Wednesday, February 20, 2013

Tekanan dan Tertekan

Esok aku exam. Obstetrics & Gynecology. Aku sangat bimbang, sebab carry mark yang bakal aku bawa untuk dicampurkan dengan markah final nanti sangat sedikit. Kalau nak target A tu, memang dah tak boleh langsung. Jangankan A, B+ pun susah nak dapat dengan markah midterm aku sebegitu.


Aku baca buku, kemudian bila semua topik sudah habis dibaca, aku cuba untuk ulang baca. Tetapi bila aku baca untuk kali kedua, aku rasa macam aku tak pernah baca pun benda tu sebelum ni. Aku ni jenis tak suka orang soal-soal aku untuk menguji. Kalau untuk discussion tak apa, tapi kalau untuk menguji aku sangat benci.


Kadang-kadang tertekan tengok kawan-kawan dah ulang baca untuk kali ke 4 dan 5. Ada juga yang jenis hafal kaw-kaw gila. Secara jujur, aku tertekan dan aku rasa nak jauhkan diri dari orang macam tu. Please stay away from me 5 meter apart. Kadang-kadang, waktu makan tu jugaklah diorang nak discuss soalan-soalan. Bagi aku, masa makan kita makan.


Entah la...Ramai je yang tak setuju dengan sikap aku yang suka isolate myself from the group sebab nak larikan diri dari discussion. Tapi, apa yang aku boleh cakap ialah...cara study kita tak sama. Kau jangan rasa kau betul 100% sampai nak cakap cara aku study ni salah. 

Okay, aku sekarang nak menangis. Aku rasa tak nak deal with people untuk sehari dua ni. Esok semoga Allah permudahkan aku dan kawan-kawan satu batch untuk jawab soalan exam dengan tenang. Salam~

p/s : Lulus pun cukup la....

2 comments:

Humyra said...

Salam Khairi. Hehe.. aku tak tau kenapa, tapi tiba2 terasa nak komen.
1. Firstly, jgn tertekan sgt bila nak exam ni.. Rileks yer.. You dont let the situation control you, instead you take control of the situation. Macam mana nak control situation? Firstly, kau kena plan nak stadi apa. Baca secara sekali lalu utk kau kenal what you are up against.Bila dah tahu topik mana panjang, pendak, senang, susah, baru lah senang nak plan.

2. Berdasarkan post kau ni, kau mcm mengatakan study method kau mcm tak berkesan ye? Hmm..kalau begitu, haruslah menukar study method tersebut kan? We cant expect to do the same things but expecting different results.

3. Aku nak share tips yg hopefully berguna. . Maklum la, buku kita tu bukan ler nipis sgt nak hafal perkataan sebijik-sebijik kan. Setiap kali baca satu topik, kau kena conscious point mana yg penting dan utama. Selalunya, pathogenesis disease tu, prevelent age,clinical pic, diagnosis, management.Highlight point tu besaq2. Bila dah habis baca topik tu, tanya balik diri kau apa point2 utama tadi.

4. Sambil2 tanya diri tu, ingatkan betul2 point2 dia sebijik-sebijik. Aku tak tipu, this part memang paling bohsannn. Kena ulang banyak kali. Ini memang kena kuat semangat sikit. Tapi kann, kalau kau dah paham konsep disesase tu, tak susah pun. Kena bnyk sabar..

5. Itu sahajalah yg aku mampu kongsikan utk kali ini. aku tak lah nak kata aku terer ke apa.. haha kalau zatil lain la cerita. Aku harap dapat tolong kau sedikit- sebanyak. Nanti besok2 dah berjaya, jgn lupa letak nama aku dlm biography kau. haha Sekian. wassalamm..

afiq. said...

gudlak kecik!!