Friday, March 15, 2013

10

10 atau sepuluh. Ada apa dengan nombor ni? Sebenarnya, esok bermulalah hari pertama dalam semester baru iaitu semester ke sepuluh. Malam ni aku tak dapat tidur. Bukan sebab berdebar menunggu hari esok, tapi sebab dah tidur siang lama sangat. Itu lah siapa suruh tidur siang, lepas asar pulak tu. Haih~

Semester ni, aku akan belajar Opthalmology, ENT, Urosurgery dan Dermatology. Tak sabar ada, takut pun ada. Tadi aku cuba untuk tidur(tetibe tukar topik plak), tadi dah boleh terlelap dah. Tapi tiba-tiba terjaga sebab arab kat bawah ni bising sangat. Apa yang dia buat kat bawah tu bising tak tau la aku. Dan sekarang aku tak leh tidur dah sebab terjaga.

Honestly, aku dah tak ada semangat nak teruskan semester ke sepuluh ni. Aku cuma fikir nak balik Malaysia. Banyak yang aku tak puas hati. Aku tak puas hati sebab budak tahun 4 ada banyak cuti, lebih banyak dari tahun 5. Aku tak puas hati sebab time tahun 5 cuti, tahun lain tak cuti jadi aku rasa macam ponteng kelas. Aku tak puas hati sebab cuti aku cuma di alex. At least kalau dapat kuar dari Alex pun okay.


Lepas tu dah ramai kawan yang beli tiket balik Malaysia. Semuanya balik sebelum raya. Aku je yang mungkin akan balik selepas raya, sebab akak aku tak dapat nak ambik aku kat airport dekat-dekat nak raya. Aku sedih gila. Lepas tu exam final nanti akan berlangsung pada bulan puasa. Aku pun terfikir macam mana nak cari masa untuk study pada waktu tu. Siang tentu penat, malam pula akan ada tarawih. Walau macam mana pun, aku tak boleh jadikan alasan beribadah tu menghalang aku untuk study. Ini satu cabaran untuk aku untuk bahgikan masa study pada bulan Ramadhan nanti inshaAllah.

Okay banyak dah aku mengarut kat sini. Dan aku cuma rasa nak menangis je sekarang. Okay lah, esok nak start azam baru. Aku rasa aku depress sekarang. Haha...okay bipolar. Salam~

p/s : Selepas ni inshaAllah akan bertambah 4 lagi label kat blog ni. ENT, Opthal, Derma dan Uro.

1 comment:

Mohd Azriq said...

Rilek kecik.. bole jer nak buat.. Nti kalau da cuti lgi kita p jalan tempat lain plak..