Thursday, January 10, 2013

Tak Nak Susah Hati

Sudah lama abah tak telefon aku (cis apa punya anak, sepatutnya kau la telefon abah!). Selalunya tiap-tiap hari abah telefon, ataupun 3 atau 4 hari sekali. Tapi kali ni dah lama, dah dua minggu lebih.

Aku pelik, aku mesej kakak di facebook. Pada mulanya akak kata, "tak ada apa-apalah, abah tak mahu ganggu kau study la tu".

Tapi aku tak puas hati jawapan tu. Aku tanya lagi, "Takkan sebab tu je?"

Kemudian, akak cakap...

"Sebenarnya abah tak bagi akak bagitahu kat kau pasal perkara ni, tapi akak rasa kau patut tahu sebab kau pun anak abah jugak".

What? Apakah? Aku dah mula rasa tak sedap. Aku pun sambung, "Kenapa dengan abah?"

Kakak kata, abah ada tekanan darah rendah..Hari tu abah sakit-sakit kepala, nyaris-nyaris nak pengsan. Sampai sekarang abah demam tapi masih tak kebah-kebah. Abah pesan kat kakak-kakak aku dan abang aku supaya tak beritahu aku pasal ni sebab abah risau aku susah hati. Abah bimbang kalau pelajaran aku terganggu (padahal study nya malas, nak terganggu apanya...)

Now I start to trust nobody, even my own family. How could they keep it as a secret. 

Aku rasa macam nak balik Malaysia je cuti winter ni. Tapi tak cukup duit. Haih~

p/s : Like all, but trust none. 

2 comments:

mieza said...

biaselaa tu..
mak ayah mmg xkan bgtau anak2 dy kalo dyorg x sht..
semate- mte xnk kte risau.

-ImanAzlan- said...

Sabar. Diorg taknak bagitau sbb sayang.

Doa banyak banyak. Inshaallah akan sembuh semula ayah enta (: