Monday, February 4, 2013

Politik & Study group

Politik

Hari ni buka facebook. Nampak ramai orang post atau beri komen pasal ISMA nak join PRU. Isy, honestly I don't care lah. Okay bukan itu yang nak disampaikan. Bukan!

Sebelum ni aku pernah tulis status di facebook lebih kurang begini,
"Boleh tak kalau remove orang yg slalu post pasal politik dari friend list facebook ni?"

Okay cukup sampai situ. Lepas tu ada orang yang tanya aku macam ni.

"Eh , kau ni memang benci politik ke? Kau tau tak yang politik ni a part of agama jugak? Kau tak boleh nak ignore macam tu je pot pet pot pet bla bla bla......"

Ops~ There's a little misunderstanding here. I don't hate politic. I just hate people posting their status in facebook about politic. As simple as that.

Study group

Okay, lepas tu sekarang ni aku busy dengan study group. Cewah~ Busy lah sangat. Ada seorang ni tanya aku, "Kenapa kau study group dengan diorang ? Dengan aku tak boleh ?"

Honestly, bagi aku. Study group ni kita bukan boleh pick siapa-siapa je. Study group ni kena terdiri dari orang yang kita serasi dan boleh study sama momentum dan velocity. Kalau study group tapi kita tak serasi dengan orang dalam study group tu tak boleh jugak. Study group bukan sekadar study bersama, tapi more to persamaan dari segi cara study, cara perbincangan dan segalanya lah.

Pernah aku join satu study group ni. Diorang study and discuss points laju gila, sampai aku terkejar-kejar. Rupa-rupanya baru tau yang study group diorang ni, diorang akan baca dulu before datang study group. Aku tak boleh begitu. Itu bukan cara aku.

Aku pernah juga ikut satu study group ni, dia cuma discuss soalan je dan discuss point2 penting je. Lepas tu ada tanya-tanya soalan untuk menguji memori. Itu pun bukan cara aku. Kalau boleh, aku nak ada orang yang mengajar dahulu sebelum tanya soalan.

Okay, so itu jawapan aku. Study group ni bukan kita boleh masuk dengan sesiapa je. Bukan!

Sekian saja laporan berita untuk hari ini. Maju lah study group untuk perubatan. Salam~

1 comment:

-ImanAzlan- said...

cara study group kita sama, perlahan perlahan :)