Saturday, November 15, 2014

Part of my dream

Bismillahirrahmanirrahim.....

Cakap tentang impian ni, memang banyak benda yang aku nak buat. Pertama nak jadi doktor, alhamdulillah la memang sangat hampir ke arah itu. Tapi ada lagi benda yg aku rasa nak buat dan sesetengahnya mungkin buat korang tergelak.


2) Nak buka kedai makan sendiri
Pernah teringat nak buka kafe macam citer korea tapi itu pengaruh tv. Sebenarnya aku macam nak buat kedai makan biasa, kedai makan yg diusahakan oleh adik beradik aku. Nak sangat buat kedai makan nama dia " Anak-anak Malik" lol. Alah tak yah restoran besar-besar pun, warung kecik pun cukup lah. InshaAllah suatu hari nanti. Aku pun berniat nak bantu adik beradik aku yg lain.


3) Nak terbitkan buku sendiri
Aku memang minat menulis. Kalau bagi topik, rasanya aku boleh je nak mencarut-carut pasal topik tu haha... Tapi masalahnya tatabahasa dan kosakata aku tak adalah hebat mana. Penerbit buku sekarang ni mengada-ngada, diorang nak guna bahasa bombastik lepas tu tatabahasa tak boleh salah sikit mesti buku kena reject. Nak terbitkan buku sendiri tak mampu pulak nak tanggung kos dia. So aku rasa terkubur je impian aku nak terbitkan buku sendiri tu.


4) Gubah/cipta lagu
Okay may be ni orang rasa kelakar. Honestly aku suka menyanyi tapi aku tak nak jadi penyanyi. Kalau suara sedap sangat takpe. Tapi antara benda yang orang tak tau ialah, aku lebih suka gubah lagu dari menyanyi. Tapi aku tak pandai main chord2 and baca music note ni semua. Aku cuma pandai gubah humming sikit2 lepas tu dapat lagu yang aku nak. Tapi masalahnya kepada siapa aku nak hantar lagu tu, dan macam mana dan aku nak suruh siapa nyanyikan? Haha selalu aku terfikir.


Okay lah cukup lah di sini. Sekarang ni aku masih lagi menggubah lagu. Dulu waktu kecik-kecik bukan main banyak aku gubah sekarang ni ade la sebuah dua. Haha.. Nak sangat jadi penggubah lagu tapi apakan daya, medik ditakdirkan untukku. heheh~

Okay lah bye~