Sunday, December 1, 2013

Berdosa Ke Jadi Plastic Surgeon? (Pakar Bedah Plastik)

Sekarang ni aku berada di Plastic Surgery Department. Sejujurnya memang department ni sangat best. Dan hari tu aku pergi conference,memang sangat best isu yang dibentangkan. 

Dan aku rasa macam aku nak jadi surgeon. Precisely, plastic surgeon!

Tapi apa yang tak bestnya, bila kita cakap kita nak jadi pakar bedah plastik je orang akan cakap "eeeeiii berdosanya engkau ni!"

Sedangkan diorang ni yang sedap main cakap tak pernah ambik medik pun, dan diorang sebenarnya tak tahu sepatah haram pun pasal plastic surgery. Tapi memandai jadi keyboard warrior.

Okay sini aku nak terangkan. Pembedahan plastik ni bukan untuk kecantikan je. Bukan! Selalu kalau kita cakap pembedahan plastik, mesti orang bayangkan bedah untuk cantik; bedah tukar jantina, bedah bagi muda, bedah bagi payudara besar etc.

"Berdosa jadi pakar bedah plastik ni sebab kau ubah ciptaan tuhan"

Honestly, apa yang orang tak tahu ialah pembedahan plastik ni bukan untuk kecantikan semata-mata. Pakar bedah plastik ni pun banyak selamatkan nyawa orang. Antara tugas pakar bedah plastik ialah :

1) Rawat mangsa kebakaran/renjatan elektrik/disimbah asid. Bayangkan kalau kulit pesakit tu dah terbakar, adakah kita nak biarkan kulit pesakit tu buruk macam tu? Mesti nak kena gantikan kulit tu dengan kulit baru kan? Ke nak biar je pesakit tu takde kulit? Iyelah kan, kang orang cakap kita mengubah ciptaan Allah pulak.So baik kita biarkan pesakit tu terbakar. Macam tu?


2) Kalau ada organ yang terputus, contohnya terputus tangan ke, jari ke, putus telinga ke, pakar bedah plastik ni lah yang membantu sambung balik tangan tu ke tempat asal dan dengan izin Allah, inshaAllah tangan/organ yang putus tu boleh menjadi normal semula dan boleh diguna seperti sediakala. Andaikata tangan/organ yang putus tu tak boleh berfungsi semula pun, sekurangnya pesakit tu ada tangan! Kiranya tak adalah dia malu nak berdepan dengan masyarakat sebab dia dah xde tangan. Paham tak point aku yang ni?? Ha..emo jap. haha


3) Tumor saluran darah
Saluran darah ni bukan boleh dibawa main ye. Kadang-kadang saluran darah boleh menjadi tidak normal dan membentuk tumor seperti hemangioma ataupun vascular malformation. Jadi, pakar bedah plastik ni sedikit sebanyak membantu jugak supaya tumor ni tidak membawa maut kepada pesakit. Ha begitu lah lebih kurang. 


4) Selamatkan nyawa dan psikologi.

Contohnya orang tu mulut dia sumbing. Ada sesetengah mulut sumbing ni tak bahaya, tapi ada sesetengah yang bahaya ye kawan-kawan. Jadi, takkan nak biar kesumbingan mulut dia macam tu; nak biar dia tersedak time makan? Nak biar dia takleh bernafas time tidur? Jadi, kenalah bedah untuk betulkan benda tu.

Lepas tu ada sesetengah bayi yang dilahirkan mungkin tiada telinga contohnya. Bayangkan kalau bayi tu dah besar dah sekolah, mesti dia kena ejek dengan kawan-kawan dia kan? Jadi, pakar bedah plastik boleh buatkan telinga tiruan untuk budak tu. Disamping mungkin boleh bantu budak tu untuk mendengar, budak tu pun tak adalah tekanan sebab kena ejek dengan kawan sebab takde telinga.

By the way, orang pandang ejekan tu remeh. Padahal ejekan orang tu cukup untuk buat budak-budak jadi stress dan seterusnya gila. 


Okay itu sahaja bebelan untuk hari ini. Kesimpulannya, aku rasa macam aku nak jadi pakar bedah plastik. Berminat sebab tadi aku tengok ada baby melecur sebab kena air panas, habis kulit terbakar. Jadi aku terus rasa kesian dan terus berazam nak jadi pakar bedah plastik. Well, that escalated quickly but who cares kan? Okay bai~! Salam......

No comments: