Sunday, March 10, 2013

Sushi

Alhamdulillah, menu pertama iaitu sushi sudah berjaya dipelajari. Terima kasih kepada chef Afiq Faiz. Honestly, bagi aku nak buat sushi ni tak ada lah susah mana. Cuma cerewet dan banyak benda kena buat. Okay di sini ingin lah saya kongsi kepada kawan-kawan cara-cara nak buat sushi.

Bahan-bahan :
- Seaweed/ rumpai

- Beras arab (sebab kanji dia banyak..)
- Cuka beras
- Mayonis (don't know how to spell it right)
-garam dan gula

Untuk inti dalam dia, bebas nak letak apa-apa pun bole...tapi aku prefer :

- Telur

- Tuna
                                                
- Timun

-Crab stick



Cara-cara nak buat sushi...
1) masak nasi arab tu. Bak kata afiq faiz, bilangan sukatan beras mesti kena sama banyak dengan sukatan air. Contoh : kalau masak 4 cawan beras, kena letak 4 cawan air. hihi.....

2) Potong timun, crab stick macam kat gambar atas.

3) Untuk tuna, masak dulu tuna tu utk hilangkan bau hanyir dia. Pastu gaulkan dengan mayonis bila dah siap masak.

4) Goreng telur dadar. Yang ni penting! Kau jangan letak garam dalam telur dadar tu, tapi letak GULA! Diulangi, gula ye kawan-kawan. Letak banyak sikit pun takpe sampai jadi telur tu manis.

5) Sekarang, bancuh cuka beras dengan sedikit garam dan gula. Pandai2 lah rasa sendiri ikut macam mana yang korang nak. Pastu, masukkan cuka beras tu dalam nasi kemudian gaulkan sama rata. Lepas tu cuba rasa nasi tu sikit, sedap ke tak? Ikut rasa yang korang nak la...

6) Hah...rasa dah siap da kot. So the last step is...just rock and roll~!! But first you need rolling mat coz kalau roll pakai tangan tak cantik. Lebih-lebih lagi kalau korang lelaki..biasalah kan, tangan kasar sampai kerja pun jadi tak meticulous.
This is rolling mat. Kemudian, letak inti atas seaweed macam dalam gambar di bawah ni....
Kemudian, gulung......
Akhir sekali.....potong sushi tu cantik-cantik.
Dan hidangkan....lalala
Okay kicap dalam mangkuk dengan chopstik itu semua poyo okay. Sila abaikan. Okay, tunggu la nes\xt resipi iaitu dorayaki. Babai~!

No comments: