Tuesday, April 2, 2013

Sama Je

Belajar di Mesir ni, memang kita selalu dapat tengok perangai penduduk setempatnya. Bukanlah nak cakap, tapi kebanyakan orang Mesir ni perangainya agak kasar, baik yang educated, kaya atau pun yang biasa-biasa. Pendek kata, aku selalu buat kesimpulan begini...

"Kalau dah namanya orang Mesir, kaya/pandai macam mana pun perangai tetap buruk jugak"

Okay I knew I was wrong. I forget the peribahasa "dalam setandan pisang, takkanlah kesemuanya busuk".

Sekarang ni nak cerita sedikit...

Semalam, aku ada kelas pada pukul 12. Dan kelas kami (kelas pelajar Melayu) digabungkan dengan kelas pelajar Arab. Well, dari apa yang aku selalu dengar, arab ni suka bercakap dalam kelas, tak tumpu perhatian, suka buat bising, suka datang lewat dan sebagainya. Jadi aku pun duduk diam di belakang; cuma memerhati.

Oleh kerana masalah language barrier, doktor memberi penerangan kepada kami secara berasingan. Mula-mula, doktor ajar pelajar arab, kemudian baru kepada kami. Sewaktu doktor sedang memberi penerangan kepada pelajar arab, doktor suruh kami duduk dan tunggu di tepi.

Dari apa yang aku perhatikan, semua pelajar arab tu fokus. Tak ada pun perangai buruk yang selalu orang ceritakan. Kesemuanya beri tumpuan dan senyap ketika doktor memberi penerangan. Tapi, aku tengok pelajar melayu yang duduk menunggu ni pulak yang bising tak tentu hala. Sampaikan doktor terpaksa berhenti memberi penerangan untuk menyuruh kami diam.

Sedang doktor memberi penerangan, tiba-tiba pintu klinik dibuka. Ada orang baru datang, lewat beberapa minit. Dan yang sampai lewat tu sendiri ialah pelajar Melayu. Aduh~! Okay, point di sini bukanlah untuk mengutuk atau menyalahkan yang datang lambat tu. Aku pun faham je, mungkin dia ada masalah sendiri. Tapi kalau pasal impression, aku nampak pelajar arab dalam kelas ni jauh lebih behave dari pelajar melayu yang kononnya beradab sangat ni.

Bila doktor dah habis memberi penerangan kepada pelajar arab. Kini giliran kami pula mendengar dan pelajar arab tunggu di tepi. Dan aku kagum. Pelajar arab yang menunggu di tepi tu memang bagus. Mereka tidak membuat bising seperti yang kami buat, mereka cuma duduk dan bercakap perlahan-lahan sesama mereka. Malah kami, pelajar melayu yang sedang diberi penerangan ini pun, masih ada yang bercakap-cakap di belakang.

Okay, apa yang aku tulis ni bukanlah untuk menghentam siapa-siapa. Dan aku pun bukan nak mengagungkan orang arab, cuma aku nak kita beringat bahawa jangan anggap diri kita ni lebih bagus dari orang lain.. Itu je...okay la..apa yang baik dari post ni, sila la ambil. Yang buruk, toksah nak ngada.

p/s : follower blog aku berkurangan, dari 111 jadi 110. Kechiwa.

No comments: