Friday, June 6, 2014

Nak Kurus Tapi...

Salam...lama x tulis blog. Ni tiba-tiba macam nak tulis.

Bila belajar medik ni, ramai orang tanya kita macam mana nak buat kalau diorang kena itu ini. And then adalah sorang ni tanya aku,

"Macam mana nak kurus ye? Tapi saya xde masa nak exercise. Diet pun saya malas."

And I was like "whattt.........?" Exercise dengan diet malas tapi impian nak kurus tu rajin pulak dia pasang.
Lepas tu dia tanya, ada tak ubat yang boleh kurus. Supplement kat pasaran fat burner semua tu selamat x?

Honestly bagi aku personally, supplement kat pasaran tu bukannya ubat. Dan bukan ramai pun doktor yang syorkan makan ubat-ubat kurus ni sebab banyak side effect dia. Aku pun tak tau sangat sebab supplement tu aku tak pernah tengok pun sebelum ni.

Tapi aku syorkan tak yah la makan ubat kurus yg dijual kat pasaran ni. Risau takut memudaratkan. Nanti kalau jadi apa-apa susah, takut dah tak sempat nak rawat dah masuk tahap kronik.

Gemuk ni sebab dia ialah lemak. Lemak ni terjadi bila terlebihnya gula dalam badan. Jadi, solusinya..

1) Kalau kita exercise/bersukan, kita guna gula yg berlebihan tu so tak adalah dia sempat bertukar jadi lemak.

2) Kalau x nak diet sangat pun, at least try kurangkan gula dalam makanan.

3) Okay kalau memang jenis degil nak jugak makan manis leting tu, try guna pengganti gula nama dia "ASPARTAME". Ha...ni dia macam gula, dia sama manis macam gula tapi kalori dia rendah sikit la. Tapi jgn letak banyak, kalau tak samalah macam kau minum Diet Coke tapi minum 2-3 liter skali minum. Tapi jangan amalkan selalu sangat sebab ada case study cakap benda ni boleh buat cancer. Wallahualam.
contoh gula yg ada aspartame

Kesimpulannya, apa2 penyakit pun yg kita dapat ni selalunya berpunca dari sikap kita sendiri. Okay sekian sahaja post sy kali ni. Bai~

No comments: