takkan lah dorang borak pasal bola, tapi aku struggling hard to understand and join what they are saying? Of course lah tak kan? So, it's better layan phone dari berborak dengan orang yang tak sekepala macam tu.

And that will be really awkward lah kalau aku lepak skali dengan orang yang berborak pasal benda yg aku tak faham, tapi nak suruh letak henfon kat tengah kononnya nak suruh bersosial. Kau suruh aku letak telefon aku kat tengah meja so that suruh aku berbual-bual dengan korang but at the same time korang bukak topik yang aku tak leh join. How come? Terasa tak kekurangpandaian kat situ? Kesimpulannya,  before cakap orang sila la tengok diri sendiri dulu.  Bai!


Teknologi memang mendekatkan yang jauh, dan menjauhkan yang dekat.

Monday, November 4, 2013

Malu belajar

Bismillahirrahmanirrahim.....

Orang kata malu bertanya, sesat jalan.

Tadi waktu lecture Oral Lesion dengan Dr. Ayman Sameh (one of the best doctors I ever had), beliau ada pesan kalau nak tanya soalan apa-apa, sila jangan segan-segan. Doktor Ayman cakap dia tak kisah langsung kalau kita minta dia explain benda yang sama berulang-ulang kali. Baginya, yang penting kita faham.


Dan aku teringat one of my professors cakap, "There's no such thing called stupid questions. If you let the question in your head being unanswered, now that's stupid!" 


Sewaktu kelas elektif ICU tahun lepas, kami diajar cara buat CPR dengan dummy (model patung tu). Model patung tu diletakkan di atas meja dan kami perlu menekan dada patung tu (simulating as if we are compressing the chest of the real person). Kemudian bila tiba giliran aku, doktor suruh aku naik ke atas meja sebab aku rendah sangat dan tangan aku tak sampai untuk tekan ada patung tu dengan keadaan my elbow in extension state. I thought the doctor was joking, but he insisted me doing that.

Dia cakap, yang penting tangan kena tegak. So kalau orang pendek macam aku memang kena naik atas meja. Doktor cakap aku tak boleh malu coz aku kena anggap patient tu patient betul and anggap the patient is DYINGGG!!!!

Iyalah kan, takkan lah patient tengah nazak kita pulak boleh hesitate or malu-malu untuk take action selamatkan dia kan?


Dan doktor juga ada cakap, in examining the patient, sometimes we have to examine the genitals of the person (doesn't matter whether opposite sex or not). So kita tak boleh rasa malu/geli. Kadang-kadang kita terpaksa palpate breast untuk rasa lump, dan kadang-kadang kita kena palpate scrotum untuk rasa hydrocele ataupun varicocele. So kita tak leh rasa malu.


So kesimpulan yang aku cakap ialah, dalam belajar ni terutama dalam bidang medik. Please malu tu bertempat. Malu tu perlu, tapi kena bertempat. That's all from me. tq~!

Thursday, October 31, 2013

Matured, Growing Up or Learn Something New?

Age doesn't define maturity. Selalu sangat baca dan dengar orang sebut benda ni.

To those yang kenal diri ni, saya rasa korang tau je aku sekarang berada di tahun akhir.
Bila dah di tahun akhir ni, aku rasa aku secara perlahan-lahan macam dapat menerima apa Mesir dan penduduknya seadanya.

Sebelum ni aku selalu kutuk-kutuk orang Mesir kaw-kaw sebab tak puas hati dengan diorang. But when I re-evaluate myself back, they are not that bad.

Semalam aku naik tram, dan diejek bunya-buya lah dan budak-budak tu tried to annoy me and they succeed of course. Tapi semalam aku just layankan je apa yang diorang tanya walaupun banyak benda yang diperlekehkan. Just layan....Coz I know they're just a bunch of kids and I'm pretty sure their frontal lobe is not fully developed yet.


Dan when I see perangai ijipsyen, I talked to myself "well ni memang diorang sejak azali which make them differs from us". Sampaikan aku dah macam tak kisah dengan perangai diorang.

Aku tak tahu samada aku semakin matang, ataupun sudah lali sebab dah 6 tahun kat sini, ataupun aku berjaya melatih sikap sabar, ataupun I just learnt how to appreciate things and people.

Thats' all from me. Bye~

Monday, October 28, 2013

Sakit Belakang

Okay hari ni hari ketiga aku masuk department Surgery. Dan department yang aku berada sekarang ialah department Neurosurgery.

Hari ni aku belajar pasal Lumbar Disc Prolapse, salah satu penyebab sakit belakang. Tapi korang tau tak doktor aku cakap ada 2 most common sebab sakit belakang.

1) Tua/aging

2) Obesiti/gemuk


Talking about aging, memang kita x boleh nak elak benda ni. Tapi obesity yes! So untuk mengelakkan sakit belakang, jom kurus. That's all for today. :)

Tuesday, October 8, 2013

Kuasa Doa

Bismillahirrahmanirrahim....

Hari ni saya nak cakap yang saya sangat percaya akan kuasa sebuah doa.

Aku selalu baca doa naik kenderaan, jarang miss. Pernah sekali tu, aku naik motor dengan abah lepas tu brek tak makan. Lepas tu aku dan abah jatuh. Bila aku muhasabah balik, baru aku ingat yang aku tak baca doa naik kenderaan. Ada juga sekali tu, kereta kami terlanggar dengan kereta orang. Dan time tu memang aku lupa nak baca doa naik kenderaan.

Ada juga aku dengar kes orang ada penyakit kanser tahap 4 yang dah tak de harapan sembuh, tapi sebab dia sering berdoa , lepas tu dia sihat.

Okay kesimpulan yang saya nak cakap ialah doa tu senjata mukmin. So, please lah berdoa untuk Mesir, Palestine, Syria dan negara Islam yang lain. Sebab aku percaya akan kuasa doa. sekian~!

Saturday, September 7, 2013

Kesinambungan

"Masuklah kamu ke negeri Mesir. InshaAllah dalam keadaan aman".

Sekarang pun Mesir tak adalah bergolak mana pun, cuma media je yang lebih. Kawan-kawan yang masih tinggal di Mesir siap boleh bergerak ke sana ke mari lagi dengan aman.

Aku ada dengar ura-ura yang menyatakan MARA tak akan hantar pelajarnya sambung belajar di Mesir. Tapi tu cuma khabar angin, rasanya tak perlu kot percaya benda macam tu. Kalau nak kepastian, lebih baik buka laman web MARA secara terus.

Okay aku mengaku yang aku memang serabut dengan perangai arab mesir yang kadang-kadang agak melampau. Dan aku pun mengaku yang aku bukannya sanggup nak duduk mesir lama-lama. Tapi bila memikirkan baki lagi setahun aku nak habis belajar, rasa rugi pula kalau habiskan setahun tu di sini. Lainlah kalau twinning program.

Semoga Mesir kembali aman dan aku dapat sambung belajar di Mesir. Amin~

Friday, August 16, 2013

Macam Mana Study Kat Mesir?

Sepanjang aku beraya hari tu, bila ramai yang tahu belajar di Mesir, ramai yang tanya macam mana keadaan kat Mesir dan tanya apa yang berlaku sebenarnya di Mesir.

1) Macam mana keadaan di Mesir?
Erm...Well memang mesir nampak teruk. Tapi selalunya media ni exaggerate. Kadang-kadang tu kawasan student aman damai je, tapi dia pulak yang putar belit cerita. Cerita sebesar busut dijadikan gunung, itu lah media.

2) Apa sebenarnya berlaku kat Mesir?
Well, kalau nak cerita kat sini memang panjang. Nak ringkaskan pun aku tak reti. Sebab tu aku tak pernah cerita. Tapi memang panjang nak cerita, untuk tahu lebih lanjut sila tanya orang lain. Jangan percaya bulat-bulat pada berita tv dan surat khabar. Kalau nak tahu, baca blog ustaz-ustaz mesir YANG BOLEH DIPERCAYAI.


Dan aku ada dengar yang EME dah keluarkan kenyataan bahawa kalau keadaan Mesir semakin meruncing, kitorang terpaksa tangguh satu semester atau dipindahkan ke IPTS dalam negara atau ke negara yang lain yang lebih aman.

Pendapat aku (my own opinion, there's no such this as right or wrong, if you find mine is opposing yours, just shut the f up and respect my opinion)
 Aku kalau boleh tak nak tangguh semester sebab aku dah tak larat nak tunggu lama-lama.. Lagipun duduk kat Malaysia tak sedap duduk lama-lama guna duit mak bapak. So, aku kena cari kerja lah kalau nak tangguh satu semester. Takkan nak mengharap duit parents je kan? Kalau elaun still masuk tak ape.

Tapi aku tak kisah kalau aku dipindahkan ke universiti lain (provided that Mara still tolong support), tak kisah la kat mana-mana pun. Tak sambung kat Mesir dah pun tak pe aku tak kisah dah. Yang penting aku dapat habis belajar cepat.

Tapi Kalau terpaksa sambung lagi 2 tahun, aku prefer belajar kat egypt balik. Papepun, aku nak belajar lg setahun je!! Tak nak 2 tahun!! haha...

Okay xde mood nak tulis panjang-panjang (dah panjang da pun). Salam~!

Monday, August 12, 2013

Raya ke 5 2013

Alhamdulillah, setelah 3 tahun tak berjumpa, tadi aku dapat juga jumpa ustaz yang rapat dengan aku dahulu. Ustaz Naim Abdul Wahab. Tak ada gambar sebab lupa nak tangkap.

Setiap kali aku ke Kaherah, mesti aku akan berjumpa dengan ustaz. Tadi memang banyak perkara yang bermain di minda bila aku ziarah ustaz.

1) Sebelum ni aku tak pernah masuk Jengka 21, dan tadi ialah kali pertama aku masuk jengka 21.
2) Subhanallah, ahli keluarga ustaz baik belaka. Aku dan kawan-kawan dilayan dengan SANGAT baik oleh keluarga ustaz.
3) Tak percaya bila ustaz cakap dia cuma sambung "kerja-kerja kampung". Papepun,tak kisah la gaji tu mahal ke murah. Yang penting bekerja.

Tadi ada tanya pasal jodoh. Ustaz cakap, susah nak cari isteri sekarang sebab hantaran semua mahal. Lebih-lebih lagi ustaz cakap dia hanya kerja kampung, bimbang sekiranya tiada orang yang sudi.

InshaAllah. Allah tu Maha Pemberi Rezeki. Okay point kat sini sebenarnya ialah pasal hantaran je. I wonder why they put the hantaran so tinggi. Nak jual anak ke apa? Haih~

Okay la..Kepada wanita-wanita di luar sana, janganlah letak hantaran tinggi-tinggi. Nanti kalau xde orang nak kat kau padan muka.

Okay xde mood nak tulis panjang-panjang. Salam ~!

Friday, August 9, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

This picture was taken in Turkey. Okay, I just want to say that I loooooove Turkey so much. Selamat Hari Raya Aidilfitri to all of you :)

Saturday, August 3, 2013

Lailatul Qadar

I wonder, is there any possibility for a big sinner like me to meet the Lailatul Qadr night? I don't feel like I'm qualified enough to have it.

Oo Allah, please forgive me and don't let me astray far from you. Tolonglah kuatkan iman aku agar aku jauh dari melakukan dosa samada dalam sedar mahupun tidak.


Thursday, August 1, 2013

Oh My Jerawat!

Okay ada yang tanya aku, "Kau ni budak medik, tapi dalam blog pasal masak la ape la.." Okay ni blog aku suka hati haku la nak tulis pasal apa pun. Pasal ekonomi rumah tangga ke, perdagangan ke, literature ke lantak aku lah.


Okay kali ni nak masuk la benda yang medik sikit. Benda ni common kawan-kawan Malaysia aku tanya iaitu pasal Jerawat! (tulis ni sambil-sambil buka buku dermatology)


Q : Apa yang menyebabkan jerawat ni eh?

A : Ha...ari tu doktor cakap ada 3 faktor utama iaitu muka berminyak (sebum production), lapisan kulit dekat dengan bulu roma terganggu dan bakteria. The second factor sounds so weird coz I translate it directly from english to malay. So xde kena mengena dengan cokolat ke apa ke.




Q : Tu je? Ada faktor lain x?

A : Doktor kata pemakanan tak ada kena mengena dengan jerawat kecuali makanan kau tu boleh buat hormon androgen dalam badan meningkat. Lepas tu cahaya UV dari matahari pun boleh menyebabkan jerawat. Sesetengah ubat pun boleh menyebabkan jerawat.




Q : Apa komplikasi kalau kena jerawat ni eh?

A : Dalam buku ni ada 4. Aku sebut 3 je la..

1) Keloid. Keloid ni parut yang timbul.

2) Boleh juga parut yang tenggelam jadi macam berkawah.
3) Masalah psikology contohnya malu, tak de keyakinan diri dan sebagainya.

Okay la...Treatment? Well, berlambak treatment kt kedai2 jadi pilih je la yang mana satu idaman kalbu. Sampai sini je dulu kali ni. Bye~!

p/s : Apa yang menyebabkan parut jerawat? Jawapannya ialah sebab selalu picit jerawat. Jerawat bukan untuk dipicit!

Tuesday, July 30, 2013

Hot-dog Cheddar Roll

Okay hari ni saje nak share resepi yang aku belajar dari 9gag. Okay it sounds weird. Iyalah macam manalah site tu ada benda berfaedah kan? Tapi sebenarnya 9gag ni banyak juga info-info dia. Okay jom kita belajar macam mana nak buat  Hot-dog Cheddar Roll.

Bahan - Bahan
- Roti
- Hot-dog/sosej (sama la tu...)
-Kepingan cheddar
- Telur


1)Okay firstly, potong bahagian tepi-tepi roti. yang kerak dia tu. kita nak yg putih je.

2) Penyek/leperkan roti tu. Sebab kita tak nak tebal sangat nanti susah proses penggulungan. Hoh macam debat plak.
3) Gulung sosej yang telah dipotong dengan cheddar. (belum gulung dengan roti lagi, gulung sosej tu dgn cheddar je dulu)

4) Okay, lepas tu baru gulung cheddar yg ada sosej tu dengan roti. Jadi macam ni...

5) Lepas tu kacau telur dalam bekas lain. Letak garam dengan mayonis sikit.

6) Panaskan minyak, celup roti yg telah digulung dalam telur dan goreng!!!

7) Ape lagi..mentekedarah la puas-puas. Selamat mencuba. :)
Tada.... note the melted cheese kat situ. yummy.... okay bye!
Thanks to azriq aliq ajiq  for the pictures.

http://mohdazriq.wordpress.com
p/s : stress soalan ENT susah. 

Tuesday, July 16, 2013

Study!

Okay guys, ni tips ni aku tak buat lagi...tapi aku cadang nak buat mcm ni lah. So ni kira macam proposal lah gitu.

First, you have to know what could boost your study mood up during ramadan. Okay contohnya bagi aku yang balik Malaysia selepas exam ni, tentulah booster aku ialah Malaysia itu sendiri. These mood booster may apply to Malaysians studying in Egypt only. Haha

1) Kau letak tiket flight balik Malaysia depan meja study kau. Semoga tiket tu boleh boost semangat kau nak study. Fikirkan terbang..Iya, bawaku terbang~

2) Kau letak gmbr famili kt depan meja or gambar rumah or whateva yang boleh mengingatkan kau kt rumah. Kalau xde gambar, tengok kt facebook. Tengok fesbuk parent, fesbuk adik beradik. Huhu...

3) Kau dengar lagu raya..Okay may be it's too early to listen to lagu raya right now. Kita baru seminggu berpuasa takkan nak dengar lagu raya kan? Btw, ni just nak naikkan semangat study je. So it's a good thing. So no need lah nak bagi ceramah bagai kononnya cakap 'mengapa pentingkan syawal lebih dr ramadan' or whateva. Ni just utk boost semangat study. Tipulah kalau kau xde perasaan nak beraya di Malaysia.

4) Do not make fasting as a reason for you to not to study. I know it's quite tiring to study without sipping mineral water and hard to stay awake without consuming nescafe. But you really have to set up your mind and motivate yourselves to study! Tak semestinya dengan makan/minum je boleh tahan ngantuk nak study. Kau boleh dengar lagu, study group dan sebagainya utk elakkan ngantuk time study waktu siang.

5) Do not make "solat tarawih" as a reason for you to not study at night. Duh~ solat tarawih berapa jam je la sangat pun. Habis lama pun 2 jam. Selalu kau surf internet or main game komputer tu lebih dari dua jam boleh je? So, pandai2 bahagi masa waktu malam. After taraweh terus start, no postponing! And gap between magrib to isyak pun sempat utk baca at least half a topic sebenarnya.

6) Some of us go to sleep early, may be after tarawih. So after waking up for sahur, take a little time to study while waiting for Fajr prayer. After praying, you can continue sleeping. And then wake up early at 7 to study before going to class. Kelas pukul 9 or 10 kan?

okay those are study tips that i want to do. I repeat, I WANT to do. okay bye!

Thursday, July 4, 2013

Mohon Jujur

Bismillahirrahmanirrahim....

Sebenarnya dah lama sangat nak tulis pasal ni. Tapi tak ada keberanian nak tulis sebab bimbang sekiranya menyinggung hati beberapa pihak. Tapi oleh kerana benda ni seolah-olah sudah berleluasa, aku rasa PERLU untuk aku tulis benda ni.

Rasulullah SAW said : "Whoever cheats does not belong to me. (Narrated by Muslim)


1) EXAM
Aku tahu memang hidup ni perlu tolong menolong. Tapi konsep tu kenalah betul. Secara jujur, aku pun pernah tak sengaja terlihat kertas orang di hadapan. Kemudian aku bandingkan jawapan dia dengan jawapan aku. Betul, memang selalu sangat. Tapi bila aku fikir balik, betul ke jawapan dia? Entah-entah jawapan aku lagi betul ke?

Secara jujur, aku selalu je nampak beberapa orang main passing-passing gumpalan kertas, main bisik-bisik, tunjuk bahasa isyarat dan sebagainya. Kadang-kadang tu boleh dengar suara diorang "Eh, jawapan ni ape?"
Ya Allah...Aku pun tak tau nak cakap apa dengan orang macam ni. Apa fungsi exam sebenarnya? Semata-mata untuk naik tahun sahaja ke?

Aku pun mengaku banyak soalan yang aku selalu tak dapat jawab, tapi kalau aku dah tak tahu sangat, aku akan teka je jawapan dia. Tak perlu kot nak menyusahkan orang lain supaya bagi jawapan kat kita.

Lagi satu, aku pernah nampak seorang kawan ni check jawapan melalui internet. Ya, inilah keburukan smartphone. Peralatan yang baik dan canggih seperti itu disalahguna sebagai medium untuk menipu di dalam exam. Kemudian bila pengawas peperiksaan datang, pandai pula dia sorok smartphone dia. Apa fungsi kau belajar 2-3 hari bertungkus lumus, tapi akhirnya menipu? Tak rasa sia-sia ke study?

Betul! Kadang-kadang kita tak puas hati sebab kita macam pernah terbaca benda tu, tapi bila soalan keluar rasa tak dapat jawab. Dan ini akan membuatkan perasaan nak "check" jawapan tu membuak-buak. Sebab kita fikir macam ni, "Isy, ni tak boleh jadi ni. Aku tahu jawapan ni tapi aku lupa! Jadi baik aku tanya!" Lupa tu perkara biasa, aku pun selalu lupa. Kita tak boleh expect kita ingat 100% dari apa yang kita belajar. Nama pun manusia. Lupa memang sifat yang lemah, tapi menipu itu perbuatan mazmumah. 

Kadang-kadang tu kita boleh tengok mereka "berbincang". Boleh dengar soseh-soseh mereka bercakap. Mungkin mereka rasa mereka akan dapat pahala dengan meniru macam ni.

2) ATTENDANCE

Pernah tak suatu hari tu, kau tengok lecture hall x ramai pun orang datang. Tapi attendance/kedatangan penuh? Siapa yang tolong tandatangan? Roh gamaknya?

Aku pun pernah je tak datang kelas. Dan kalau aku tak datang, aku tak akan tanda kedatangan pada hari tu. Kalau aku nak tanda jugak, aku kena datanglah! Janganlah ponteng!

Ya memang betul ada banyak perkara yang kadang-kadang membuatkan kita terpaksa untuk tidak menghadirkan diri ke kelas. Contohnya sakit, ada kerja lain yang perlu diselesaikan, bangun lambat dan sebagainya. Okay itu lantak lah kau tak datang sebab apa pun, malas ke apa ke. Tapi kedatangan janganlah tanda.

Kadang-kadang orang macam ni menyusahkan kawan-kawan yang datang bila doktor tanya, "Why the attendance is full? There's no one absent?" Dan bila doktor check balik, dah kantoi ada yang tolong tandakan untuk kawan.

Honestly, lantak kau lah tak nak datang kelas (sebab mungkin kau ada masalah sendiri), tapi sekurang-kurangnya tolonglah jujur dalam menanda attendance dan jangan menyusahkan orang lain. Nanti kalau tertangkap kawan yang "menolong" tu yang susah. Bila ditanya mengapa buat macam tu, pandai pula dia jawab "takut tak dapat masuk exam kalau attendance tak cukup". So? Kalau takut, datanglah! Kalau kau datang hari tu, tak perlulah tanda untuk hari tu. Tanda yang hari kau datang je lah. 

Kalau kau datang tapi lupa nak tanda or mak cik kutip attendance lupa nak tanda, itu lain cerita. Itu memang hak kau untuk tanda benda tu!!

Oh ya...Masalah attendance ni akan lebih kerap berlaku dalam musim elektif ni! Bimbang jika attendance tak cukup, tak boleh dapat sijil untuk graduate.

Okay lah cukup lah luahan perasaan aku hari ini. Secara jujur, tolonglah jujur. Kau kalau arab menipu kau, kau marah. Tapi kau menipu apa cerita? Apa beza kau dengan arab yang menipu tu? Sama je kan? Menipu juga kan?

p/s : Allah Maha Melihat. Berkat tu kita tak nampak. Balasan kepada menipu tu boleh datang dalam pelbagai bentuk, dan bila-bila masa.

Thursday, June 20, 2013

Great Cook

copy & paste :P

“For the first time after 18 years of marriage, she prepared the worst dinner for her husband.
 The vegetables were over cooked, meat was burned and salad was too salty.


At the dinner table, her husband kept silent while he was eating. After that, when she was in kitchen washing dishes He came to her, smile at her and kissed her on her forehead “why is this kiss for?” she asked him not believing what he did.

 “tonight your cooking reminded me of your cooking in the first days of our marriage! it reminded me of your cooking as a new bride, so I wanted to treat you as if you are a new bride” .


This is the good righteous husband who turn the mistakes of his wife to positive sides in their life together, because the best Muslim man is the one who is best to his wife and should make her feel that she is so special to him .

Abu Hurairah narrated that Prophet Muhammad (sallAllahu alaihi wa sallam) said: "The believers who show the most perfect faith are those who have the best disposition and the best of you are those who are best to their wives." [Tirmidhi]

Monday, June 17, 2013

Tegur

Aku pernah ada seorang kawan. Dia pernah sekali cakap macam ni. "Kalau aku salah, atau nampak tersasar, kau tegur la aku".

Satu hari, aku nampak dia buat silap. Lalu aku tegur. Kemudian, dia tengking aku balik.

"Kau siapa nak cakap macam tu kat aku?"

Dan sampai situ je aku anggap dia kawan aku. Selepas dari itu aku hanya anggap dia sebagai "kenalan".

Lepas ni, kalau kau jumpa orang suruh tegur kalau dia buat silap, tapi emo bukan main bila kita tegur, kau hempuk je dia dengan batu-bata di kawasan pembinaan yang berdekatan. Thanks :)


Wednesday, June 12, 2013

Radiasi

Tadi hari pertama dalam kelas Urology. First impression aku, memang teruk. Tapi kena tahanlah lagipun dua minggu je. Bukan impression tu teruk sebab subjek, tapi sebab administration department ni macam kureng sikit.


Tapi lecture pertama pada hari ini ialah Infertility and Erectile Dysfunction. Tapi doktor ada tanya,

Do you know what is the most common environmental cause of male infertility?

And no one answered. And I know may be some of us guessed right, but we were just lacking a little courage to spit the answer out of our mouths. 

Jawapan dia ialah...Mobile phone. Ya...Telefon bimbit, tak kira lah smart phone ke tidak, as long as ia adalah henpon, yang memberi radiasi, itu sangat cukup untuk membuat anda mandul ye kawan-kawan.

Professor kata, lelaki yang selalu letak phone dalam poket seluar, akan beri kesan radiasi terhadap testis lelaki. Poket tu kan dekat kedudukannya dengan testis. Erm...Bahaya kan?


Okay, itu antara apa yang saya blajar hari ni. Lagi satu, jika testis terdedah kepada suhu yang tinggi, perkara ini juga boleh buat mandul. 

Baiklah di sini sahaja info medik kita pada hari ini. Salam :)

p/s : dalam belajar, tak boleh ada rasa malu x kena tempat. :)

Tuesday, May 28, 2013

Hidung Berdarah

Hidung berdarah atau nama lain dia ialah epistaxis. Pernah kena tak? Aku pernah! Okay, ada yang kata hidung berdarah ni sebab cuaca panas sangat lah. Dan ada juga kes pasal seorang pelajar ni hidung dia berdarah, bila pergi check jumpa doktor rupanya dia ni ada leukemia dan beberapa hari lepas tu beliau meninggal dunia.


Hidung berdarah ni semua teruk ke? Sebenarnya ada banyak sebab yang boleh buat hidung berdarah ni.
Antara sebabnya ialah....

1) Trauma atau kecederaan pada hidung. Contohnya selalu korek hidung ke, ataupun ada benda tersumbat ke atau pun hidung patah sebab terlanggar apa-apa.

2) Radang atau inflammation.

3) Tumor atau kanser.

4) Penyakit darah contohnya haemophilia, leukemia.

5) Darah tinggi. Ni paling banyak berlaku dalam kalangan orang tua. Arwah mak aku pun pernah kena ni.

6) Demam

7) lain lain...banyak lagi malas nak tulis semua kat sini.


Jadi kalau kena hidung berdarah ni apa yg kita kena buat eh?

1) Duduk dengan keadaan sedikit bongkok ke depan.
2) Picit (tutup) hidung selama beberapa minit. Bernafas ikut mulut. Bila kita picit hidung, kita dapat kurangkan darah yang keluar.
3) Tekapkan ais (air batu) pada batang hidung supaya pembuluh darah di kawasan hidung tu mengecut.
4) Ambil sedikit kapas dan letakkan adrenalin, kemudian letakkan di dalam hidung.
Adrenalin tidak boleh digunakan kepada pesakit darah tinggi!!!

Okay itu sahaja untuk kali ni. Selamat Study. :)

Saturday, May 25, 2013

Korea

Bismillahirrahmanirrahim....

Okay, seperti yang anda maklum saya sekarang dalam proses belajar bahasa korea. Suka saya maklumkan bahawa saya belajar korea bukan sebab saya minat kpop/drama korea/running man! Tapi saya belajar korea sebab saya nak belajar bahasa cina. Pelik tak? Okay baca dulu sampai habis.

...............................................................................................
Cuti summer yang lepas, aku nak belajar bahasa cina mandarin dari sepupu aku (sepupu aku boleh bertutur dalam banyak bahasa). Tapi sepupu aku cakap, nak belajar bahasa cina sangatlah susah! Dia kata, tulisan dia banyak sangat garis-garis. Jadi, kalau aku nak belajar cina, aku kena belajar baca korea dulu.

Sebab dia kata tulisan korea ni tak serumit tulisan cina. Dia kata lagi, aku kena cuba belajar korea dulu. Kalau tulisan korea ni pun tak boleh nak baca, tulisan cina apatah lagi. Kiranya ni sebagai bench mark je la..

Ni bila tau aku belajar korea, ramai yang perli-perli..Ada yang kata,

"Bahasa korea tu bukan bahasa syurga, baik kau belajar bahasa arab"

"Tak yah la berangan nak jadi mamat korea sangat"

"Kau tu duduk kat mesir bukan kat korea. Tak yah mengada nak belajar bahasa lain"

Dan macam lagi.... Untuk pengetahuan semua, saya juga sekarang SEDANG BELAJAR BAHASA ARAB FUSHA. Cuma  aku tak heboh sangat. Aku cuma heboh kat orang aku belajar korea. Sekarang ni aku tengah belajar basic arab dari level 1. InshaAllah...Impian aku, aku nak boleh baca banyak bahasa sebelum aku jadi doktor nanti.


Belajar banyak bahasa ni banyak faedah. Boleh je nak dakwah dalam bahasa korea kan? tulis status yang baik-baik dalam bahasa korea. Tak salah kan?

p/s : Bahasa Melayu pun bukan bahasa syurga! Jadi, kenapa kau cakap bahasa melayu?

Friday, May 24, 2013

Antibiotik

Bismillahirrahmanirrahim....

Lama juga tak update blog. Nak kata sibuk tu tak adalah sangat, tapi MALAS!

Okay, ni cuma nak cerita sikit pasal antibiotik. Sesetengah pesakit suka ambik antibiotik dan ada juga yang tak suka makan antibiotik sebab rasa dia yang tak sedap dan pelik. Ni antara kesalahan-kesalahan yang kerap orang lakukan apabila ambil antibiotik.


1) Kadang-kadang pesakit ingat kalau kita makan sebiji antibiotik, kesan ubat tu akan datang serta merta. Contohnya kalau demam, sila jangan fikir bahawa demam anda akan kebah jika anda hanya baru makan antibiotik sebiji dua.


2) Yang ini masalah paling besar. Pesakit selalunya berhenti makan antibiotik bila penyakitnya itu dia rasakan sudah pulih. Bila ditanya kenapa sudah tak makan antibiotik, dia akan jawab.. "dah tak sakit, buat apa nak makan ubat lagi?" Okay ini SALAH ye kawan-kawan. Sepatutnya pesakit tak boleh putus makan antibiotik sehinggalah doktor suruh berhenti. Kalau tak nanti penyakit tu akan datang balik.


3) Pesakit selalunya malas nak pergi hospital atau jumpa doktor, jadi dia cuma ambil ubat dari ahli keluarga yang pernah kena penyakit yang sama. Contohnya dia demam dan malas nak pergi hospital. Lalu dia pun makan ubat demam kakak/abang dia. Okay itu salah ye kawan-kawan. Sebab mungkin bakteria/virus/apa-apa kuman yang buat kakak/abang kau demam tu jenis lain, yang menyebabkan kau demam tu jenis lain. Lain kuman, lain jugalah ubatnya. Kalau silap makan ubat, nanti tak pasal-pasal jadi makin teruk. Jadi, jangan makan ubat orang lain sesuka hati.


4) Ada juga pesakit yang makan antibiotik tak ikut dos. Ada yang suka skip-skip dan ada yang tak makan langsung. Maklumlah, antibiotik ni rasa dia tak sedap. Tapi kena la telan jugak kalau nak sihat.

Okay itu sahaja update untuk kali ini. Salam~  :)


Tuesday, May 14, 2013

Sibuk?

Maaf sebab malas nak update info pasal medik. Busy sikit sebab terkejar-kejar nak cover balik lecture tiap2 hari. Tak termasuk lagi lecture round yang lepas-lepas. So, memang busy lah.

Tapi busy mcm mana pun, jgn lupa beribadah kepada Allah kan?


Sunday, May 12, 2013

Piramid, Padang pasir, Unta

Alhamdulillah, esok dah start kelas. Cuti kali ni aku puas hati sebab dapat jalan banyak tempat menarik. Dan dapat banyak pengajaran sebenarnya.

Okay, kepada siapa yg nk tengok gambar2 aku berjalan, boleh la tengok kt fesbuk aku. X kuasa aku nk upload kt sini. haha


Tuesday, May 7, 2013

nasihat kawan2 pasal exam

Hari ni aku buka dropbox dan tengok result ophthalmology. Markah boleh la... tapi still dalam kategori rendah jugak sebenarnya. Tapi yang peliknya kan, aku rasa macam x kisah sangat markah aku macam tu.
Mungkin sebab aku tak suka subjek ni kot. Aku memang dari mula lagi tak suka subjek ophthalmology ni. Haha....lantak la..

Aku cuma nak share. Sebelum ni aku selalu mengeluh sebab markah aku rendah. Tapi selepas aku dengar beberapa orang sahabat cakap camni...

#1
Marks and grades do not define intelligence. Lagipun exam is full of cheating sometimes. Kadang-kadang kita yang dah masuk exam dulu ni, boleh bagitau kat kawan-kawan kita yang still belum exam tentang soalan apa yang masuk . Jadi itu quite not fair to those yang masuk awal.

#2
Sebelum kau masuk exam, kau tetapkan camni, "Ya Allah, aku cuba buat sehabis baik. Banyak mana yang aku dapat jawab, banyak tu lah rezeki yang kau bagi kat aku. Dan aku takkan mengeluh kalau rezeki aku kurang pada hari ni sebab aku tau tu semua ketetapan Mu."

#3
Kecik, kau jangan target A. Kalau kau target A, kau akan rasa down gila bila x dapat A. Ko just buat sehabis baik je. Ko buat yang terbaik nanti result pun inshaAllah terbaik. Jangan expect A.

:) I love my friends.

Wednesday, May 1, 2013

Banyak Orang. Banyak Ragam

Exam dermatology semalam susah nak mamp**. Esok exam lagi, moga-moga tak susah semalam. Okay itu mukadimah hari ni. Sehingga hari ini, aku belajar beberapa perkara....

1) Ada orang yang suka kenakan orang lain, tapi bila kita kenakan dia balik, dia melenting dan meletus macam gunung berapi.

2) Ada orang yang sentiasa mahu bertanding dengan orang lain. Tak boleh kalau ada orang yang dapat markah lebih tinggi dari dia. Dia tak boleh kalau status facebook orang lain lebih dapat banyak "like" daripada status dia.

3) Ada orang yang kalau bersuka ria, nak hanging out lepak-lepak, dia akan keluar dengan orang lain yang dia suka. Tapi bila dia bersedih, kesunyian, atau orang yang dia selalu lepak tu tak nak keluar dengan dia, dia akan mula cari kita dan mengadu kat kita. Kiranya kita ni cuma wujud bila dia perlukan sesuatu je la..

4) Ada orang yang suka malukan kita depan orang lain, pendek kata "publicly!". Tapi bila dah tinggal kita dengan dia berdua je, dia cakap "sorry la weh, kau tak marah kan?" Helloooo...kau dah kutuk aku depan orang, lepas tu boleh tanya aku marah ke tak?  Kalau kau malukan aku depan public, kau minta maaf pun kena la public jugak!

5) Ada orang yang taksub gila dengan politik. Kalau kita sokong kerajaan je terus kena cop as macai. Padahal kita bukan fanatik macam dia, kalau kita macai, dia tu pencacai!. Kalau kita sokong pembangkang terus cakap kita ni tak bersyukur. Padahal rezeki bukan datang dari dia pun.

Okay cukup untuk hari ni. Esok exam. Bye~!

p/s : cuti ni nak buat apa? menghadap muka orang yang aku selalu jumpa je. ceit~!

Wednesday, April 24, 2013

Cucur Strawberi

Yeay minggu ni cuti 2 hari, iaitu khamis dan jumaat. Boleh la study sepuas-puasnya (yo-yo-o je). Okay hari tu dah bagi resipi buat jemput pisang. Kali ni nak bagi tau cara-cara buat jemput/cucur strawberi pulak. Sebenarnya sama je cara nak buat dia, cuma ada SEDIKIT je perbezaan. Okay jom kita start buat cucur strawberi orang bujang.


Bahan-bahan : 
1) 500 gram strawberi....ikut kau la nak banyak mana pun. Ni aku saje tulis 500 g ni.
2) Tepung gandum
3) Gula
4) Susu segar
5) Madu...ala, ko tak yah susah2 cari madu mahal-mahal. Madu tiruan pun bole kot rasanya. Heh~!



1) Basuh dulu buah tu. Tak nak basuh pun boleh tapi itu pengotor ye nama dia. Lepas tu letak dalam blender. Untuk lebih senang kisar, potong strawberi tersebut kecil-kecil terlebih dahulu. 
Kemudian masukkan 4 sudu susu segar (bukan susu sejat na....) bersama strawberi yang telah dipotong tadi dan.....kisar/blend!!
* Strawberi tak selembut pisang, jadi kena guna blender. Tak leh lenyek, tak cukup kuat. haha...Kalau kuat, silakan.

2) Kemudian kau akan dapat result macam gambar kat atas ni. Kau letak strawberi yang dah dikisar tadi dalam bekas. Kemudian, masukkan gula. Kalau aku guna 500 gram, aku masukkan 7 sudu gula. So, kau kalau x ikut 500 gram, pandai-pandailah kau masukkan kuantiti gula ikut suka hati sendiri.


3) Masukkan tepung gandum. Yang ni pun aku x boleh bagi sukatan tepung gandum yang tepat. Itu semua bergantung kepada korang. Kalau korang nak rasa strawberi tu menyerlah, korang just letak sikit je tepung tu. Kalau korang nak buat cucur korang rasa macam kek, masukkan banyak sikit. Tapi make sure jangan terlampau banyak nanti jadi keras.


4) Gaulkan sampai jadi cantik dan smooth macam gambar kat atas. Cantik kan? Haha...Entah apa yang cantik aku tak tau. So rasanya dah boleh kot kalau nak panaskan minyak dalam kuali time ni.

5) Goreng cucur tadi. Untuk dapatkan bentuk yang bulat dan tak leper, sila guna minyak banyak. Jangan kedekut minyak ye. Goreng dengan api yang sederhana, jangan terlalu besar dan tidak terlalu kecil.


6) Tada....Dah siap. Okay strawberi ni dia tak semanis pisang. Dia masam sikit. Jadi, untuk dapatkan rasa diabetes tu, sila makan dengan cicah madu. Tengok dalam mangkuk biru kat atas ni, tu madu ye dalam tu. Cicah dengan tu ha... Sambil minum teh o perisa vanila, boleh la makan sambil tengok Running Man episod 142. Salam .....

p/s : Exam dermatology dah dekat, tak sampai seminggu. Semoga sempat la study. 

Monday, April 22, 2013

Kulit Yang Baru

Bismillahirahmanirrahim....

Hari ni aku belajar sesuatu yang menarik dalam kelas dermatology tadi. Kepada sesiapa yang tidak tahu, dermatology ni ialah kursus yang belajar tentang kulit dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kulit.

"Pain on skin has its limit. It will stop when the skin is severely traumatized. That's why Allah keeps replacing the burned skin of people in hell with the new one. So that the people in hell keep on feeling the pain. "

 Doktor kata, kulit kita memang boleh rasa sakit, tapi sakit itu ada tahapnya. Rasa sakit itu akan berhenti apabila kulit kita sudah rosak. Senang cerita, kalau kulit tu dah mati, kulit tu dah tak akan rasa sakit. Iya lah kan? Kalau dah mati, nak rasa sakit macam mana?

Sebab tu dalam api neraka, Allah akan gantikan kulit-kulit mereka yang dibakar hangus dengan kulit yang baru. Supaya mereka akan rasa sakit secara berterusan. Sebab bila kulit sudah rosak dibakar, kulit tu sudah tidak akan rasa sakit. Jadi, Allah gantikan dengan kulit yang baru setiap kali kulit mereka habis dibakar.

Faham ke point saya? Jadi, marilah kita berusaha untuk perbanyakkan amalan dan jauhkan diri kita dari api neraka. Amin :)

Ni ayat dari Al-Quran surah An-Nisa ayat 56 (terima kasih furqan dan faez salleh  atas perkongsian)


إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُواْ الْعَذَابَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

 Maksud : Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Verily those who disbelieved in Our Signs, soon We will cast them into Fire so oft as their skins shall be burnt We will change them for other skins, that they may taste the torment. Surely Allah is the Mighty, the Wise

Ya Allah, jadikan kami manusia yang selalu bertaubat dan jauhkan kami dari azab api neraka Mu.

Saturday, April 20, 2013

Jangan Tangguh

Okay dah lama x post pasal tips study. Walaupun aku sendiri result tak berapa nak cemerlang tapi aku nak tulis gak. :P


1) Jangan tangguh masa study. Contohnya sekarang pukul 7.43 malam. Tak perlu kau nak genapkan jadi pukul 8 baru boleh start study. Kau start je sekarang tu jugak. Tak kiralah waktu tu pukul 5.43 ke, 7.59 ke, just get started. Tak perlu genapkan masa okay~!


2) Once kau baca tu, kau terus CUBA untuk ingat a.k.a hafal! Ada sesetengah orang, dia suka baca sekali imbas dulu, then 2nd time baru hafal. Okay, yang tu boleh jugak. Tapi konfem ke kau ada banyak masa? So, solutionnya ialah once kau baca, kau CUBA untuk hafal terus. InshaAllah 2nd time and seterusnya kau baca topik tu balik, makin banyak yang kau dapat ingat.

Okay sekian sahaja topik saya iaitu jangan tangguh masa study, dan jangan tangguh cuba hafal. Salam~

p/s : Tak semestinya study medik je, study apa-apa pun boleh try.

Monday, April 15, 2013

Kanta Lekap

Alhamdulillah, dah  habis dah round Ophthalmology dan aku tak update sepatah haram pun info tentang ophthalmology. Kali ni nak cakap sikit la....

Kepada sesiapa yang suka pakai contact lens /kanta lekap murah, diharap boleh berhati-hati. Kalau nak beli, jangan beli yang murah yang ada di tepi-tepi jalan tu je. Bukan apa, sebab selalunya yang murah ni tak bersih.

Antara penyakit yang kau boleh kena kalau pakai kontek lens murah ni ialah.....

1) Giant Papillary Conjunctivitis - Especially kalau yang jenis pakai kontek lens lepas tu tak reti nak buka time tidur/mandi.

2) Fungal keratitis - Especially bagi yang kanta lekap yang kotor yang ada habuk-habuk kayu.

3) Acanthamoeba corneal ulcer- Yang ini sangat bahaya. Kau boleh hilang penglihatan ye kawan-kawan. So,  make sure tanggal contact lens anda sebelum anda mandi di swimming pool atau tempat public. :)

Okay, jadi silalah jaga mata anda. Mata ni nikmat Allah yang sangat tidak ternilai. Hargailah pemberian Allah SWT ni.  :)

Saturday, April 6, 2013

Jemput Pisang

Okay, kali ni saje nak share dengan kawan-kawan cara nak buat jemput pisang. Lagipun ramai yang tanya aku, macam mana nak buat jemput pisang. Honestly, aku tak tahu kenapa orang nak belajar buat jemput pisang ni sebab benda ni tersangatlah senang dan tak perlu diajar pun. Kau boleh reka sendiri je sebenarnya.

Tapi teringat seorang kawan cakap, tak semestinya benda yang kita tahu tu orang lain pun tahu. Mungkin sesuatu benda tu senang bagi sesetengah orang, tetapi susah bagi sesetengah orang yang lain. Okay banyak pulak mukadimah post ni. Bila nak bagi resipinya kan? Haha...

Okay, bahan-bahannya ialah....
- pisang
- tepung gandum
- gula

tu je bahan-bahan dia. Kau tak yah susah-susah nak cari telur la, susu la, madu la, serbuk penaik la...tak yah. Letak air pun tak yah. Tu tipu semua tu. Bahan dia sebnanye 3 yg atas tu je ha.


Cara-cara :
1) Masukkan pisang dalam bekas untuk dihancurkan. Kalau nak senang, patah riukkan pisang tu. Lepas tu masukkan gula. Ratio dia ..sebiji pisang = satu sudu gula.

2) Lenyek pisang dengan gelas/cawan. Jangan guna blender atau pengisar, kalau tak nanti jadi jus. Kalau jus, kau nak buat jemput cmne plak kan? Baik kau bukak kedai jus je ha.


3) Okay, gula dah masuk awal2 tadi kan? So sekarang kau masukkan tepung gandum. Yang ni kau kena pandai-pandai agak la nak tepung banyak mana. Kalau kau nak jemput kau jadi macam kek pisang, kau letak tepung banyak. Kalau kau nak rasa pisang tu lebih, kau letak tepung sikit.

4) Panaskan kuali dan letak minyak dalam kuantiti yang agak banyak. Sebab kalau kau guna minyak sikit, nanti jemput pisang kau jadi leper/penyek. So tak cantik.

5) So, kalau agak-agak minyak dah panas, boleh la mula menggoreng. Oh lupa plak, make sure api sederhana. Kalau kuat sangat, nanti luar hangus tapi dalam tak masak.Kau pasang api kuat-kuat buat apa, kau nak buat pembakaran terbuka? Membazir gas je. Tapi kalau api slow sangat, nanti jemput jadi keras. Kalau keras nanti boleh buat baling anjing plak.

6) Tip untuk dapatkan jemput yang bentuk dia bulat (x leper) ; guna dua sudu. Satu sudu untuk kaut dan satu  sudu lagi untuk 'tolak' adunan tu ke dalam kuali. Kau faham ke? susah aku nak ekspelain secara teori ni.

7) Tada...dah siap. So, boleh la makan jemput sambil minum teh o panas. Lebih seronok kalau sambil tengok Running Man. haha... Okay sekian tips entah apa-apa dari saya. Babai...

p/s : Aku tak suka term "cekodok". Bunyi macam kodok yang katak tu ha..Geli aku. Sebab tu aku guna perkataan "jemput". Jemput makan jemput. :)