Sunday, January 4, 2015

Alahai Bas Sri Jengka

Sebenarnya aku dah lama sedih dengan bas sri jengka yang henti-henti ni. Bas kuantan-jengka. Jangan salah sangka, aku bukan tak suka company bas ni, aku cuma terkilan dengan bas henti-henti tu je. Tapi bas express dia okay and not bad.

Bayangkan lah tadi aku tunggu kat bus stop since 1 pm sampai 5 pm. Aku rasa kalau aku pergi kuantan dah lama dah sampai. Selalunya bas ada around 1 lebih tapi tadi haram satu bas pun xde. Last-last aku balik camtu je.

Orang kata bas sri jengka ni selalu sangat rosak. Memang betul pun aku pun pernah naik bas rosak sampai kena tukar bas lain kat tengah jalan. Honestly aku rasa kalau ada company lain yg buat bas from kuantan-jengka mesti company tu maju.

Tadi aku nak gi bandar jengka dari rumah aku kat jengka 6 ni. Dekat je. Pendek kata kalau dari pukul 1 hingga kul 5 tu, aku dah patut bole ulang alik banyak kali dah. Tapi apakan daya kenderaan takde terpaksa la mengharapkan bas tu. Susah hidup kalau duduk kawasan pedalaman ni.

Aku x sabar nk ada kereta sendiri. Senang. Nak gerak mana-mana pun tak yah mengharapkan orang yg x ikhlas nak bawak and x perlu tunggu bas yang lembap. Okay akhir kata, aku harap company tu boleh improve bas dia. Bye.

No comments: