Thursday, February 13, 2014

Ambil Vaksin

Hari ni aku belajar pasal pengambilan vaksin. Doktor cakap ada banyak tujuan ataupun objektif pengambilan vaksin ni. Ada yang untuk prevent penyakit, dan ada yang mengurangkan severity ( kurangkan komplikasi yang bahaya)


Dan doktor ada cakap jugak, false beliefs/kepercayaan yg salah ni antara faktor kenapa program pemvaksinan (okay perkataan ni weird gila, OhMyMalay) ni tak berjaya. Contohnya, masyarakat percaya yang vaksin tu buat penyakit lagi bertambah teruk dan tidak selamat. Sedangkan vaksin ni dicipta untuk selamatkan mereka.

Kalau kat Malaysia, ada sesetengah masyarakat yang sengal-sengal ubi sedap mulut cakap ilmu perubatan macam vaksin, ubat hospital ni semua agenda Yahudi. Gaya percakapan tu nampak macam diorang ni tinggi je ilmu agama. Kadang-kadang nak je aku tanya orang yg cakap ilmu perubatan ni ilmu Yahudi ni soalan ni "Kau tau tak Ibnu Sina tu sape?"

Okay aku pun tak adalah ingat sangat sejarah penuh Ibnu Sina ni (walaupun dah belajar dalam Buku teks Agama Islam Tingkatan 5 dalam topik sirah). Tapi at least aku tau lah sumbangan dia kat dalam Islam ni ialah dalam bidang perubatan. Malah orang barat pun belajar ilmu perubatan dari Ibnu Sina. Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah, ilmu perubatan tu sendiri ialah dari Islam. Bukan dari agama lain. 

So siapa yang cakap ilmu perubatan ni semua ilmu Yahudi ke apa, aku dapat rasakan diorang berhenti sekolah sebelum tingkatan 5 ataupun slalu skip kelas Agama Islam (ataupun kebetulan hari ustaz/ustazah mengajar topik sirah Ibnu Sina tu dia x datang kelas sebab demam).
Baby dalam gambar ni kiut gila. Geram pulak aku. haha


Okay secara simple, nak explain how vaccine works.

Vaksin ni ialah bakteria yang kita dah bunuh/lemahkan. Kita masukkan sikit bakteria/virus yg dah dilemahkan tu dalam badan kita supaya badan kita boleh aktifkan sistem imun badan. Mula-mula memanglah sesetengah vaksin ni ada kesan contohnya demam sikit ke, apa ke tapi tu semua kesan biasa. Normal. Kesan macam tu terjadi sebab badan cuba untuk 'melawan' bakteria yang dah mati tu. 

Analogi. Konon dalam citer perang omputih la ni.
Satu kerajaan/negara ni kena serang secara kecil-kecilan, pastu kerajaan tu pun mesti akan kuatkan pertahanan dia supaya dapat melawan serangan  akan datang yang kemungkinan lebih besar. Mesti dia kerah lagi ramai askar jaga depan pintu istana dan di sempadan negara.

Sama juga macam vaksin. Badan kita macam kerajaan tu, serangan kecil tu ialah vaksin(bakteria yang dah dilemahkan). Badan kita pun keluarkan/kerahkan semua antibodi semua (macam askar tu la) supaya kalau ada serangan penyakit yang lebih serius datang, badan kita dah bersedia untuk melawan penyakit tu.

Okay lah. Doktor cakap memang susah nak ubah kepercayaan. Jadi semua terpulang kepada masing-masing. Tapi kalau anak mati sebab tak ambil vaksin, jangan salahkan doktor pulak kenapa anak tu mati. Jangan cakap doktor tak reti sembuhkan anak awak pulak. Doktor cuma tolong merawat. Doktor bukan tuhan.


p/s : People nowadays believe wrong things easily. Instead of boycotting vaccine for believing that they're adapted/invented by the Jews, why don't you boycott their products first? Something to ponder upon. Wallahualam.