Saturday, September 20, 2014

Cinta Dan Karbon Monoksida

Karbon Monoksida ialah gas yang berbahaya dan boleh membuatkan seseorang itu mati dalam masa yang singkat.

Nak tau macam mana karbon monoksida membunuh? Okay.

Paru-paru yang normal akan menyedut/mengambil oksigen untuk proses pernafasan. Tetapi apabila adanya karbon monoksida, paru-paru kita bukan hirup oksigen lagi sebaliknya mula mengambil gas beracun itu. Kenapa paru-paru kita lebih memilih untuk ambil karbon monoksida berbanding oksigen? Sebab karbon monoksida ni molekul dia lebih ringan berbanding udara biasa.


Mula-mula karbon monoksida yang diambil hanyalah sedikit dan paru-paru kita masih boleh membekalkan oksigen untuk tubuh badan kita. Lama kelamaan oksigen mula berkurangan sebaliknya karbon monoksida mula memenuhi ruangan paru-paru. Oleh kerana karbon monoksida ini tidak boleh membantu dalam pernafasan, maka dalam masa beberapa minit mangsa yang menyedut gas ini akan mati.

Okay sekarang mula analogi aku. Pernah tak kau putus cinta dengan teman wanita/teman lelaki kau, dan kau terfikir kenapa susah sangat nak lupakan dia dari hidup kau? Makan teringat kat dia, mandi pun nampak muka dia, tidur pun termimpikan dia. Kenapa? Padahal dia dah "buang" kau tapi kau masih ingat kat dia.

Ha.... Sebab kita cinta kat dia melebihi dari kita cinta kat Allah. Cinta kat Allah tu ibarat oksigen. Sepatutnya kita kena letak cinta kepada Allah tu tahap paling atas. Tapi kita membiarkan cinta manusia yg sementara tu memenuhi ruang cinta kita. Sedikit demi sedikit kita mula menyayangi orang itu dan lupakan Allah. Bermesej sampai tak ingat waktu solat dan sebagainya.

Lama-kelamaan cinta kita kepada orang tu pun mula meracuni kita dan menjauhkan kita dari Allah. Bila putus cinta, mulalah rasa tak keruan, menangis dua tiga malam, ada perasaan nak bunuh diri dan sebagainya. Padahal hati tu sebenarnya kosong. Kosong dari cinta Allah.


Okay let me get this straight to the point. I know it's hard breaking up with your girlfriend or boyfriend. I experienced this too, Once. And I felt so horrible. But when I reevaluated myself back, who should I worship to? Is it her or Allah? Who should I beg for forgiveness to so that I could be accepted back? To her or to Allah? No matter how many times you beg your ex-girlfriend, she may won't accept you back. But Allah? He always accept you back.


We have to differentiate between love and lust.  And we should prioritize our love to Allah more than anybody else.

Sorry for mixing up the language. I prefer to talk in Malay, but when writing, I prefer to write in English more. Salam.