Friday, March 22, 2013

Rabun? Sebab Apa eh?

Hari tu (x ingat dah hari apa) belajar pasal topik rabun (refractive errors). Okay, apa yang aku nak fokuskan ialah faktor-faktor yang boleh menyebabkan rabun.

Doktor tanya soalan, "Do you think watching television can make you nearsightedness? NO!!!"

Doktor kata, cuma ada beberapa faktor kenapa kita jadi rabun.

1) Kuasa kanta dan kornea mata
2) darjah kelengkungan kanta/ lens
3) Refractive index
3) axial length of eye globe.


Doktor kata, there is no such thing as reading books in dark room/ watching television/always forget to wear glasses/not eating carrot can makes you shortsightedness. Doktor kata, membaca dalam gelap ke, atau tengok tv ke, itu tak menjadi faktor kenapa kita jadi rabun.


Dan doktor kata, kadang-kadang orang percaya yang kalau kita once dah pakai spek mata, kita kena pakai selalu kalau tak power akan increase. Doktor kata tu tipu semua tu. Tahap kerabunan akan meningkat kalau bebola mata jadi makin besar, iaitu sewaktu kita meningkat dewasa. Selepas capai tahap matang, bebola mata akan berhenti membesar dan tahap kerabunan kita tak akan bertambah. Cuma sampai disitu sahaja.

My doctor asked us, "So, you think eating carrot can improve your vision? NO!!!!"  Because eating carrot does not make axial length of your eyes getting longer!


Doktor kata lagi, faktor-faktor yang ridiculous disebutkan tadi tu bukan boleh buat rabun, tapi boleh buat "tak nampak"! Doktor kata, rabun dan tak nampak itu dua perkara yang berbeza. Refractive errors are something else and diminution of vision is another different thing.


So, sayangilah mata anda. Aku pun tak faham sangat apa aku tulis ni. Tapi kau baca je lah. Malas plak aku nak eksplain panjang-panjang. Buat fenat je~! Babai~!

okay masalahnya sekarang...kenapa aku upload gambar doremon? Kenapa? Kenapaaaa???

Tuesday, March 19, 2013

Situasi dan Respons

Semenjak aku post gambar aku buat dorayaki kat facebook tu, ramai yang suruh aku post kat blog cara-cara nak buat dia (resipi). Boleh je nak bagi, tapi nak upload gambar tu malas. Lagipun minggu depan tersangatlah busy dengan assignment, majlis persatuan dan temujanji dengan doktor gigi. Jadual artis pun tak sesibuk aku.


Okay just want to share a story. Lumrah pelajar Malaysia yang belajar di Mesir, memang tak sah kalau tak kena ejek dengan budak-budak Mesir yang terencat akal dan kurang adab. Ada yang boleh kita sabar, tapi kadang-kadang tu menyirap jugak bila kena ejek kaw-kaw.


Okay, ada satu hari ni aku pergi ke kedai topup. Kemudian, ada seorang budak perempuan sebelah aku (dalam lingkungan umur 9-10 tahun) ni cakap, "ni hao"..Banyak kali juga dia cakap benda tu. Aku macam dah fed up. Oleh kerana aku tak tahan dia cakap macam tu (sebab aku rasa macam diejek), aku pun cakap kat dia...."Kau tau ke maksud 'ni hao' tu apa?" [nota : perbualan sebenar adalah dalam bahasa arab]

Kemudian budak tu cakap, "Tau, ni hao tu maksud nya izayyak dalam bahasa cina". Aku pun cakap, "Aku bukan cina lah, jadi jangan cakap macam tu lagi".

Budak : Enta musy sini? Enta minin? (Kau bukan cina? Kau dari mana?)

Aku : Ana min Malizia. Ana Malizi. (Aku dari Malaysia, aku orang Malaysia)

Budak : Lau izayyak fi lughatul malizi, enta bi'ul eh? (Kalau nak cakap apa khabar dalam bahasa kau, kau cakap apa?)

Aku : Izayyak fi malizi- apa khabar

Budak : Oh...apa kaba? Sah? Ma3lisy ana ma 3ariftush 'abla dah. (Oh, apa khabar? Maaf saya tak tau sebelum ni)

Aku : Enti tufakkir izzayak fi lughatul malizi...ni hao? La'! Dah sini. Ni hao sini bas. (Kau ingat apa khabar dalam bahasa aku ni "ni hao?" Itu cina! Ni Hao tu orang Cina je guna!)

Budak : Ma3lisy2x....

Budak tu sambung lagi, patut la sebelum ni bila dia nak tegur budak melayu, dia cakap "ni hao" tapi tak ada orang layan. Dia tak tau yang student Malaysia kat sini ialah orang Malaysia! Dia ingatkan cina. Dia kata, aku orang first yang 'layan' dia dan betulkan salah faham dia.

Jadi, kesimpulan yang aku boleh buat ialah.... Kita jangan senang nak marah dengan budak arab yan cakap ni hao kat kita sebab dia sebenarnya tak tau kita dari mana. Dan dia tak tahu macam mana nak cakap apa khabar dalam bahasa kita (mereka ingatkan ni hao). Jadi, kalau boleh, betulkan lah mereka. Jangan terus marah mereka. Cewah....

Okay, nasihat aku ini cuma apply untuk budak-budak yang cakap "ni hao' je okay? Tapi TIDAK untuk budak yang ejek kau buya buya atau bungga bungga. Yang tu memang patut diberi penampar sebiji dua. Yang tu memang obviously mengejek. Kalau jumpa macam tu, boleh la sekeh kepala mereka dengan laju. Sekian sahaja post dari saya....babai~!

p/s : Kalau budak-budak ejek kau buya-buya/bungga-bungga, kau senyum je. Senyum tak perlu kata apa-apa kerana....Tumbuk lebih senang! :)

Friday, March 15, 2013

10

10 atau sepuluh. Ada apa dengan nombor ni? Sebenarnya, esok bermulalah hari pertama dalam semester baru iaitu semester ke sepuluh. Malam ni aku tak dapat tidur. Bukan sebab berdebar menunggu hari esok, tapi sebab dah tidur siang lama sangat. Itu lah siapa suruh tidur siang, lepas asar pulak tu. Haih~

Semester ni, aku akan belajar Opthalmology, ENT, Urosurgery dan Dermatology. Tak sabar ada, takut pun ada. Tadi aku cuba untuk tidur(tetibe tukar topik plak), tadi dah boleh terlelap dah. Tapi tiba-tiba terjaga sebab arab kat bawah ni bising sangat. Apa yang dia buat kat bawah tu bising tak tau la aku. Dan sekarang aku tak leh tidur dah sebab terjaga.

Honestly, aku dah tak ada semangat nak teruskan semester ke sepuluh ni. Aku cuma fikir nak balik Malaysia. Banyak yang aku tak puas hati. Aku tak puas hati sebab budak tahun 4 ada banyak cuti, lebih banyak dari tahun 5. Aku tak puas hati sebab time tahun 5 cuti, tahun lain tak cuti jadi aku rasa macam ponteng kelas. Aku tak puas hati sebab cuti aku cuma di alex. At least kalau dapat kuar dari Alex pun okay.


Lepas tu dah ramai kawan yang beli tiket balik Malaysia. Semuanya balik sebelum raya. Aku je yang mungkin akan balik selepas raya, sebab akak aku tak dapat nak ambik aku kat airport dekat-dekat nak raya. Aku sedih gila. Lepas tu exam final nanti akan berlangsung pada bulan puasa. Aku pun terfikir macam mana nak cari masa untuk study pada waktu tu. Siang tentu penat, malam pula akan ada tarawih. Walau macam mana pun, aku tak boleh jadikan alasan beribadah tu menghalang aku untuk study. Ini satu cabaran untuk aku untuk bahgikan masa study pada bulan Ramadhan nanti inshaAllah.

Okay banyak dah aku mengarut kat sini. Dan aku cuma rasa nak menangis je sekarang. Okay lah, esok nak start azam baru. Aku rasa aku depress sekarang. Haha...okay bipolar. Salam~

p/s : Selepas ni inshaAllah akan bertambah 4 lagi label kat blog ni. ENT, Opthal, Derma dan Uro.

Sunday, March 10, 2013

Sushi

Alhamdulillah, menu pertama iaitu sushi sudah berjaya dipelajari. Terima kasih kepada chef Afiq Faiz. Honestly, bagi aku nak buat sushi ni tak ada lah susah mana. Cuma cerewet dan banyak benda kena buat. Okay di sini ingin lah saya kongsi kepada kawan-kawan cara-cara nak buat sushi.

Bahan-bahan :
- Seaweed/ rumpai

- Beras arab (sebab kanji dia banyak..)
- Cuka beras
- Mayonis (don't know how to spell it right)
-garam dan gula

Untuk inti dalam dia, bebas nak letak apa-apa pun bole...tapi aku prefer :

- Telur

- Tuna
                                                
- Timun

-Crab stick



Cara-cara nak buat sushi...
1) masak nasi arab tu. Bak kata afiq faiz, bilangan sukatan beras mesti kena sama banyak dengan sukatan air. Contoh : kalau masak 4 cawan beras, kena letak 4 cawan air. hihi.....

2) Potong timun, crab stick macam kat gambar atas.

3) Untuk tuna, masak dulu tuna tu utk hilangkan bau hanyir dia. Pastu gaulkan dengan mayonis bila dah siap masak.

4) Goreng telur dadar. Yang ni penting! Kau jangan letak garam dalam telur dadar tu, tapi letak GULA! Diulangi, gula ye kawan-kawan. Letak banyak sikit pun takpe sampai jadi telur tu manis.

5) Sekarang, bancuh cuka beras dengan sedikit garam dan gula. Pandai2 lah rasa sendiri ikut macam mana yang korang nak. Pastu, masukkan cuka beras tu dalam nasi kemudian gaulkan sama rata. Lepas tu cuba rasa nasi tu sikit, sedap ke tak? Ikut rasa yang korang nak la...

6) Hah...rasa dah siap da kot. So the last step is...just rock and roll~!! But first you need rolling mat coz kalau roll pakai tangan tak cantik. Lebih-lebih lagi kalau korang lelaki..biasalah kan, tangan kasar sampai kerja pun jadi tak meticulous.
This is rolling mat. Kemudian, letak inti atas seaweed macam dalam gambar di bawah ni....
Kemudian, gulung......
Akhir sekali.....potong sushi tu cantik-cantik.
Dan hidangkan....lalala
Okay kicap dalam mangkuk dengan chopstik itu semua poyo okay. Sila abaikan. Okay, tunggu la nes\xt resipi iaitu dorayaki. Babai~!