Friday, May 24, 2013

Antibiotik

Bismillahirrahmanirrahim....

Lama juga tak update blog. Nak kata sibuk tu tak adalah sangat, tapi MALAS!

Okay, ni cuma nak cerita sikit pasal antibiotik. Sesetengah pesakit suka ambik antibiotik dan ada juga yang tak suka makan antibiotik sebab rasa dia yang tak sedap dan pelik. Ni antara kesalahan-kesalahan yang kerap orang lakukan apabila ambil antibiotik.


1) Kadang-kadang pesakit ingat kalau kita makan sebiji antibiotik, kesan ubat tu akan datang serta merta. Contohnya kalau demam, sila jangan fikir bahawa demam anda akan kebah jika anda hanya baru makan antibiotik sebiji dua.


2) Yang ini masalah paling besar. Pesakit selalunya berhenti makan antibiotik bila penyakitnya itu dia rasakan sudah pulih. Bila ditanya kenapa sudah tak makan antibiotik, dia akan jawab.. "dah tak sakit, buat apa nak makan ubat lagi?" Okay ini SALAH ye kawan-kawan. Sepatutnya pesakit tak boleh putus makan antibiotik sehinggalah doktor suruh berhenti. Kalau tak nanti penyakit tu akan datang balik.


3) Pesakit selalunya malas nak pergi hospital atau jumpa doktor, jadi dia cuma ambil ubat dari ahli keluarga yang pernah kena penyakit yang sama. Contohnya dia demam dan malas nak pergi hospital. Lalu dia pun makan ubat demam kakak/abang dia. Okay itu salah ye kawan-kawan. Sebab mungkin bakteria/virus/apa-apa kuman yang buat kakak/abang kau demam tu jenis lain, yang menyebabkan kau demam tu jenis lain. Lain kuman, lain jugalah ubatnya. Kalau silap makan ubat, nanti tak pasal-pasal jadi makin teruk. Jadi, jangan makan ubat orang lain sesuka hati.


4) Ada juga pesakit yang makan antibiotik tak ikut dos. Ada yang suka skip-skip dan ada yang tak makan langsung. Maklumlah, antibiotik ni rasa dia tak sedap. Tapi kena la telan jugak kalau nak sihat.

Okay itu sahaja update untuk kali ini. Salam~  :)


3 comments:

Syafinaz Alizaini said...

masa kecik2 aku suka-suka bukak peti ais pastu minum antibiotik bila ada free time.


no effect maybe

Mohd Azriq said...

antibiotik ada rasa ka? kita telan kot, bukan jilat pn..

hanafi mohd said...

Errr aq silap ambik ubat antibiotik. Sptutnya 2 kli shr aq g bedal 3x shri.

-,-"