Monday, January 21, 2013

Cita-cita

Sorry for deleting previous posts coz I found they are too annoying to be read. Haha...Suka hati lah blog aku kan? Okay kali ni nak cakap pasal cita-cita.

Cita-cita manusia ni sentiasa berubah-ubah. Eh? Ke aku je? Haha.....Okay, dulu time sekolah rendah, waktu mula-mula masuk sekolah aku teringin nak jadi cikgu.
Sebab : Nampak best cikgu boleh tulis kat papan hitam. Aku suka sangat conteng papan hitam time sekolah dulu. Sebab tu nak jadi cikgu. Haha....


Then bila masuk sekolah menengah, mula belajar subjek sejarah. Fuh~ Waktu tingkatan 1 tu belajar pasal zaman Paleolitik, Neolitik, Mesolitik dan Logam (ye ke eh? x ingat dah..lama dah tinggal sekolah). Time tu terus bercita-cita nak jadi ahli arkeologi. Cewah~ Ke mana impian nak jadi archaeologist tu sekarang? Ke laut ye kawan-kawan~
Sebab nak jadi archaeologist : Mane tau kot2 gali2 tanah, terjumpa fosil dinosour ke, terjumpa barang zaman purba ke, tak ke famous tuh? haha....
Nak jadi neurologist~

Lepas tu masuk sekolah sains, berminat pulak dengan subjek kimia. Sumpah aku jatuh cinta dengan subjek kimia. Bagi aku, chemistry is the best subject ever in this world (time tu la....). Terus nak jadi ahli kimia, terus bercita-cita nak ambil kursus chemical engineering lepas habis spm..last-last fizik dapat B, kau nak ambik engineering macam mana? Haha~ Dan aku berminat nak jadi pharmacist coz tak silap aku dalam buku teks kimia form 5, kat hujung2 tu ada tajuk pasal medication.


Bila dah habis SPM, aku ajar tuisyen budak2 nak SPM, kiranya pembimbing rakan sebaya lah konon aicehh~!! Time tu berminat nak jadi cikgu balik. Macam best pulak.

Eh? Tiba-tiba dapat masuk medik. Padahal result SPM ada B3 (fizik). Tak  sangka maa~ Bersyukur ke hadrat Illahi maa~ Bila dah ambik medik, dari situ lah bermacam-macam specialty yang aku nak ambik.

Waktu preclinical, bercita-cita nak jadi lecturer. Tak kisah la lecturer subjek ape pun asalkan mengajar medik. Tak kisah la anatomy ke, biochemistry ke, patho ke. Ikut la...
Orang kata dermatology paling senang. Sebab tu nak jadi~ :P

Bila masuk clinical year, aku rasa nak jadi Neurologist sebab nampak doktor-doktor neuro ni semua power kemain. Lepas tu ada rasa nak jadi dermatologist sebab orang kata senang. Wallahualam la coz aku x masuk lagi round derma. Kadang-kadang bila dah give up belajar, rasa macam nak ambik Family Medicine je. Dan sekarang aku berada di department diabetes dan cita-cita aku berubah lagi.

Aku rasa nak jadi Diabetologist lah. Okay x? Haha....

p/s : Sekarang ni dalam kepala hotak aku ada 3 specialties yang aku berminat.
1) Neurologist
2) Dermatologist
3)Diabetologist
Diabetologist kah aku? haha

Haha...last-last jadi dentist gak aku nanti. :P

No comments: