Sunday, June 8, 2014

Smoking Index

Salam...Hari ni nak citer pasal smoking index.

Smoking index ni adalah indikator untuk letakkan seseorang perokok dalam kategori perokok tegar, perokok sederhana ataupun perokok biasa.

Cara nak kira ialah

Smoking index = bilangan rokok yg diambil dalam masa sehari x tahun merokok.

Contohnya, Ali merokok 2 kotak sehari. Satu kotak ada 12 batang contohnya. Ali mula merokok sejak umur dia 18 tahun sampailah sekarang (sekarang umur dia 30).

Jadi,
1) 2 kotak x 12 batang rokok = 24 batang rokok sehari

2) Dah hisap rokok selama 12 tahun (30-18)

3) Smoking index = 24 x 12

= 288!

Okay bila dah dapat no smoking index, klasifikasikan beliau dalam kategori-kategori ini...

Keputusan.
A) Jika melebihi 400 = perokok tegar (heavy smoker)
B) Antara 200-400 = Perokok sederhana (moderate smoker)
C) Kurang dari 200 = perokok biasa (mild smoker)

Dalam kes Ali, Ali ialah perokok sederhana (288)

Jika anda dalam kategori perokok tegar, sila berhati-hati sebab banyak penyakit anda boleh kena. Sekian saja post kali ni. Babai~

p/s : Suka lagu Tegar Aku yang Dulu Bukanlah yang Sekarang.

No comments: