Wednesday, April 24, 2013

Cucur Strawberi

Yeay minggu ni cuti 2 hari, iaitu khamis dan jumaat. Boleh la study sepuas-puasnya (yo-yo-o je). Okay hari tu dah bagi resipi buat jemput pisang. Kali ni nak bagi tau cara-cara buat jemput/cucur strawberi pulak. Sebenarnya sama je cara nak buat dia, cuma ada SEDIKIT je perbezaan. Okay jom kita start buat cucur strawberi orang bujang.


Bahan-bahan : 
1) 500 gram strawberi....ikut kau la nak banyak mana pun. Ni aku saje tulis 500 g ni.
2) Tepung gandum
3) Gula
4) Susu segar
5) Madu...ala, ko tak yah susah2 cari madu mahal-mahal. Madu tiruan pun bole kot rasanya. Heh~!



1) Basuh dulu buah tu. Tak nak basuh pun boleh tapi itu pengotor ye nama dia. Lepas tu letak dalam blender. Untuk lebih senang kisar, potong strawberi tersebut kecil-kecil terlebih dahulu. 
Kemudian masukkan 4 sudu susu segar (bukan susu sejat na....) bersama strawberi yang telah dipotong tadi dan.....kisar/blend!!
* Strawberi tak selembut pisang, jadi kena guna blender. Tak leh lenyek, tak cukup kuat. haha...Kalau kuat, silakan.

2) Kemudian kau akan dapat result macam gambar kat atas ni. Kau letak strawberi yang dah dikisar tadi dalam bekas. Kemudian, masukkan gula. Kalau aku guna 500 gram, aku masukkan 7 sudu gula. So, kau kalau x ikut 500 gram, pandai-pandailah kau masukkan kuantiti gula ikut suka hati sendiri.


3) Masukkan tepung gandum. Yang ni pun aku x boleh bagi sukatan tepung gandum yang tepat. Itu semua bergantung kepada korang. Kalau korang nak rasa strawberi tu menyerlah, korang just letak sikit je tepung tu. Kalau korang nak buat cucur korang rasa macam kek, masukkan banyak sikit. Tapi make sure jangan terlampau banyak nanti jadi keras.


4) Gaulkan sampai jadi cantik dan smooth macam gambar kat atas. Cantik kan? Haha...Entah apa yang cantik aku tak tau. So rasanya dah boleh kot kalau nak panaskan minyak dalam kuali time ni.

5) Goreng cucur tadi. Untuk dapatkan bentuk yang bulat dan tak leper, sila guna minyak banyak. Jangan kedekut minyak ye. Goreng dengan api yang sederhana, jangan terlalu besar dan tidak terlalu kecil.


6) Tada....Dah siap. Okay strawberi ni dia tak semanis pisang. Dia masam sikit. Jadi, untuk dapatkan rasa diabetes tu, sila makan dengan cicah madu. Tengok dalam mangkuk biru kat atas ni, tu madu ye dalam tu. Cicah dengan tu ha... Sambil minum teh o perisa vanila, boleh la makan sambil tengok Running Man episod 142. Salam .....

p/s : Exam dermatology dah dekat, tak sampai seminggu. Semoga sempat la study. 

Monday, April 22, 2013

Kulit Yang Baru

Bismillahirahmanirrahim....

Hari ni aku belajar sesuatu yang menarik dalam kelas dermatology tadi. Kepada sesiapa yang tidak tahu, dermatology ni ialah kursus yang belajar tentang kulit dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kulit.

"Pain on skin has its limit. It will stop when the skin is severely traumatized. That's why Allah keeps replacing the burned skin of people in hell with the new one. So that the people in hell keep on feeling the pain. "

 Doktor kata, kulit kita memang boleh rasa sakit, tapi sakit itu ada tahapnya. Rasa sakit itu akan berhenti apabila kulit kita sudah rosak. Senang cerita, kalau kulit tu dah mati, kulit tu dah tak akan rasa sakit. Iya lah kan? Kalau dah mati, nak rasa sakit macam mana?

Sebab tu dalam api neraka, Allah akan gantikan kulit-kulit mereka yang dibakar hangus dengan kulit yang baru. Supaya mereka akan rasa sakit secara berterusan. Sebab bila kulit sudah rosak dibakar, kulit tu sudah tidak akan rasa sakit. Jadi, Allah gantikan dengan kulit yang baru setiap kali kulit mereka habis dibakar.

Faham ke point saya? Jadi, marilah kita berusaha untuk perbanyakkan amalan dan jauhkan diri kita dari api neraka. Amin :)

Ni ayat dari Al-Quran surah An-Nisa ayat 56 (terima kasih furqan dan faez salleh  atas perkongsian)


إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُواْ الْعَذَابَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

 Maksud : Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Verily those who disbelieved in Our Signs, soon We will cast them into Fire so oft as their skins shall be burnt We will change them for other skins, that they may taste the torment. Surely Allah is the Mighty, the Wise

Ya Allah, jadikan kami manusia yang selalu bertaubat dan jauhkan kami dari azab api neraka Mu.

Saturday, April 20, 2013

Jangan Tangguh

Okay dah lama x post pasal tips study. Walaupun aku sendiri result tak berapa nak cemerlang tapi aku nak tulis gak. :P


1) Jangan tangguh masa study. Contohnya sekarang pukul 7.43 malam. Tak perlu kau nak genapkan jadi pukul 8 baru boleh start study. Kau start je sekarang tu jugak. Tak kiralah waktu tu pukul 5.43 ke, 7.59 ke, just get started. Tak perlu genapkan masa okay~!


2) Once kau baca tu, kau terus CUBA untuk ingat a.k.a hafal! Ada sesetengah orang, dia suka baca sekali imbas dulu, then 2nd time baru hafal. Okay, yang tu boleh jugak. Tapi konfem ke kau ada banyak masa? So, solutionnya ialah once kau baca, kau CUBA untuk hafal terus. InshaAllah 2nd time and seterusnya kau baca topik tu balik, makin banyak yang kau dapat ingat.

Okay sekian sahaja topik saya iaitu jangan tangguh masa study, dan jangan tangguh cuba hafal. Salam~

p/s : Tak semestinya study medik je, study apa-apa pun boleh try.

Monday, April 15, 2013

Kanta Lekap

Alhamdulillah, dah  habis dah round Ophthalmology dan aku tak update sepatah haram pun info tentang ophthalmology. Kali ni nak cakap sikit la....

Kepada sesiapa yang suka pakai contact lens /kanta lekap murah, diharap boleh berhati-hati. Kalau nak beli, jangan beli yang murah yang ada di tepi-tepi jalan tu je. Bukan apa, sebab selalunya yang murah ni tak bersih.

Antara penyakit yang kau boleh kena kalau pakai kontek lens murah ni ialah.....

1) Giant Papillary Conjunctivitis - Especially kalau yang jenis pakai kontek lens lepas tu tak reti nak buka time tidur/mandi.

2) Fungal keratitis - Especially bagi yang kanta lekap yang kotor yang ada habuk-habuk kayu.

3) Acanthamoeba corneal ulcer- Yang ini sangat bahaya. Kau boleh hilang penglihatan ye kawan-kawan. So,  make sure tanggal contact lens anda sebelum anda mandi di swimming pool atau tempat public. :)

Okay, jadi silalah jaga mata anda. Mata ni nikmat Allah yang sangat tidak ternilai. Hargailah pemberian Allah SWT ni.  :)

Saturday, April 6, 2013

Jemput Pisang

Okay, kali ni saje nak share dengan kawan-kawan cara nak buat jemput pisang. Lagipun ramai yang tanya aku, macam mana nak buat jemput pisang. Honestly, aku tak tahu kenapa orang nak belajar buat jemput pisang ni sebab benda ni tersangatlah senang dan tak perlu diajar pun. Kau boleh reka sendiri je sebenarnya.

Tapi teringat seorang kawan cakap, tak semestinya benda yang kita tahu tu orang lain pun tahu. Mungkin sesuatu benda tu senang bagi sesetengah orang, tetapi susah bagi sesetengah orang yang lain. Okay banyak pulak mukadimah post ni. Bila nak bagi resipinya kan? Haha...

Okay, bahan-bahannya ialah....
- pisang
- tepung gandum
- gula

tu je bahan-bahan dia. Kau tak yah susah-susah nak cari telur la, susu la, madu la, serbuk penaik la...tak yah. Letak air pun tak yah. Tu tipu semua tu. Bahan dia sebnanye 3 yg atas tu je ha.


Cara-cara :
1) Masukkan pisang dalam bekas untuk dihancurkan. Kalau nak senang, patah riukkan pisang tu. Lepas tu masukkan gula. Ratio dia ..sebiji pisang = satu sudu gula.

2) Lenyek pisang dengan gelas/cawan. Jangan guna blender atau pengisar, kalau tak nanti jadi jus. Kalau jus, kau nak buat jemput cmne plak kan? Baik kau bukak kedai jus je ha.


3) Okay, gula dah masuk awal2 tadi kan? So sekarang kau masukkan tepung gandum. Yang ni kau kena pandai-pandai agak la nak tepung banyak mana. Kalau kau nak jemput kau jadi macam kek pisang, kau letak tepung banyak. Kalau kau nak rasa pisang tu lebih, kau letak tepung sikit.

4) Panaskan kuali dan letak minyak dalam kuantiti yang agak banyak. Sebab kalau kau guna minyak sikit, nanti jemput pisang kau jadi leper/penyek. So tak cantik.

5) So, kalau agak-agak minyak dah panas, boleh la mula menggoreng. Oh lupa plak, make sure api sederhana. Kalau kuat sangat, nanti luar hangus tapi dalam tak masak.Kau pasang api kuat-kuat buat apa, kau nak buat pembakaran terbuka? Membazir gas je. Tapi kalau api slow sangat, nanti jemput jadi keras. Kalau keras nanti boleh buat baling anjing plak.

6) Tip untuk dapatkan jemput yang bentuk dia bulat (x leper) ; guna dua sudu. Satu sudu untuk kaut dan satu  sudu lagi untuk 'tolak' adunan tu ke dalam kuali. Kau faham ke? susah aku nak ekspelain secara teori ni.

7) Tada...dah siap. So, boleh la makan jemput sambil minum teh o panas. Lebih seronok kalau sambil tengok Running Man. haha... Okay sekian tips entah apa-apa dari saya. Babai...

p/s : Aku tak suka term "cekodok". Bunyi macam kodok yang katak tu ha..Geli aku. Sebab tu aku guna perkataan "jemput". Jemput makan jemput. :)

Tuesday, April 2, 2013

Sama Je

Belajar di Mesir ni, memang kita selalu dapat tengok perangai penduduk setempatnya. Bukanlah nak cakap, tapi kebanyakan orang Mesir ni perangainya agak kasar, baik yang educated, kaya atau pun yang biasa-biasa. Pendek kata, aku selalu buat kesimpulan begini...

"Kalau dah namanya orang Mesir, kaya/pandai macam mana pun perangai tetap buruk jugak"

Okay I knew I was wrong. I forget the peribahasa "dalam setandan pisang, takkanlah kesemuanya busuk".

Sekarang ni nak cerita sedikit...

Semalam, aku ada kelas pada pukul 12. Dan kelas kami (kelas pelajar Melayu) digabungkan dengan kelas pelajar Arab. Well, dari apa yang aku selalu dengar, arab ni suka bercakap dalam kelas, tak tumpu perhatian, suka buat bising, suka datang lewat dan sebagainya. Jadi aku pun duduk diam di belakang; cuma memerhati.

Oleh kerana masalah language barrier, doktor memberi penerangan kepada kami secara berasingan. Mula-mula, doktor ajar pelajar arab, kemudian baru kepada kami. Sewaktu doktor sedang memberi penerangan kepada pelajar arab, doktor suruh kami duduk dan tunggu di tepi.

Dari apa yang aku perhatikan, semua pelajar arab tu fokus. Tak ada pun perangai buruk yang selalu orang ceritakan. Kesemuanya beri tumpuan dan senyap ketika doktor memberi penerangan. Tapi, aku tengok pelajar melayu yang duduk menunggu ni pulak yang bising tak tentu hala. Sampaikan doktor terpaksa berhenti memberi penerangan untuk menyuruh kami diam.

Sedang doktor memberi penerangan, tiba-tiba pintu klinik dibuka. Ada orang baru datang, lewat beberapa minit. Dan yang sampai lewat tu sendiri ialah pelajar Melayu. Aduh~! Okay, point di sini bukanlah untuk mengutuk atau menyalahkan yang datang lambat tu. Aku pun faham je, mungkin dia ada masalah sendiri. Tapi kalau pasal impression, aku nampak pelajar arab dalam kelas ni jauh lebih behave dari pelajar melayu yang kononnya beradab sangat ni.

Bila doktor dah habis memberi penerangan kepada pelajar arab. Kini giliran kami pula mendengar dan pelajar arab tunggu di tepi. Dan aku kagum. Pelajar arab yang menunggu di tepi tu memang bagus. Mereka tidak membuat bising seperti yang kami buat, mereka cuma duduk dan bercakap perlahan-lahan sesama mereka. Malah kami, pelajar melayu yang sedang diberi penerangan ini pun, masih ada yang bercakap-cakap di belakang.

Okay, apa yang aku tulis ni bukanlah untuk menghentam siapa-siapa. Dan aku pun bukan nak mengagungkan orang arab, cuma aku nak kita beringat bahawa jangan anggap diri kita ni lebih bagus dari orang lain.. Itu je...okay la..apa yang baik dari post ni, sila la ambil. Yang buruk, toksah nak ngada.

p/s : follower blog aku berkurangan, dari 111 jadi 110. Kechiwa.