Saturday, November 15, 2014

Part of my dream

Bismillahirrahmanirrahim.....

Cakap tentang impian ni, memang banyak benda yang aku nak buat. Pertama nak jadi doktor, alhamdulillah la memang sangat hampir ke arah itu. Tapi ada lagi benda yg aku rasa nak buat dan sesetengahnya mungkin buat korang tergelak.


2) Nak buka kedai makan sendiri
Pernah teringat nak buka kafe macam citer korea tapi itu pengaruh tv. Sebenarnya aku macam nak buat kedai makan biasa, kedai makan yg diusahakan oleh adik beradik aku. Nak sangat buat kedai makan nama dia " Anak-anak Malik" lol. Alah tak yah restoran besar-besar pun, warung kecik pun cukup lah. InshaAllah suatu hari nanti. Aku pun berniat nak bantu adik beradik aku yg lain.


3) Nak terbitkan buku sendiri
Aku memang minat menulis. Kalau bagi topik, rasanya aku boleh je nak mencarut-carut pasal topik tu haha... Tapi masalahnya tatabahasa dan kosakata aku tak adalah hebat mana. Penerbit buku sekarang ni mengada-ngada, diorang nak guna bahasa bombastik lepas tu tatabahasa tak boleh salah sikit mesti buku kena reject. Nak terbitkan buku sendiri tak mampu pulak nak tanggung kos dia. So aku rasa terkubur je impian aku nak terbitkan buku sendiri tu.


4) Gubah/cipta lagu
Okay may be ni orang rasa kelakar. Honestly aku suka menyanyi tapi aku tak nak jadi penyanyi. Kalau suara sedap sangat takpe. Tapi antara benda yang orang tak tau ialah, aku lebih suka gubah lagu dari menyanyi. Tapi aku tak pandai main chord2 and baca music note ni semua. Aku cuma pandai gubah humming sikit2 lepas tu dapat lagu yang aku nak. Tapi masalahnya kepada siapa aku nak hantar lagu tu, dan macam mana dan aku nak suruh siapa nyanyikan? Haha selalu aku terfikir.


Okay lah cukup lah di sini. Sekarang ni aku masih lagi menggubah lagu. Dulu waktu kecik-kecik bukan main banyak aku gubah sekarang ni ade la sebuah dua. Haha.. Nak sangat jadi penggubah lagu tapi apakan daya, medik ditakdirkan untukku. heheh~

Okay lah bye~

Thursday, October 30, 2014

Tak Sedih Ke?

Bila lagi beberapa hari nak balik ni, ramai orang tanya. Tak sedih ke?
Tipu la kalau cakap tak sedih.
Tapi duduk kat sini aku rasa macam dah tak tahan sangat dah. Too much bad things happened around me.

Yup orang mesti akan cakap, we have to count the blessing, not the suffering. Tapi nak buat mcm mana kalau dah my narrow minded brain set me into those habit of counting suffering.

Bayangkan lah, aku dah plan

1) Aku dah plan nak pergi Sharm El- Sheikh.
Aku plan nak pergi sharm 3hb november ni sehingga 6. Tiba2 5hb aku kena cabut braces. Btw, aku sakit hati gila. Aku try mintak awal tp tak boleh. Sakit sangat hati tuhan je tau. Aku dah bayangkan aku pergi beli souvenier kat sharm, beli macam-macam.


2) Aku dah plan nak pergi Montaza Park
I planned to go to Montaza park for the last time kononnya. At first most of them cakap okay, but bila last minute ni, everybody is busy preparing themselves to find good suit for the dinner. Okay memang tak logiklah aku pun time-time ni lah nak ajak diorang pergi picnic pun.  And ada je yg suggest aku pergi sorang-sorang. Well it's not a big deal for me but I thought I could have a company to chat and share stories.


3) Aku dah plan nak pergi Matrouh
Tapi kansel juga last minute sebab aku kena inject HBV vaccine. Siap ada lagi yg cakap, biarlah x gi matrouh asalkan tak mati sebab Hep B. Well I know that mulut was really longkang but ada betulnya longkang tu pun. Lepas tu ada yang cakap, "tu lah siapa suruh balik awal" sedangkan diorang completely have no idea why I balik awal. It's not my choice neither to balik awal gila but I have to. Lepas ni orang gi matrouh lepas tu tag aku. Okay tu memang jahat. haha


4) Almost everything doesn't go with my plan.
I bought suit for dinner but I bet the tailor could not make it on time. Well x kisah sangat pun coz aku pun bukan nak gi dinner sangat. But it's about MONEY. Sanggup pulangkan duit kalau aku kansel beli?

Kita hanya merancang, Allah menentukan
Honestly, my heart aches much. Tak sabar nak balik. Nak balik cepat sangat. Tu je.

p/s : I should be thank you to those yg say no, coz by that I learn to handle things myself.

Thursday, October 23, 2014

Two Weeks :)

I'm returning to Malaysia in two weeks! Tak sabar.

Knowing that I don't have much time left being here, I asked my friends to hang out but they even did not reply my message. May be they are focusing on the exam too much till have no time to log in their facebook. 

Places I want to visit before I return home are :
1) Matrouh
2) Sharm El-Sheikh
3) Montaza Park
4) Mamoura beach
5) Citadel Qaitbay for last time ever

And activites I really would like to do with my friends before I returning home are :
1) Having a good Cinnabon rolls
2) Karaoke-ing
3) Bowling
4) Eating seafood

Tapi apakan daya. I don't think I could fulfill all these within two weeks. :(

Saturday, September 20, 2014

Cinta Dan Karbon Monoksida

Karbon Monoksida ialah gas yang berbahaya dan boleh membuatkan seseorang itu mati dalam masa yang singkat.

Nak tau macam mana karbon monoksida membunuh? Okay.

Paru-paru yang normal akan menyedut/mengambil oksigen untuk proses pernafasan. Tetapi apabila adanya karbon monoksida, paru-paru kita bukan hirup oksigen lagi sebaliknya mula mengambil gas beracun itu. Kenapa paru-paru kita lebih memilih untuk ambil karbon monoksida berbanding oksigen? Sebab karbon monoksida ni molekul dia lebih ringan berbanding udara biasa.


Mula-mula karbon monoksida yang diambil hanyalah sedikit dan paru-paru kita masih boleh membekalkan oksigen untuk tubuh badan kita. Lama kelamaan oksigen mula berkurangan sebaliknya karbon monoksida mula memenuhi ruangan paru-paru. Oleh kerana karbon monoksida ini tidak boleh membantu dalam pernafasan, maka dalam masa beberapa minit mangsa yang menyedut gas ini akan mati.

Okay sekarang mula analogi aku. Pernah tak kau putus cinta dengan teman wanita/teman lelaki kau, dan kau terfikir kenapa susah sangat nak lupakan dia dari hidup kau? Makan teringat kat dia, mandi pun nampak muka dia, tidur pun termimpikan dia. Kenapa? Padahal dia dah "buang" kau tapi kau masih ingat kat dia.

Ha.... Sebab kita cinta kat dia melebihi dari kita cinta kat Allah. Cinta kat Allah tu ibarat oksigen. Sepatutnya kita kena letak cinta kepada Allah tu tahap paling atas. Tapi kita membiarkan cinta manusia yg sementara tu memenuhi ruang cinta kita. Sedikit demi sedikit kita mula menyayangi orang itu dan lupakan Allah. Bermesej sampai tak ingat waktu solat dan sebagainya.

Lama-kelamaan cinta kita kepada orang tu pun mula meracuni kita dan menjauhkan kita dari Allah. Bila putus cinta, mulalah rasa tak keruan, menangis dua tiga malam, ada perasaan nak bunuh diri dan sebagainya. Padahal hati tu sebenarnya kosong. Kosong dari cinta Allah.


Okay let me get this straight to the point. I know it's hard breaking up with your girlfriend or boyfriend. I experienced this too, Once. And I felt so horrible. But when I reevaluated myself back, who should I worship to? Is it her or Allah? Who should I beg for forgiveness to so that I could be accepted back? To her or to Allah? No matter how many times you beg your ex-girlfriend, she may won't accept you back. But Allah? He always accept you back.


We have to differentiate between love and lust.  And we should prioritize our love to Allah more than anybody else.

Sorry for mixing up the language. I prefer to talk in Malay, but when writing, I prefer to write in English more. Salam.

Saturday, August 23, 2014

Dear Abderrahman, Be Strong

Rasa kesian sangat kat Abderrahman, anak kepada pilot yang terkorban dalam nahas MH17 tempoh hari. Honestly aku pun tak tau cerita panjang dia macam mana. 

Aku just nk bgtau yang aku rasa kesian sangat kat baby ni. 
Semoga baby ni jadi seorang yg tabah nanti. Dear Abderrahman, your father died as a hero. He will go to jannah for sure. Grow up fast, be strong, take good care of your mother and makes your father proud ok?

Muka abderrahman ni sebiji muka ayah dia. Copy paste. Semoga anak ni jadi pengubat rindu mama dia terhadap ayah dia. 

Semoga Allah tabahkan family Abderrahman dan semoga Allah tempatkan ayahnya di tempat yang beriman. :)

Al-Fatihah.

Saturday, August 16, 2014

Forensic

Bismillahirrahmanirrahim. Setelah sekian lama tak update post. Kalau aku update pun bukan orang baca. Hahah....

Hari ni ialah hari pertama untuk clinical round terakhir aku sebagai seorang pelajar perubatan. Iaitu round "Forensic"!. 

Well, bila kita sebut perkataan forensik, of course dalam kepala kita akan terbayang mayat yang ngeri-ngeri, lepas tu pasal penjenayah semua. I know. 

Dan kelas forensik hari ni memang menarik. Belajar macam mana nak detect cara kematian orang tu berdasarkan luka yg ada pada mayat. Woooo....

So malam tadi aku study la menelaah balik apa yg aku belajar (poyo gila..) Lepas tu tetibe blackout. Aku pun sambung juga study dengan menggunakan lampu henfon. Bila study forensic ni of course la kita kena imaginasi situasi dan keadaan mayat tu. 

Aku pun bayangkan la dlm kepala otak aku mcm mana keadaan mayat tu macam yg tertulis dalam buku, tengah2 aku bayangkan tiba2 je angin sejuk datang dari luar. Oh tidak. Tengah2 blackout, elektrik xde kipas pun tak fungsi macam mana ada angin pulak ni?

Aku pun dengan selambanya tutup buku, stop study dan lompat atas katil selubung dalam selimut. Cuak gila. Sekarang elektrik dah ada. Legaaaa.....

Okay sekian saja untuk kali ini. I know my posts is boring nowadays. InshaAllah I try to post banyak lagi entri lepas ni. Bye~

Saranghe.

Friday, June 13, 2014

Past Is Past

I make good things, no one remembers. 
I make mistakes, no one forgets.

Sekarang ni aku rasa aku jarang dah post entri tuju2 kat orang ni, tulis blog pasal orang. Status facebook aku pun tak ada sangat kutuk2 orang macam dulu.

Tapi ada yang still make it as a joke.

"Weh, kau careful dengan kecik nanti nama kau naik kat fb atau blog dia".

Well, what makes ex-drug addicts return to addicting drugs? Sebab orang macam ni lah. So don't makes I return to what you don't want me to be. thanks.

Sunday, June 8, 2014

Smoking Index

Salam...Hari ni nak citer pasal smoking index.

Smoking index ni adalah indikator untuk letakkan seseorang perokok dalam kategori perokok tegar, perokok sederhana ataupun perokok biasa.

Cara nak kira ialah

Smoking index = bilangan rokok yg diambil dalam masa sehari x tahun merokok.

Contohnya, Ali merokok 2 kotak sehari. Satu kotak ada 12 batang contohnya. Ali mula merokok sejak umur dia 18 tahun sampailah sekarang (sekarang umur dia 30).

Jadi,
1) 2 kotak x 12 batang rokok = 24 batang rokok sehari

2) Dah hisap rokok selama 12 tahun (30-18)

3) Smoking index = 24 x 12

= 288!

Okay bila dah dapat no smoking index, klasifikasikan beliau dalam kategori-kategori ini...

Keputusan.
A) Jika melebihi 400 = perokok tegar (heavy smoker)
B) Antara 200-400 = Perokok sederhana (moderate smoker)
C) Kurang dari 200 = perokok biasa (mild smoker)

Dalam kes Ali, Ali ialah perokok sederhana (288)

Jika anda dalam kategori perokok tegar, sila berhati-hati sebab banyak penyakit anda boleh kena. Sekian saja post kali ni. Babai~

p/s : Suka lagu Tegar Aku yang Dulu Bukanlah yang Sekarang.

Saturday, June 7, 2014

To Blame and To Shame

I logged into my fb account as usual, saw a post from Cadbury saying that they do concern about halal food as we do. Then I read the comments below, and the comments from Malays disappointed me. Oh I'm a Malay too. Well, at least I do think differently.

Cadbury says that their products are proven to be halal. Actually, it's up to us whether we want to believe it or not, but we have no right to insult and give harsh words to the company. We say that we are a Muslims and eating pork is strictly forbidden in Islam. But we forget that insulting others are haram too. 

I felt so ashamed reading those comments; full of inappropriate words and racist comments which are not nice to be heard and seen. And some of them even put the blame on non muslims. What did they do that makes you hate them so much? 

1) Cadbury says their products are proven to be halal. If you still in doubt, don't bother yourselves buying or eating it. You don't have to accuse them and insist to prove them wrong. When you restrain yourselves from eating it when you're in doubt, you get rewards due to your patience. But when you insult them, you'll get sin. 

2) If the chocolate is proven to be haram, Muslims are the only ones who are forbidden to consume it. 
Non Muslims shouldn't be blamed for eating something Muslim can not eat. 

3) Every laboratory tests has its own level of specificity and sensitivity. Some test are highly false positive. May be the test accidentally detected a substance which having the same molecular properties as the porcine dna does. And that made the result became falsely positive. 

4) When it comes to halal or haram thing, everybody turns to food/nutrition experts. Too much concern about something you can't even see, but neglecting sins which were done daily like missing a prayer, telling lies, insulting people, hanging out with girlfriends/boyfriends holding hands together. (p/s : touching pigs is not haram, we just need to 'sertu' it. But touching non muhrim is strictly haram). It's "sertu" not "samak".

Okay aku tak tahu kenapa tiba2 post ni aku tulis bahasa inggeris. I know my English is bad but at least I try to practice instead of insulting other people for making mistakes in grammar/vocabulary. Okay it's 3 am in the morning and I want to sleep. Salam..

p/s : I'm not as pious as you are, but I know that insulting people and blindly accusing people is sinful..

Ustaz pernah cakap kalau benda2 kecik yg kita tak leh nampak ni jangan ambik kisah sangat.
Contoh kalau nak sedekah, tak yah susah2 fikir ke mana duit tu akan disalurkan sebab sedekah tu sendiri dah dapat pahala.
 Contoh lagi kalau darah nyamuk kat pakaian solat tu tak dikira najis jadi boleh teruskan solat.
Ni DNA babi lebih kecik dari darah nyamuk. Tapi dosa2 hari2 yang besar dan boleh dinampak ni yang patut ambik kira. Contoh tinggal solat. Tak ke terang2 benda tu kita tau kita sendiri dah solat ke belum?

Friday, June 6, 2014

Nak Kurus Tapi...

Salam...lama x tulis blog. Ni tiba-tiba macam nak tulis.

Bila belajar medik ni, ramai orang tanya kita macam mana nak buat kalau diorang kena itu ini. And then adalah sorang ni tanya aku,

"Macam mana nak kurus ye? Tapi saya xde masa nak exercise. Diet pun saya malas."

And I was like "whattt.........?" Exercise dengan diet malas tapi impian nak kurus tu rajin pulak dia pasang.
Lepas tu dia tanya, ada tak ubat yang boleh kurus. Supplement kat pasaran fat burner semua tu selamat x?

Honestly bagi aku personally, supplement kat pasaran tu bukannya ubat. Dan bukan ramai pun doktor yang syorkan makan ubat-ubat kurus ni sebab banyak side effect dia. Aku pun tak tau sangat sebab supplement tu aku tak pernah tengok pun sebelum ni.

Tapi aku syorkan tak yah la makan ubat kurus yg dijual kat pasaran ni. Risau takut memudaratkan. Nanti kalau jadi apa-apa susah, takut dah tak sempat nak rawat dah masuk tahap kronik.

Gemuk ni sebab dia ialah lemak. Lemak ni terjadi bila terlebihnya gula dalam badan. Jadi, solusinya..

1) Kalau kita exercise/bersukan, kita guna gula yg berlebihan tu so tak adalah dia sempat bertukar jadi lemak.

2) Kalau x nak diet sangat pun, at least try kurangkan gula dalam makanan.

3) Okay kalau memang jenis degil nak jugak makan manis leting tu, try guna pengganti gula nama dia "ASPARTAME". Ha...ni dia macam gula, dia sama manis macam gula tapi kalori dia rendah sikit la. Tapi jgn letak banyak, kalau tak samalah macam kau minum Diet Coke tapi minum 2-3 liter skali minum. Tapi jangan amalkan selalu sangat sebab ada case study cakap benda ni boleh buat cancer. Wallahualam.
contoh gula yg ada aspartame

Kesimpulannya, apa2 penyakit pun yg kita dapat ni selalunya berpunca dari sikap kita sendiri. Okay sekian sahaja post sy kali ni. Bai~

Monday, March 3, 2014

Qarun

Selalu kalau kita tengok movie pasal ancient egypt, kita nampak patung berkepala buaya mcm dlm gambar ni.

Ini ialah Sobek, dewa buaya yang Qarun sembah selepas mendapat kekayaan dari Allah swt. Padahal ketika dia miskin, dia minta nabi Musa berdoa kpd Allah supaya Allah berikannya kekayaan.

 Bila dah kaya, dia nafikan yg kekayaan itu datang dari Allah. Sebaliknya dia cakap kekayaan itu dari hasil usahanya sendiri. Semoga kita tidak menjadi orang yang lupa diri seperti Qarun.

Ingatlah bahawa semua yg kita miliki sekarang adalah milik Allah. Alhamdulillah.


 p/s: gambar ini aku tangkap di menara istana Qarun di Fayyoum. Precisely, inilah bilik Qarun menyembah Sobek. Bersyukur dapat peluang tengok peninggalan kisah Qarun dan Nabi Musa walaupun muka sobek kt dinding tu dah robek. haha...


Thursday, February 13, 2014

Ambil Vaksin

Hari ni aku belajar pasal pengambilan vaksin. Doktor cakap ada banyak tujuan ataupun objektif pengambilan vaksin ni. Ada yang untuk prevent penyakit, dan ada yang mengurangkan severity ( kurangkan komplikasi yang bahaya)


Dan doktor ada cakap jugak, false beliefs/kepercayaan yg salah ni antara faktor kenapa program pemvaksinan (okay perkataan ni weird gila, OhMyMalay) ni tak berjaya. Contohnya, masyarakat percaya yang vaksin tu buat penyakit lagi bertambah teruk dan tidak selamat. Sedangkan vaksin ni dicipta untuk selamatkan mereka.

Kalau kat Malaysia, ada sesetengah masyarakat yang sengal-sengal ubi sedap mulut cakap ilmu perubatan macam vaksin, ubat hospital ni semua agenda Yahudi. Gaya percakapan tu nampak macam diorang ni tinggi je ilmu agama. Kadang-kadang nak je aku tanya orang yg cakap ilmu perubatan ni ilmu Yahudi ni soalan ni "Kau tau tak Ibnu Sina tu sape?"

Okay aku pun tak adalah ingat sangat sejarah penuh Ibnu Sina ni (walaupun dah belajar dalam Buku teks Agama Islam Tingkatan 5 dalam topik sirah). Tapi at least aku tau lah sumbangan dia kat dalam Islam ni ialah dalam bidang perubatan. Malah orang barat pun belajar ilmu perubatan dari Ibnu Sina. Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah, ilmu perubatan tu sendiri ialah dari Islam. Bukan dari agama lain. 

So siapa yang cakap ilmu perubatan ni semua ilmu Yahudi ke apa, aku dapat rasakan diorang berhenti sekolah sebelum tingkatan 5 ataupun slalu skip kelas Agama Islam (ataupun kebetulan hari ustaz/ustazah mengajar topik sirah Ibnu Sina tu dia x datang kelas sebab demam).
Baby dalam gambar ni kiut gila. Geram pulak aku. haha


Okay secara simple, nak explain how vaccine works.

Vaksin ni ialah bakteria yang kita dah bunuh/lemahkan. Kita masukkan sikit bakteria/virus yg dah dilemahkan tu dalam badan kita supaya badan kita boleh aktifkan sistem imun badan. Mula-mula memanglah sesetengah vaksin ni ada kesan contohnya demam sikit ke, apa ke tapi tu semua kesan biasa. Normal. Kesan macam tu terjadi sebab badan cuba untuk 'melawan' bakteria yang dah mati tu. 

Analogi. Konon dalam citer perang omputih la ni.
Satu kerajaan/negara ni kena serang secara kecil-kecilan, pastu kerajaan tu pun mesti akan kuatkan pertahanan dia supaya dapat melawan serangan  akan datang yang kemungkinan lebih besar. Mesti dia kerah lagi ramai askar jaga depan pintu istana dan di sempadan negara.

Sama juga macam vaksin. Badan kita macam kerajaan tu, serangan kecil tu ialah vaksin(bakteria yang dah dilemahkan). Badan kita pun keluarkan/kerahkan semua antibodi semua (macam askar tu la) supaya kalau ada serangan penyakit yang lebih serius datang, badan kita dah bersedia untuk melawan penyakit tu.

Okay lah. Doktor cakap memang susah nak ubah kepercayaan. Jadi semua terpulang kepada masing-masing. Tapi kalau anak mati sebab tak ambil vaksin, jangan salahkan doktor pulak kenapa anak tu mati. Jangan cakap doktor tak reti sembuhkan anak awak pulak. Doktor cuma tolong merawat. Doktor bukan tuhan.


p/s : People nowadays believe wrong things easily. Instead of boycotting vaccine for believing that they're adapted/invented by the Jews, why don't you boycott their products first? Something to ponder upon. Wallahualam.

Thursday, January 2, 2014

2013 Review

Alhamdulillah hari ni dah 2 Jan 2014. Okay saje nak review balik tahun 2013.


1) Was in 5th year, ingat lagi aku bengang bukan main bila tahun lain semua dapat cuti panjang tapi tahun 5 cuti lambat. 

2) When my housemates went to Europe, I was left alone and I learned to make sushi and pancake from Afiq Faiz.

3) Berkesempatan untuk kenal housemate. Ada yang dah kenal semenjak kat kolej persediaan tapi baru duduk serumah baru betul-betul kenal. Dan ada jugak yang kenal sejak sekolah tapi kat sini baru bercakap.

4) I enjoyed karaoke-ing with my friends so much. And I even create my own song. But the song now is just forgotten, and I wish I could restart singing it back.

5) I went to Bahriya Oasis with my 6th year seniors. They were so funny and they treated me well. Really miss them so much. And I love the Bahriya desert. So beautiful. But I hate the tourist guide. Haha...

6) I learned Neurology in the first sem and I fell in love with the subject. I even think of becoming a Neurologist. And Alhamdulillah, I got A in the final exam for the subject. 

7) For the first time of being a medical student, I got 3A's in the exam, 2nd semester for Ophthalmology, ENT and Urology. And I really couldn't believe that.  Getting an A is so damn hard in medical school.

8) I returned to Malaysia on the day of Eid. When I arrived at the airport, everybody was wearing traditional clothes and wishing me Selamat Hari Raya.

9) I celebrated both Aidiladha and Aidilfitri in Malaysia, with my family. So sweet.

10) I brought my girlfriend or should I say fiance-to-be, to the wedding ceremony of my classmates. And everybody was wondering who is she and how I met her. It's too confidential to tell. But I'll tell you when the right time comes.

11) Just a few weeks before moving to my new house, which I am currently living in, I had a big quarrel with one of my housemates. And I just couldn't accept that at that time, but now I realized how stupid I was for thinking about it so much. Now I'm moving on. ( not moving in, but moving on...haha)


12) After moving to my new house, my friends who are living nearby my neighborhood treat me so well.. I could feel that I was treated so much better than when I was in my old house. 

13) After a week living in my new house, I accidentally broke the water heater down and I paid for that. Amazingly, my housemates were not angry at all. They were just being calm and say it's okay. I love them so much.

That's all 13 reviews from my 2013. Bye~!  Hopefully 2014 brings us success and joy. :)